Wednesday, December 31, 2008
usrah kabilah 3 @ Puchong
selepas saja selesai program, kami solat Asar berjemaah dan terus mulakan usrah kabilah kami. usrah yang terakhir sebelum masing2 masuk semula ke pusat pengajian. sedih pun ada ingin meninggalkan sisters yang sudahpun kenal hampir sebulan. tambah2 lagi ikatan ukhwah itu makin bertambah eratnya apabila menguruskan kem ini bersama. kami mulakan dengan Tafsir Surah Al-Kafirun oleh sHi. ku jadikan Tasfir Fi Zilal dari Syed Qutb sebagai rujukanku. ramai orang membaca surah ini, malah budak2 pun hafal surah ini. namun berapa ramai yang tahu, sebab nuzulnya (terturunnya) surah ini? ada peristiwa di sebaliknya yang membuatkan surah Al-Kafirun ini diturunkan. mari kita serba sedikit mengetahui pokok pembicaraan surah ini seperti yang ditulis oleh Syed Qutb.
Pokok pembicaraan Surah Al-Kafirun:
Aqidah orang Arab dirosakkan oleh kepercayaan syirik. Mereka tidak mengingkari kewujudan Allah, tetapi mereka ini tidak mahu mempercayai bahawa Allah itu Esa. mereka menyembah berhala dan letakkannya di sekeliling Kaabah kerana menganggap berhala ini melambangkan malaikat yang dianggap sebagai puteri Allah. ini bertujuan supaya dapat mendekatkan diri mereka dengan Allah. di dalam setiap sumpah dan doa-doa mereka, mereka tidak lupa untuk berkata "Demi Allah" dan "Wahai Allah". tetapi keimanan mereka ini telah dirosakkan oleh kepercayaan syirik oleh adat resam mereka sehinggakan mereka memperuntukkan satu bahagian dari hasil-hasil tanaman dan ternakan kepada berhala2 tersebut.
Sebab nuzulnya Surah Al Kafirun:
Seperti mana yang diceritakan juga dalam Raheeq Makhtum, oleh kerana cara kekerasan yang dilakukan oleh kaum musyrikin tidak dapat menggagalkan usaha Nabi Muhammad untuk menjalankan dakwah, maka mereka membuat keputusan untuk memujuk Rasulullah S.A.W supaya bersetuju dengan satu jalan tengah iaitu dengan mencadangkan supaya Muhammad bersetuju menyembah tuhan-tuhan mereka dan sebagai balasan, mereka juga akan menyembah tuhan Muhammad. ada juga satu lagi riwayat menceritakan mereka membuat tawar menawar dengan Nabi iaitu Nabi yakni muslimin menyembah tuhan mereka setahun dan mereka pula akan menyembah tuhan Muhammad selama setahun juga. maka Allah menolak tawaran ini secara terang-terangan dengan terturunnya ayat ini.
Firman Allah:
[109.1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
[109.2] "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[109.3] "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[109.4] "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[109.5] "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[109.6] "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
(Al-Kafirun, 109:1-6)
surah ini ingin menunjukkan bahawa tidak ada tawar-menawar dalam urusan aqidah dan tiada titik pertemuan di antara orang mukmin dan orang kafir. menurut Syed Qutb, perpisahan yang jelas ini perlu kepada daei seperti kita dan kepada mereka yang didakwah untuk memahami. jika kita lihat di Malaysia terutamanya, kefahaman jahiliyah telah bercampuraduk dengan kefahaman keimanan. seperti ada orang yang memakai tudung, tapi tak solat. ada juga orang yang berpuasa di siang hari tapi pergi clubbing di malam hari. begitu ingin menceritakan bahawa kita haruslah mengetahui bahawa jahiliyah tetap jahiliyah dan islam tetap islam. tidak ada jalan di tengah2. perlu memilih samada kiri atau kanan. baik atau jahat. syurga atau neraka. satu-satunya jalan keluar ialah tinggalkan keseluruhan jahiliyah dan pindahlah ke dalam islam juga secara keseluruhan.
ku teringat beberapa ayat Allah yang berkaitan juga dengan ini. satunya ialah dalam surah As-Syams dan satu lagi ialah dalam surah Al-Ahzab,
Firman Allah:
Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya.
