Sunday, July 20, 2008

I.S.K @ Kajang 19-20 July 2008

2 hari 1 malam (Sabtu & Ahad) ku ke program ISK di Kajang bersama Intan..its a short form of Ini Sejarah Kita. hatiku memang menunggu saat pagi Sabtu yang indah. pada mulanya, ku terasa takut kerana risau jika ku dipinggirkan atau tiada kawan di sana kerana ku masih lagi baru di dalam perjuangan menuju Allah ini. sampai di komuter Kajang, KD dan Nadia menunggu kami dan membawa kami ke Intisar. sudah banyak kali ku ke Kajang, namun hari itu destinasi dan tujuanku amat berbeza sekali. iaitu ingin mencari ilmu kerana Allah.

menunggu sahabat yang lain tiba, ku berkenalan dengan beberapa sahabat baru, ada yang sudah mengenali diriku, melalui Intan, melalui blog, melalui Kak Salwa. hampir pukul 10.30 pagi, kami bergerak naik ke atas dan memulakan sesi taa'ruf. terbukti Islam tidak mengenal siapa, umur , rupa, harta, bangsa. kami masing2 dari berlainan universiti dan berlainan course (accounts, economy, chemistry, arts, TESL, english, seni visual & PJ, medic, sc education, sejarah etc). ada yang sebaya denganku, yang senior dariku dan majoritinya boleh digelarkan sebagai adik2 tersayang. hampir 50 akhawat yang hadir dalam sesi ISK kali ini. sungguh ramai. kami berkumpul dan berjumpa di bawah satu bumbung dan di bawah satu program.

IPBA - Syikin, Zu, Mazny, Mas, Yana
INTISAR - Atiqah, Khadijah, Husna
MMU - Anis, Shikin
UPM - Arifah, Yana, Haida, Mimi
UM - Intan, sHi
UIA Nilai - Zulaikha, Iman, Busyra, Mimi
Taylor's College - Mariam
UPSI - KD, Akma, Asma', Dayah
Monash Uni - Abby, PQ, Filzah, Atiqah, Ziha, Auni, Farah, Yaya
UKM - Atiqah, Sal, Wan Yana, Nazirah
USIM - Ju, Farhana, Balqis
Twin Tech - Khaulah
UNIM - Maziah, Pia
Nottingham, UK - Asma'
Birmingham, UK - Murni


ada lagi beberapa akhawat lain, afwan kerana tidak berapa ingat mereka dari mana. Kak Khadijah yang dulunya ex UM dan sekarang menjadi suri rumah turut hadir membawa baby gurlnya, Fatimah Az-Zahra yang sangat comel dan tak byk ragam. ada sorg lagi baby, Nuqman yang sangat berat dan tembam. kami semua masing2 mengambil peluang mendukung dan bermain dengan mereka.

Sesi 1: dimulakan oleh KD (bakal cikgu Bio) bercakap mengenai KITA

Points penting:

1) Apa itu ISLAM? - tunduk dan berserah diri
Mana betul antara Saya pelajar Muslim ATAU Saya Muslim yang belajar - jwpn ialah Saya Muslim yang belajar sbb tekankan priority kita sebagai seorang Muslim dahulu, barulah keduanya iaitu belajar dan bukan sebaliknya.

2) Siapa sebenarnya KITA? - ialah umat Islam

3) Kelebihan yang diberi untuk manusia ialah kurniaan/rezeki dari Allah
Dalil: An-Nahl 16:7


[16.71] Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?

