Tuesday, March 17, 2009

DS2 - Wahai Pemuda & Sayonara Jahiliyah

terlebih dahulu ingin ucapkan afwan semua!!! baru ada masa untuk update blog.

Tarikh: 7 - 8 Feb 2009 (Sabtu & Ahad) - kisah lebih sebulan yang lalu...huhu..afwan2

seramai lebih 100 orang yang hadir untuk launch KAL. program yang pertama saya hadiri sebanyak itu amountnya! akhawat datang dari mcm2 tempat di seluruh Malaysia, ada juga yang baru balik dari oversea. kami dipertemukan di Kem Bangi untuk sama2 berjemaah membasahkan hati2. analoginya seperti makan di dalam dulang. ada nasi, ada sayur, ada lauk, ada kuah, warna-warni dan pelbagai rasa. digaulkan dan bertemu di dalam dulang yang comel. begitu juga dengan kami. dari pelbagai tempat dan umur, ada yang asal Kelate, Sarawak, KL pun ada dan mcm2 lagi. namun dipertemukan di satu program yang masing2 berlumba2 tuk mencari keredhaan Allah S.W.T. best kan???

mcm biasa, harus lah kami bertaaruf dulu untuk saling mengenali akhawat. tuk mulakan Duduk Sembang2 (DS2) kami pada sesi pagi, diadakan bengkel pertama iaitu recall ISK. handout yang diberi adalah mengenai Bicara Graf Kita. kami perlu bincangkan dan adakan brainstorm di dalam kumpulan untuk mencari kebenaran tentang sistem khalifah dan fasa2 yang berlaku dalam graf. (sila klik di sini untuk lihat post saya mengenai ISK)

:: Graf ISK trademark kita ::

antara yang kami recall ialah mengenai pemuda Tariq bin Ziyad di fasa Umayyah yang berjaya menawan Andalusia (Spain). sehingga beliau membakar kapal2 mereka sendiri untuk menyemarakkan semangat jihad dan mengatakan "there is no turning back! samada menang atau syahid!" dengan izin Allah pasukan jihad ini berjaya mengalahkan musuh. begitu juga dengan Utbah bin Nafiq juga di fasa Umayyah yang bersemangat kembangkan Islam sehinggakan beliau tidak boleh nampak satu tempat pun yang tidak kenal Islam.

bengkel ke 2 pula diterangkan oleh Kak A, focus kepada penderitaan umat islam di Bosnia, Darfur dan sebagainya. termasuk Palestin. kalian tahu kenapa orang2 putih lebih memfokuskan penderitaan umat islam di tempat2 lain ini? kita kena sedar mereka sengaja ingin menjadikan umat islam melupakan punca dan penyebab utama mereka lakukan semua ini iaitu tanah yang ingin sekali mereka rampas --> Palestin...

"Ya Allah, janganlah turunkan bala pada kami, kerana kami sedang berusaha sekarang..."

bengkel ke 3, datanglah Kak Z yang baru habis on call pagi itu di PPUM. penatnye kami tahu tak terkira, tapi masih lagi bersemangat aktif berdiri memberi talk pada kami dengan tajuknya "Wahai Pemuda" oleh Hassan Al Banna. sebelum masuk, intronye kami recall juga IPK dan SH. (sila klik di sini untuk membaca post SH)

sebelum kita mendalam hasil nukilan HAB, marilah kita mengenali HAB supaya kita lebih menghayati tentang apa yang ingin beliau sampaikan pada kita semua.

Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

Gerakan untuk menyedarkan ummah dari lena pada abad ini - dimulai oleh Ikhwan Al-Muslimuun.
Diasaskan oleh Hassan Al Banna - Lahir 1906 di Mesir - Menghafal Quran semasa kecil - Tubuhkan jamaah Cegah Mungkar semasa sekolah menengah - Menjadi guru sekolah rendah di Ismailiyyah - Penduduk Ismailiyyah seperti hamba kepada Inggeris - Maksiat dan kejahatan sangat berleluasa - Sangat sedih - setiap malam berfikir mencari jalan untuk mengembalikan ummat kepada Islam - Berpakat sesama mereka 6 orang dan tertubuhnya Ikhwan Muslimun "Persaudaraan Islam" - dakwah mereka berjaya di Ismailiyyah - Raja Farook tidak peduli kerana "Apa sangat yang guru sekolah rendah boleh buat" - HAB berjalan ke seluruh negeri Mesir berdakwah dan membuka cawangan dakwahnya - HAB berhubung dengan tentera dan berjaya menghantar tentera ke Palestin untuk berjihad - Raja takut dan menangkap Ikhawan ke dalam penjara - HAB ditembak di bandar Kaherah oleh 5 polis rahsia Raja - 8 malam dibawa ke Hospital dan Raja arahkan biarkan sampai mati - Rahimahullah As-Syahid 12 Oktober 1949 12.30 mlm dikuburkan oleh polis - Ikhwan Muslimun dipenjarakan hingga 1974 dengan ratusan telah mati digantung dan ditembak.

:: Hai Syabab sekalian! ::

siapakah pemuda2 yang kita ketahui???
- Ali, Usamah, Talhah, Al-Fateh, Tariq, Salahuddin, Abu Dzar, Salahuddin, dan pastinya Nabi Muhammad S.A.W.

berapa usia pemuda???
- dari lingkungan belasan hingga 40's kan?

apakah ciri2 seorang pemuda yang kalian tahu???
- kuat, sihat, berani, semangat, menarik perhatian, sukar menerima pendapat org lain, jadinye krisis identiti dll

" Setiap negara/bangsa bergantung kepada pemuda2nya..
begitu juga dengan agama"

logiknya: jika ingin berperang, pasti akan dipanggil pemuda2 untuk berperang kan? kalian setuju dengan saya?

namun hakikatnya siapa pemuda yang kita mahu?

Firman Allah: Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka (Kahfi:13)

menurut HAB, ada 4 ciri utama pemuda yang perlu ada sebenarnya untuk fikrah berjaya iaitu YIST :

1) Yakin (asas keimanan ialah hati yang cerdik) - percaya pada diri sendiri dan yakin dengan ajarannya
2) Ikhlas (asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih)
- ikhlas dalam usaha menegakkannya - bagaimana kita tahu kita betul2 ikhlas? apabila balasan lain menjadi secondary pada kita, kita hanya tunggu balasan dari Allah, barulah dinamakan ikhlas. sudah cukup ikhlas kah kita sebenarnya?
- selagi hati kita tidak suci, selagi itu ikhlas tidak akan wujud
3) Semangat (asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar)
- bersemangat untuk mempertahankan kewujudannya - bagaimana mahu perasaan yang segar? ianya seperti kita baru lepas mandi. iaitu dengan cara sentiasa diingatkan. jiwa perlu dibersihkan dengan membaca Quran dan bangun malam. sedarkah kita bagaimana Allah segarkan perasaan kita? iaitu dengan perintahNya untuk solat fardhu 5 kali sehari, solat Jumaat sekali seminggu, puasa sebulan setahun. begitulah ia...
4) Tindakan (asas tindakan ialah keazaman yang gagah lagi tabah)
- ada kesediaan yang mendorong mereka ke arah berkorban serta terus bertindak menjayakannya
- pemuda Islam perlu ada azam!

"Many people think but not say what it thinks
Many people say but no do it

Many people do but not persistent doing it

Many people persistent doing it but not willing to sacrifice"

Sejauh manakah JIHAD kita ? peringatan buat orang yang menulis terutamanya...


" Manusia mengira hasil, tapi Allah mengira usaha kita"

Apakah itu hakikat IMAN ?


ada 3 kategori IMAN iaitu:

1) Iman para malaikat
- sentiasa statik, hanya memuji2 Allah dan tidak pernah sekali2 melanggar perintah Allah.

2) Iman para Nabi/Rasul
- semakin meningkat hari demi hari.
- lihat saja Nabi, Aisyah r.a pernah bertanya "Kekanda kan Rasul Allah, sudah diberi jaminan masuk syurga, namun kenapa masih bersusah2 payah beribadah sehingga bengkak2 kaki. Lalu baginda menjawab "Salahkah aku untuk menjadi hamba yang bersyukur..."


3) Iman manusia seperti kita - iman kita naik dan turun, itu sunnatullah (ketetapan). namun mestilah berada di dalam sunnah Nabi. tidak boleh lah turun mendadak hingga paras negatif.