(As-Syams, 91:8)
Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya...
(Al-Ahzab, 33:4)
reflect diri kita semula: masih adakah sisa2 karat jahiliyah dalam diriku ini? Astaghfirullahal'azeem.
seterusnya, Kak Aisyah pula dalam part Akhbar Islami ialah tak lain dan tak bukan tentang saudara seiman kita iaitu di Palestin sana. (akan diulas di post yang lain insyaAllah)
diteruskan pula oleh Sabrina dengan Tazkiratun Nafs iaitu pengisian jiwa dengan beberapa peringatan yang boleh direnung kembali oleh kita. salah satunya, ialah jangan kita berasa sayang untuk pergi menjalankan dakwah atau mendengar majlis2 ilmu walaupun kita sudahpun dengar perkara yang sama beberapa kali kerana dunia ini hanya lah temporary tapi syurga itulah yang eternity, abadi selamanya. juga jangan merasa senang berada di comfort zone kita sekarang, punya katil untuk tidur, makanan mewah, pakaian baru, ada aircond untuk menyejukkan badan, ada heater untuk memanaskan badan, punya air minuman yang bersih dan sebagainya. bandingkan kita dengan di Palestin sana ??? lastly, tentang menghargai masa. kita akan sangat menghargai masa walau satu bulan jika kita ialah ibu yang mengandungkan premature baby. kita akan sangat menghargai masa walau satu minit jika kita ialah orang yang terlepas tren. kita akan sangat menghargai masa walau satu saat jika kita ialah pelumba lari pecut 100 meter.
jazakillahu khayr pada Kak Ai kerana sudi drive hantar kami balik dari Kajang, ke Cheras, pastu ke Bangi lak. bertolak pukul 6 sampai Bangi pukul 10 malam. banyak sangat tempat persinggahan tuk hantar sisters selamat sampai depan rumah. dapat gak Kak Ai & Azwa makan mee sup tulang makcik sHi wat kan? =D hingga ketemu lagi enshaAllah. moga Allah teguhkan hati2 kita ini untuk terus tsabat. Ameen.
Tuesday, December 30, 2008
Kem Ibadah Remaja 2008 @ Puchong
sudah laaaaama tertangguh, afwan kathira. baru semalam daftar masuk semula ke UM untuk menghabiskan final semesterku. inilah peluang terakhirku untuk memperbaiki pointer agar ku dapat grad dengan cemerlangnya tahun hadapan. enshaAllah.
ok sudah2..selesaikan amanahmu ini sHi. kali ini ingin menceritakan tentang Kem Ibadah Remaja di Puchong yang ku hadiri pada 23-24 Disember 2008. selesai sudah dengan urusan walimatul urus kakak kesayanganku, berehat satu hari di rumah untuk hilangkan segala lenguh2 di kaki. hari isnin petang ku dapat sms dari Kak Fisya UK, ku hampir terlupa ku ada letakkan nama untuk menjadi fasi bagi kem ini pada sesi usrah minggu lepas. terus ku tanyakan pada Kak Fisya tugasan yang ku harus lakukan memandangkan malam semalam ku tidak berkesempatan untuk berym conference dengan sisters yang terlibat. setelah pembahagian tugas, ku diberi task untuk tazkirah tentang qudwah Nabi dan para sahabat. malam itu, tanpa berlengah ku capai Raheeq Makhtum untuk prepare serba sedikit mengenai tazkirah yang akan ku sampaikan.