4) Kurniaan sebenarnya adalah ujian - jika manusia itu menggunakan kelebihan/kurniaan itu ke jalan yang salah, maka ia akan menjadi manusia yang sia-sia. dalam erti kata lain, hanya menjadi bahan lebihan dunia sahaja. ruginyaaaa...
Dalil: Al-An'am 6:165

[6.165] Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


5) Hadis Nabi: Manusia itu ibarat logam, lebihnya dia ketika di jahiliyyah juga lebihnya ketika dia di Islam, sekiranya dia faham ( Shahih Bukhari)

- kaitan manusia dengan logam ialah logam mempunyai banyak kegunaan, boleh digunakan untuk tujuan baik dan tujuan buruk
- Cth terdekat ialah Khalid al Walid, menjadi logam ketika jahiliyah (menjadi musuh ketat Islam sewaktu Perang Uhud) dan menjadi logam ketika Islam (menjadi orang yang berjuang ke jalan Allah)
- Juga sama seperti Saidina Umar yang terkenal dengan sifat garangnya dan gangster ketika sebelum masuk Islam dan selepas masuk Islam, digunakan dengan memberi manfaat kepada dunia.
- Islam tidak membataskan kelebihan seseorang itu tapi Islam menjadikannya ke arah yang lebih baik dan memberi manfaat kepada dunia. ( Adakah kita menggunakan kelebihan yang ada dengan bermanfaat??)
- Beza "fakihu" dan "fakuhu": "Fakihu ialah orang yang tahu (fakih) tentang Islam manakala Fakuhu ialah orang yang faham Islam dan melaksanakannya. (Kita nak jadi yang mana??)
- Cth ialah Sumayyah, walaupun ketika zaman itu, tiada hukum hakam dalam Islam lagi seperti solat dan puasa, beliau tidak fakih tentang Islam, tapi kerana beliau fakuhu, beliau sanggup mati syahid kerana keimanan dan ketaqwaannnya kepada Allah.

6) Hadis Nabi: Siapa yang Allah hendak berikan kepadanya kebaikan, difahamkannya dalam agama
- Kebaikan yang paling baik ialah mendapat kefahaman dalam Ad-Deen (agama Islam)
- Hadis Nabi (hadis ke-2 dalam Hadis 40 Imam Nawawi, juga dikenali sbg Hadis Jibril) menerangkan mengenai Ad-Deen iaitu bukan semata-mata Islam tetapi termasuklah Iman dan Ehsan.

7) Hadis Nabi: Ketahuilah bahawa setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Shahih Bukhari dan Muslim)

- Beza otak dan hati: Otak memproses maklumat dan hati merasai fiqh/aqal maklumat
Dalil: Al-A'raaf 7:179

[7.179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.


8) Matlamat hidup KITA - matlamat tidak menghalalkan cara

(i) IBADAH - apa sahaja yang dilakukan kerana Allah dengan cara yang betul, dapat pahala
Dalil: Az- Zaariyat 51:56

[51.56] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(ii) KHALIFAH - bukan setakat menjadi pentadbir Bumi, malah tujuan untuk menyedarkan dan mengajak orang untuk memahami Islam itu sebetulnya.
Dalil: Al-Baqarah 2:30

[2.30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


Sesi 2: Sesi bersama KD berakhir, kami berehat sebelum meneruskan sesi 2 iaitu part SEJARAH bersama Arifah, si bakal doctor yang hyperactive dan layak menjadi cikgu tadika =D, diikuti oleh 3 presenter jemputan dari UK sehingga malam menjelma dan disambung pada pagi Ahad hingga tengahari.


1) Tujuan belajar sejarah?? Tahukah anda bahawa 2/3 dari dunia adalah Islam yang punya satu ketika dulu??

- utk menyedarkan semula kerana Barat telah pun mengaburi mata kita dan hanya menindas orang Islam. dalam erti kata lain mereka telah menipu bulat2 kitaaaaa!! (argh, geram geram geram, marahh sgt2!)
- adakah anda tahu, Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Zaman Logam yang selama ni kite baca dlm buku Sejarah dan menghafalnya satu persatu semuanya adalah dusta semata?? mereka mendakwa selepas kedatangan mereka lah, baru manusia bertamadun. sedangkan adakah anda tahu ketika zaman Nabi Adam, mereka sudah pun pandai berkebun, ketika zaman Nabi Nuh, kapal yang lagi besar dari kapal zaman sekarang telah pun terbina. sebenarnya manusia sudah lama bertamadun dan bukannya selepas kedatangan mereka!!!!
- rasa sekarang gak nak replace tempat jadi Menteri Pendidikan spy new syllabus subjek Sejarah dirombak. supaya anak cucu cicit kita takkan ditipu bulat2 oleh mereka ini!