Hadith: The Sweetness of Faith

Narrated Anas r.a, The Prophet said "Who ever possesses the following 3 qualities will have the sweetness of faith:
1. The one to whom Allah and His Apostle becomes dearer than anything else
2. Who loves a person and he loves him only for Allah's sake
3. Who hates to revert to Atheism (disbelief) as he hates to be thrown into the fire

lihatlah contoh orang2 Mekah ketika berhijrah ke Madinah. rasa kasih dan sayangnya mereka kepada Allah dan Rasul, sanggup tinggalkan segala2nya, kampung halaman, binatang peliharaan, harta benda. lihat pula Ali, sanggup gadai nyawa gantikan tempat tidur Nabi ketika peristiwa hijrah. Kita bagaimana mahu tunjukkan rasa kasih dan sayang pada Allah dan Rasul?

Sayonara Jahiliyah (SJ)

Kak Z meminta setiap dari kami listkan sendiri Sifat Jahiliyah dahulu, kemudian listkan juga Sifat Jahiliyah yang masih ada hingga sekarang. masing2 list dan muhasabah diri semula. rupanya masih banyak lagi karat2 jahiliyah yang ada dalam hatiku...

Firman Allah:
1. Orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Allah menyesatkan perbuatan-perbuatan mereka.
2. Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka
3. Yang demikian adalah karena sesungguhnya orang-orang kafir mengikuti yang bathil dan sesungguhnya orang-orang mukmin mengikuti yang haq dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat untuk manusia perbandingan-perbandingan bagi mereka. ( Muhammad 47:1-3)

nah..2 golongan yang sangat2 berbeza..satu orang kafir, satu orang beriman. mahu pilih jadi orang yang sesat atau orang yang Allah senantiasa menghapuskan kesalahan dan membaiki keadaan kita? kita perlu membentuk diri dan kehidupan kita dengan manhaj/cara Islam.

"kejahilan itu merupakan satu rahmat dari Allah"

sedar atau tidak jika kita tidak ada kejahilan, kita tidak akan rasa sebagaimana yang kita rasa sekarang. kita tidak akan rasa betapa terangnya hidup sekarang. kita tidak akan rasa betapa beruntungnya menjadi "the chosen one", kita tidak akan rasa betapa sayangnya Allah pada kita. itu yang saya sering fikirkan. malah Syed Qutb sendiri mengatakan beliau tidak pernah rasa menyesal di atas sifat jahiliyahnya selama 40 tahun sebelum mendapat kefahaman tentang Islam. banyakkanlah beristighfar dan mengucap hamdalah atas kurniaan special yang Allah beri ini.

bagaimana untuk mengucapkan SJ? (selamat tinggal jahiliyah)

1. Akidah yang sejahtera
- dengan berpegang kepada pegangan tauhid yang didatangkan oleh Rasulullah
- membebaskan dirinya daripada pengabdian kepada selain Allah dalam apa jua bentuk

2. Ibadah yang shahih

Firman Allah:
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
(Al Mulk 67:2)

- mengikut Al Fudhail bin Iyadh ketika menerangkan ayat "siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya" ialah orang yang paling ikhlas dan yang benar amalannya.

3. Akhlak yang murni

- ialah lambang pemisahan antara Iman & Jahiliyah
- kita perlu tinggalkan akhlak2 jahiliyah
- dengan cara perlu bermujahadah dan latihan yang berterusan

4. Manhaj/Cara hidup yang lurus

- amaran kepada mukmin seluruhnya agar tidak tertipu dengan segala yang "bkn Islam"
- cth: membuat konsert amal untuk mengutip dana ( benar, ianya satu usaha yang baik, namun apabila konsert itu bercampur lelaki perempuan, apa sudah jadi?)

5. Wala'/Pergantungan yang benar

Firman Allah:
55. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (Al Maidah 5:55)

51. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al Maidah 5:51)

- step untuk kita memohon pertolongan ialah pertama-tamanya pada Allah, Rasul dan kemudian orang mukmin. dan teman setia kita bukanlah orang Yahudi dan Nasrani.