awal2 pagi keesokan harinya, Intan dan Azwa mengambilku dan Seha di rumah dan bergerak ke Puchong bersama sisters yang lain. sampai di surau, semua peserta sudah berkumpul dalam kumpulan. kaum2 ibu yang ada sangat baik dan mesra alam. mereka sedang berkumpul bersiap sedia di luar untuk masak juadah tengahari. pada awalnya hanya Kak Fisha UK, Seha KMB, Mimi, Atikah IPTI, Yaya dan sHi yang ada sebagai fasi. risau juga takut kekurangan fasi. namun selepas itu, datang Kak Aisyah UK dan Sabrina KMB. selepas itu datang pula pertolongan dari Kak Ai IPBA dan KD UPSI. jazakumullah khayran kathira sudi datang membantu kami. =)
adik2 ini dibahagikan kepada 2 kumpulan memandangkan umur mereka adalah dalam lingkungan 8 tahun ke 18 tahun. para fasi juga dibahagikan mengikut kumpulan2 ini. ku membantu Kak Fisha untuk menguruskan kumpulan adik2 remaja bersama Kak Ai dan KD. terus Kak Fisha mulakan dengan slot Celikkan Hatimu dan ISK. bagi kumpulan kanak2, slot oleh Seha seterusnya Kak Aisya telah sediakan games dan aktiviti yang sgt menarik dan sudah pasti ada lesson learn bagi setiap aktiviti yang dilakukan. petang selepas Asar, kami ke padang untuk mulakan 'balloon war'. akhirnya tak tahu group mane yang menang. maka diisytiharkan seri. time ni tringat bagaimana ketika Nabi dan para sahabat berperang. mara ke hadapan, syahid cita2 yang tertinggi tapi apa yang berlaku ketika 'balloon war' ptg itu, belum baling lagi belon dah ramai yang lari patah balik. kalo gni, memang belum cukup kelayakan nak jadi angkatan tentera perang Nabi. ni baru guna belon, belum lagi guna pedang. huhuuu...
selepas Isya', giliranku untuk memberi tazkirah. memandangkan adik2 yang ada sudah penat dengan slot yang agak berat petang terutama adik2 remaja tadi, ku rasakan tazkirah ini tidak boleh terlalu serius. jadi ku di hadapan seolah2 menjadi pencerita yang menceritakan akhlak2 Nabi dan serba sedikit peristiwa dan seerah yang boleh dijadikan tauladan iaitu qudwah hasanah yang ditunjukkan oleh junjungan Nabi S.A.W. slot disambung semula hingga 11 malam oleh Kak Fisha untuk adik2 remaja manakala oleh Sabrina untuk adik2 kecik. mereka harus tidur kerana esok pagi kami sudah berjanji bertemu Allah untuk qiyammullail bersama.
ku diberi amanah untuk menjadi imam untuk qiyam, alhamdulillah adik2 ni sangat senang bangun apabila dikejutkan terutama adik2 kecik yang comel ini. zikir munajat dipimpin oleh Mimi dan Yaya selepas qiyam sementara menunggu Subuh. kami bersenamrobik Ar-ruhul jadeed bersama. nampak adik2 sangat enjoy dan excited bersenam. slot diteruskan oleh KD untuk adik2 remaja bagi penutupkan ISK manakala oleh Atikah untuk adik2 kecik. selepas breakfast sehingga Zuhur sementara ku upload semua gambar untuk buat satu video special buat adik2 sebelum mereka pulang. berkali2 dan beberapa masalah yang ku hadapi, memang agak menguji tahap kesabaran untuk lakukan video ini. selepas hampir 5 jam berdepan dengan laptop, alhamdulillah, Allah permudahkan juga akhirnya. =)
selepas majlis penyampaian hadiah untuk adik2 dan ucapan dari mas'ulah untuk kem ini iaitu Kak Fisya serta ucapan dari kaum ibu taman perumahan di situ, kami sama2 melihat video simple dan menyanyi lagu tema kami ramai2 sambil berpelukan. baru kami tahu, rupanya program ini adalah buat julung2 kalinya diadakan di surau berkenaan. alhamdulillah permulaan yang baik. adik2 ini juga nyanyikan lagu ini untuk kami semua. sungguh comel ~
Jazaki jazaki, jazakillahu khairan
Walaki walana, insyaAllahu jannah
selesai majlis, Asma' KMB sudah pun sampai untuk kami jalankan usrah kabilah kami yang terakhir sebelum masing2 pulang semula ke pusat pengajian masing2.