2) 7 fasa

Mekah
Madinah
Khulafa' Ar-Rasyidin
Umayyah
Abbasiyah I
Abbasiyah II
Turki Uthmaniyyah

Mengikut gambar graf sejarah yang ditunjukkan di atas, sejarah kita bermula dengan Nabi Muhammad S.A.W menjadi Rasul dan mendapat wahyu pertama, kemudian berdakwah secara bersembunyi, dakwah terang-terangan di Mekkah, hijrah ke Madinah, bermulanya perang pertama iaitu Perang Badar (Islam menang) , disusuli Perang Uhud (Islam kalah kerana harta dan tidak mengikut kata Nabi), Perang Khandak (Islam menang, Salman buat parit dan Allah datangkan ribut pasir), beberapa perang lagi, Perjanjian Hudaibiyah dijalankan, pembukaan Kota Mekah dan Haji Wida'.

3) Allah menghadiahkan kota Madinah kepada Rasulullah selepas Tahun Kedukaan. Graf sejarah semakin meningkat ketika di Madinah untuk membina daulah. Selepas Rasulullah wafat, fasa seterusnya ialah fasa Khulafa' Ar-Rasyidin (4 sahabat Nabi: Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali) mengukuhkan daulah. Peristiwa penting: Saidina Abu Bakar memerangi orang yang murtad dan orang yang tidak mahu membayar zakat, Saidina Umar menghantar wakil ke sana sini untuk meluaskan Islam, Saidina Uthman mengumpulkan Al-Quran dan membuat baris pada ayat Al-Quran, Saidina Ali pernah bergaduh dengan Saidatina Aisyah dan Muawiyah. Fasa kemudian ialah Umayyah, bertujuan untuk meluaskan kuasa untuk menyebarkan Islam kepada semua. Peristiwa yang berlaku: Umar bin Muaffiq dihantar ke Maghribi untuk berdakwah, Musa bin Musair dihantar ke Andalus, Abd Rahman Ar-Raffiqi ke France, hampir menang tapi kalah kerana diserang hendap oleh orang Kristian yang sengaja untuk menarik perhatian umat Islam kerana harta rampasan perang diserang. Fasa kemudian ialah Abbasiyyah I( Kota di Baghdad, Iraq) di mana lahirlah segala tokoh ilmuwan spt Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Batutta dll. Ada Baitul Hikmah iaitu library, buka pusat ilmu, muncul 4 mazhab yang diguna pakai hingga sekarang, Islam menjadi Ustadziatul Alam iaitu ikutan kepada seluruh alam). Graf meningkat dengan tinggi sekali! Namun usaha bermula dari perjuangan seorang yang bernama Muhammad dan para sahabat akhirnya sia-sia apabila Ketua Nomad Monggol, Hulagu Khan berjaya menjatuhkan Sultan Al-Mutassir dengan senangnya, kerana Sultan tiada lagi izzah pada Islam, kerana terlalu pentingkan harta dunia. Graf menurun ketika fasa Abbasiyyah II di mana di sini semua buku-buku dan alim ulama' sudah tiada, tiada tamadun. Kemudian, graf mula naik semula ketika muncul seorang hero muda yang beriman berusia 24 tahun bernama Sultan Muhammad Al-Fateh di fasa Turki Uthmanniyyah yang berjaya menakluk Istanbul (Constantinople) iaitu Rom Timur. Hadis Nabi: Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera ialah pemimpin dan tentera di ketika itu. Beliaulah hero kita ketika itu! Namun selepas Sultan Abd Hamid (II) iaitu sultan yang terakhir yang mengamalkan sistem khalifah, graf kita kembali menurun dan menurun apabila Mustafa Kamal Attartuk yang hanya menjadi raja boneka oleh British itu menguasai, menghapuskan sistem khalifah dan memisahkan kita dengan Islam. sehinggalah sekarang, kita masih lagi dijajah oleh mereka. (Ghazwatul Fikr,perang minda)

4) Kesimpulan:

APA KAITAN GRAF DENGAN DIRI KITA?
- kerana kita ialah umat Islam, kita perlu mengikuti guide dari Rasulullah ajarkan dan lakukan, supaya Islam kembali gemilang seperti satu masa dulu.