:: Sesungguhnya mukmin itu bersaudara...(49:10) ::

selesai sudah program satu hari suntuk ini, kami bersiap untuk tidur, saya mengambil peluang untuk tidur bersama Y. pertama kali buat sharing session dengan Y. siapa sangka, saya menjadi lebih rapat dengan Y berbanding housematenya yang merupakan kawan baik saya sejak form 2 dan seorang lagi kawan baik saya di Matrik Melaka dulu. inilah dia perancangan terbaik Allah. Allah sudah tetapkan segalanya. Moga Allah bukakan pintu hati mereka yang lain.

esok paginya kami bermain games mengikut kumpulan. setiap check point dengan task yang berbeza. antara task yang diberi:

1- perlu lakonkan keadaan yang berlaku ketika fasa Abbasiyah (dgn jayanya)
2- perlu menandakan peta dunia islam (pasni kena mantapkan lagi.)
3- menghafal 3 hadis selepas melalui halangan penuh lumpur. (dgn jayanya)
4- tasmi' bacaan surah As Syams dan bersenam robik dengan lagu Demi Matahari (dgn jayanya)
5- mengecam ahli kumpulan mengikut bau badan (dgn jayanya)
6-meneka surah dan ayat2 pilihan yang diberi serta menjawab soalan tentang seerah (dgn jayanya)
7-merancang strategi untuk menggunakan belon dan tepung sbg senjata untuk berperang (dgn jayanya)

tengahari kami 2 kumpulan bertempur di medan perang. satu batilion mempunyai seramai 50 orang. kami berjuang bermati2an! seperti mana tika Perang Badar dan Uhud. seperti mana Tariq lakukan. Samada menang atau syahid!

* di sini, saya berjumpa 5 orang yang nama sama dengan saya. jarang nk jumpa org nama Syahirah..tak kisah la ejaannye Shahira ke Shahirah ke, Syahirah ke, asalkan sebutannye same. yea! hee =) saya juga berjumpa dengan akhawat (Kak F, A, S, dan Y) ketika kami organize satu kem ibadah di Puchong dulu. rindunye antunna!!! (klik sini untuk membaca post tentang Kem Ibadah Puchong)



:: juadah kami yg sedap, jazakillah pada akhawat yang menjadi chef2 ::

:: akhawat bersemangat menjadi pemudi Islam! ::

:: kami sayang naqibah dan usrahmates kami! ::

:: Games: Al-Quran sentiasa di hati dan di sisi ::

:: War Game: berperang habis2an, jihad keranaNya! ::



:: lagu tema kami "Jalan Dakwah" ::

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa

Dulu kini selamanya

Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami

Moga tabah hati tak berbelah bagi


Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

11 comments:

Anonymous said...

salam kak shi... best baca blog akak, mmg best sgt pegi sana.. and SH di sunway 2 sgt2 terkesan di hati..ahamdulillah..
hm..nak bgtau ada post akak yg salwa copy, jgn mare ye..hehe..:)

sHi said...

wslm wawa! wah..wawa pun dh update blog nampaknye. betul kan kata kak kimah, blog ialah satu cara yg paling effective tuk kite laksanakan SH. eh..sile2..copy la ye. sharing is caring. dpt gak akak kumpul saham pahala iA..hehe. syg wawa! =)

Anonymous said...

dear shi...seronoknye aktiviti yg shi join...teringinnyer nak g tp cam segan plak...huhu~zaihanadya~

sHi said...

salam zai..nk pegi tak, next weekend ni, 28 & 29/3 ada program isk. do sms me if u free k.

Anonymous said...

salam,nice articles,saya ada amik isi skit2 dr ur articles.moga2 diizinkan.tq:)

sHi said...

silekan syahidah...ni sape ye? leh taaruf skit2? hehe.. moga bermanfaat =)

Hafiz said...

Assalamualaikum. I do recognised a few person inside the video. Generasi silam Melbourne.

sHi said...

waalaikumussalam,
yups, its during Ustaz S jaulah ke OZ rite? r u there dat time? mcm ada.

Hafiz said...

Nope. They are pioneers (at least for Melbourne), and me insyaAllah and always pray, the continuation of the chains.

faza said...

wali kuli umatin ajalun

nan said...

salam alaik...

bila baca catatan ni..
tak parasan lagi, tapi bila tgk gambar, rupa2nya saya pun join saat2 manis di kem sg merab ni..

jazakillah sharing.. =)