Sejuta Harapan - Da'i Nada
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
syukur alhamdulillah kami panjatkan kepada Allah kerana dengan planning yang tidak seberapa dan agak last minute, Allah telah memberikan hasil yang sangat luar biasa. Alhamdulillah kathira. buat sisters, jazakumullahu khairan kathira, pengalaman dan kenangan bersama antum akan sHi ingat. benar, dengan tidur, solat, makan, segalanya berjemaah makin rapatkan dan kuatkan lagi ukhwah fillah antara kita. =)
"Apa Khabar Semua ??? ALHAMDULILLAH, LUAR BIASA ALLAHUAKBAR !!! =D
ok sudah2..selesaikan amanahmu ini sHi. kali ini ingin menceritakan tentang Kem Ibadah Remaja di Puchong yang ku hadiri pada 23-24 Disember 2008. selesai sudah dengan urusan walimatul urus kakak kesayanganku, berehat satu hari di rumah untuk hilangkan segala lenguh2 di kaki. hari isnin petang ku dapat sms dari Kak Fisya UK, ku hampir terlupa ku ada letakkan nama untuk menjadi fasi bagi kem ini pada sesi usrah minggu lepas. terus ku tanyakan pada Kak Fisya tugasan yang ku harus lakukan memandangkan malam semalam ku tidak berkesempatan untuk berym conference dengan sisters yang terlibat. setelah pembahagian tugas, ku diberi task untuk tazkirah tentang qudwah Nabi dan para sahabat. malam itu, tanpa berlengah ku capai Raheeq Makhtum untuk prepare serba sedikit mengenai tazkirah yang akan ku sampaikan.
awal2 pagi keesokan harinya, Intan dan Azwa mengambilku dan Seha di rumah dan bergerak ke Puchong bersama sisters yang lain. sampai di surau, semua peserta sudah berkumpul dalam kumpulan. kaum2 ibu yang ada sangat baik dan mesra alam. mereka sedang berkumpul bersiap sedia di luar untuk masak juadah tengahari. pada awalnya hanya Kak Fisha UK, Seha KMB, Mimi, Atikah IPTI, Yaya dan sHi yang ada sebagai fasi. risau juga takut kekurangan fasi. namun selepas itu, datang Kak Aisyah UK dan Sabrina KMB. selepas itu datang pula pertolongan dari Kak Ai IPBA dan KD UPSI. jazakumullah khayran kathira sudi datang membantu kami. =)
adik2 ini dibahagikan kepada 2 kumpulan memandangkan umur mereka adalah dalam lingkungan 8 tahun ke 18 tahun. para fasi juga dibahagikan mengikut kumpulan2 ini. ku membantu Kak Fisha untuk menguruskan kumpulan adik2 remaja bersama Kak Ai dan KD. terus Kak Fisha mulakan dengan slot Celikkan Hatimu dan ISK. bagi kumpulan kanak2, slot oleh Seha seterusnya Kak Aisya telah sediakan games dan aktiviti yang sgt menarik dan sudah pasti ada lesson learn bagi setiap aktiviti yang dilakukan. petang selepas Asar, kami ke padang untuk mulakan 'balloon war'. akhirnya tak tahu group mane yang menang. maka diisytiharkan seri. time ni tringat bagaimana ketika Nabi dan para sahabat berperang. mara ke hadapan, syahid cita2 yang tertinggi tapi apa yang berlaku ketika 'balloon war' ptg itu, belum baling lagi belon dah ramai yang lari patah balik. kalo gni, memang belum cukup kelayakan nak jadi angkatan tentera perang Nabi. ni baru guna belon, belum lagi guna pedang. huhuuu...
selepas Isya', giliranku untuk memberi tazkirah. memandangkan adik2 yang ada sudah penat dengan slot yang agak berat petang terutama adik2 remaja tadi, ku rasakan tazkirah ini tidak boleh terlalu serius. jadi ku di hadapan seolah2 menjadi pencerita yang menceritakan akhlak2 Nabi dan serba sedikit peristiwa dan seerah yang boleh dijadikan tauladan iaitu qudwah hasanah yang ditunjukkan oleh junjungan Nabi S.A.W. slot disambung semula hingga 11 malam oleh Kak Fisha untuk adik2 remaja manakala oleh Sabrina untuk adik2 kecik. mereka harus tidur kerana esok pagi kami sudah berjanji bertemu Allah untuk qiyammullail bersama.
ku diberi amanah untuk menjadi imam untuk qiyam, alhamdulillah adik2 ni sangat senang bangun apabila dikejutkan terutama adik2 kecik yang comel ini. zikir munajat dipimpin oleh Mimi dan Yaya selepas qiyam sementara menunggu Subuh. kami bersenamrobik Ar-ruhul jadeed bersama. nampak adik2 sangat enjoy dan excited bersenam. slot diteruskan oleh KD untuk adik2 remaja bagi penutupkan ISK manakala oleh Atikah untuk adik2 kecik. selepas breakfast sehingga Zuhur sementara ku upload semua gambar untuk buat satu video special buat adik2 sebelum mereka pulang. berkali2 dan beberapa masalah yang ku hadapi, memang agak menguji tahap kesabaran untuk lakukan video ini. selepas hampir 5 jam berdepan dengan laptop, alhamdulillah, Allah permudahkan juga akhirnya. =)
selepas majlis penyampaian hadiah untuk adik2 dan ucapan dari mas'ulah untuk kem ini iaitu Kak Fisya serta ucapan dari kaum ibu taman perumahan di situ, kami sama2 melihat video simple dan menyanyi lagu tema kami ramai2 sambil berpelukan. baru kami tahu, rupanya program ini adalah buat julung2 kalinya diadakan di surau berkenaan. alhamdulillah permulaan yang baik. adik2 ini juga nyanyikan lagu ini untuk kami semua. sungguh comel ~
Jazaki jazaki, jazakillahu khairan
Walaki walana, insyaAllahu jannah
selesai majlis, Asma' KMB sudah pun sampai untuk kami jalankan usrah kabilah kami yang terakhir sebelum masing2 pulang semula ke pusat pengajian masing2.
Sejuta Harapan - Da'i Nada
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
syukur alhamdulillah kami panjatkan kepada Allah kerana dengan planning yang tidak seberapa dan agak last minute, Allah telah memberikan hasil yang sangat luar biasa. Alhamdulillah kathira. buat sisters, jazakumullahu khairan kathira, pengalaman dan kenangan bersama antum akan sHi ingat. benar, dengan tidur, solat, makan, segalanya berjemaah makin rapatkan dan kuatkan lagi ukhwah fillah antara kita. =)
"Apa Khabar Semua ??? ALHAMDULILLAH, LUAR BIASA ALLAHUAKBAR !!! =D
Friday, December 26, 2008
barakallahulaki sys! ana uhibbuki fillah~
bismillahirrahmanirrahim... lama sangat rasanya tidak mengupdate blog ni. minggu ini dan minggu lepas merupakan minggu yang paling sibuk di waktu cuti semester ini. walaupun berada di JB, ku tetap membawa bersama laptop ku. rasa bersalah memandangkan blog ini juga adalah amanah dari Allah. ramai yang menunggu untuk membaca. insyaAllah hari ini dan esok akan sHi siapkan post2 terbaru di dalam blog.