HARI INI, KITA DI MANA?
- hari ini kita di fasa seperti di fasa Mekah dulu. Hanya terdapat sedikit dakwah, tiada daulah dan tiada tamadun lagi. penyakit wahan timbul iaitu cinta dunia dan takut mati telah bertaburan di dalam hati kebanyakan umat Islam seperti yang Nabi pernah katakan dulu. kita perlu menjadi seperti di fasa Abbasiyyah dulu di mana, ada dakwah, ada daulah dan ada tamadun!!!

APA YANG HARUS KITA LAKUKAN?
- menjadikan amal 7 sebagai langkah untuk kita kembali gemilang:

1) Individu Muslim
2) Baitul Muslim
3) Masyarakat Muslim
4) Daulah Muslim
5) Kerajaan Muslim
6) Empayar Muslim
7) Ustadziatul Alam

kerana ketujuh2 ini hanya mempunyai 1 matlamat iaitu ingin menegakkan kalimah Lailahaillallah dan berpegang teguh pada kalimah ini.



ku rasakan terrrrrlalu panjang dan detail untuk ku ceritakan tentang pengalaman serta ilmu berhargaku ini di dalam blog kerana bagiku setiap detik yang ku lalui ini amat amat amat manis dan tidak mungkin ku lupakan. kami tidur bersama, makan sedulang, minum segelas, solat berjemaah, baca mathurat bersama..semuanya dilakukan bersama, inilah nikmat ukhwah yang ku cari selama ini. buat Yana, nanti kita share opinion lagi pasal business yang bakal kita lakukan insyaAllah ye. ;) benar kata Kak Salwa, ukhwah fillah memang sweet, sangat manis, sangat indah. Sudah terbukti di depan mataku, ku rindukan kesemua yang berada bersama ku di sana. seolah-olah kami sudah mengenali sejak kecil lagi. seolah-olah kami adik beradik yang sudah lama tinggal bersama. sedangkan kami hanya mengenali dalam masa kurang 3 hari. ku sayangi mereka kerana Allah. semoga ketemu lagi di program seterusnya insyaAllah. smoga kita istiqamah dalam jalan lurus ini. ana uhibbukum fillah ~

tuk akhir sesi, video ditunjukkan dan kami ramai2 menyanyikan lagu ini bersama bersemangat dan kuat. akhir sekali, Iman mengucapkan "Takbir!" lalu kami menyahut "Allahu Akbar!" dengan lantangnya.

Adakah Kau Lupa - Alarm Me

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

:: jazakumullah khairan kathira ::

Allahua'lam

* Intan ada mengirimkan salamnya kepada semua pembaca blog sHi. jawab2...for u, ya ukht! =) alhamdulillah, cuti weekend ku kali ini tidak lagi seperti cuti weekend yang lepas..sumenye terisi dengan pengisian ilmu yang sangat bermanfaat pada diriku. nak join?? bagi sesiapa yang berminat dengan program sebegini, boleh la beritahu sHi ye. insyaAllah, program sebegini akan berterusan dijalankan. buat kita umat Islam...

graf sejarah umat Islam dari fasa Mekah hingga fasa sekarang, dulu kita pernah berada di puncak, pernah menjadi ikutan kepada seluruh alam, dan jatuh merudum hinggalah sekarang. apakah tindakan kita sebagai khalifah untuk menaikkan dan gemilangkan semula Islam seperti satu ketika dulu ??? di manakah hero2 seperti Muhammad al fateh dan Salahuddin al ayyubi pada zaman skrg?? kembalilah ke jalan yang benar wahai muslimin muslimat sekalian. (sila double klik pada gambar di atas untuk zoom in)

No comments: