Friday, February 27, 2009

apa khabar iman hari ini?


Date: 15 Feb 09 (Sunday)

sebaik sampai saja di kolej selepas menghadiri walimatul urus seorang sahabat saya, terus saya bergegas siap untuk berusrah sambil berehlah di luar. kali ini kami bertadabbur surah Ali Imran dari ayat 133-145. kali ini bertambah lagi seorang usrahmate baru iaitu ukhti A. ahlan wasahlan ye dikkkk! =)

memandangkan ada usrahmates As-Syams yang belum pernah bertadabbur ayat ini, maka ianya diulang untuk usrah kali ini. ayat-ayat ini merupakan kali kedua saya dan ukhti L bertadabbur. namun jika dulu saya lebih terkesan pada ayat 139, usrah kali ini hati saya lebih terkesan dengan ayat 134 dan 142. sangat2 terkesan. kenapa???

Firman Allah:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran, 3:139)

usrah lalu, saya lebih terkesan dengan ayat ini, kerana apabila membacanya, seolah-olah Allah memujuk saya agar tidak lemah dan tidak sedih (la tahinu wa la tahzan) dalam jihad yang saya lakukan pada waktu itu. kerana tika itu, saya masih lagi baru dalam tarbiyah. masih lagi keseorangan, tidak merasai sangat nikmat ukhwah sebenar dan masih agak blur dalam menentukan matlamat hidup saya.

Firman Allah:

Iaitu orang-orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik... (Ali Imran, 3:134)

namun, pada usrah kali ini, saya lebih terkesan dengan ayat 134 di atas ini. apakah bezanya sadaqah dan infak? sadaqah ini kita berikan harta atau wang pada fakir miskin dan orang yang kurang mampu. manakala infak ini kita berikan segala-galanya, bukan sekadar material semata2 malah tenaga, suara, keringat, kasih sayang, semuanya kepada sesiapa sahaja asalkan ke jalan Allah. berinfak itu akan menguji tahap keimanan seseorang. ramai orang berinfak ketika lapang, ketika senang, ketika gembira, tapi berapa ramai yang berinfak ketika sempit? ketika dalam keadaan kekurangan wang untuk diri sendiri? berapa ramai yang sanggup berithar?

seperti mana ketika di dalam Perang Tabuk iaitu salah satu perang terbesar umat islam, ketika itu, pasti memerlukan banyak peralatan senjata dan tunggangan untuk berperang. Umar Al Faruq menginfakkan separuh hartanya untuk perang. apabila ditanya Abu Bakar pula, anda tahu berapa banyak yang beliau infakkan??? Saidina Abu Bakar menginfakkan seluruh harta miliknya untuk perang tersebut! masyaAllah... sampai begitu sekali tahap keimanan para sahabat. sehinggakan Umar pernah berkata, "Aku tidak pernah dapat menandingi Abu Bakar dalam hal kebajikan". reflect diri saya....masih banyak saya perlu baiki.

Firman Allah:

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar? (Ali Imran, 3:142)

ayat 142 ini juga membuatkan saya muhasabah diri banyak2 dan beristighfar pada Allah. kadang2 bisikan syaitan pernah singgah di hati saya. sudah banyak yang saya berkorban, sudah banyak yang saya pelajari, sudah banyak yang saya infakkan...sudah cukuplah aku lakukan kebaikan, tak perlulah buat lagi....

tidak sama sekali! hakikatnya jihad saya masih tidak cukup lagi. masih banyak, masih belum sungguh2, saya perlu tingkatkan iman saya, taqwa saya, sabar saya...mana cukup semua itu untuk masuk syurga. jika nak dibandingkan dengan saudara di Palestin sana? mereka mengirimkan darah2 wangi untuk bertakhta di syurga sedang kita???? mohon lah pertolongan pada Allah agar Dia senantiasa tetapkan hati dan iman kita.



2 comments:

Anonymous said...

ni gmbo apa ni nk mkn ada peace plak...ke mkn dgn dua jari...

sHi said...

simbolik ikatan ukhwah kami...=)