post yang pertama inginku ucapkan barakallah kepada pasangan Suriati Salwa & Saiful Azri kerana alhamdulillah dengan izin Allah, kakakku telah selamat mendirikan baitul muslim dengan suaminya. pasti segalanya akan berbeza dengan hari2 sebelumnya. menjadi seorang isteri, tanggungjawab semakin bertambah, beban dakwah makin berat untuk dipikul. moga kalian tetap istiqamah dalam jalan ini.
selama 3 hari dari hari malam akad nikah pada hari Jumaat, majlis resepsi di rumah pada hari Sabtu dan resepsi di kelab golf pada hari Ahad, kami sekeluarga sangat2 bersyukur kepada Ya Rabb kerana memudahkan segala urusan kami walaupun memang semua orang berasa penat. cuaca yang sangat baik alhamdulillah, kehadiran jemputan yang ramai dan majlis berjalan dengan lancar dari awal hingga ke akhir.
buat kakakku yang ku sangat cintai kerana Allah, ingin ku tujukan sebaik2 ucapan untuk pasangan ini yang baru mendirikan baitul muslim. semoga rumah tangga kalian memberi manfaat kepada seluruh umat muslimin. ameen.
*memandangkan hari lahirku jatuh pada hari malam akad nikah kakakku, 19 Disember 2008, sempat juga mak dan ayah celebrate hari lahirku yang ke 22. inilah birthday celebration ku bersama family yang paaaaaling2 best. will remember this moments in my life. love u ayah, love u mak, love u sys. love all of u too dear adik2. thanks Mak Ngah sebab sudi sponsor carrot kek yang sedap tu.=D juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan2 sekalian, thanks a lot for the bufday wishes. semoga diriku ini bertambah imannye dan amalnye. enshaAllah.
Wednesday, December 17, 2008
usrah kabilah 2 @ Wangsa Maju
kali ini lebih ramai yang hadir dalam usrah kabilah ini. kami hadir agak lambat sedikit berbanding biasa memandangkan perlu stop di beberapa tempat untuk pick up akhawat termasuk diriku. dapat kembali jumpa dengan Kak Syam IPBA yang sangat comel, Kak Elly UK, Kak Ai IPBA, Nana Auckland, Diyana, Sabrina KMB dan Azie KMB. seperti biasa, kami bertadabbur. kali ini surah As-Saff. antara ayat2 yang berkesan di hati ialah:
Firman Allah:
[61.1] Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Kak Elly UK ada share kisahnya ketika dia belajar swimming. pada waktu itu, teringat akan ayat ini. bukan setakat benda hidup seperti burung dan daun sahaja yang bertasbih pada Allah kerana Allah mengatakan SEGALA APA YANG ADA DI LANGIT DAN BUMI. ianya termasuklah benda bukan hidup seperti kertas dan air. rasa malu dengan makhluk Allah ini. kita kadang2 leka untuk bertasbih memuji Allah sedangkan mereka tidak pernah sedetik pun alpa.
[61.2] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
[61.3] Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
pertama kali ku melihat dan memahami ayat 2 dan 3 ini ialah ketika daurah SH. ayat ini juga yang ku letakkan di sebelah kanan blog ku sebagai peringatan keras buatku. Allah amat2 membenci orang yang cakap tapi tak serupa bikin.
[61.4] Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
ayat ini menunjukkan bahawa kita semua umat islam perlu bersama2 menyokong antara satu sama lain. sudah Allah katakan ianya seolah2 sebuah bangunan yang tersusun kukuh. kuatnye kan? sebab tu dalam solat sekalipun, imam akan menyebut "Luruskan dan rapatkan saf". kerana Allah sangat mencintai orang sebegini. begitu juga dalam hadis Nabi di mana Nabi ada mengatakan bahawa orang mukmin dengan mukmin yang lain ialah ibarat batu bata. insyaAllah. jika tiada simen, maka batu bata itu akan jadi lemah dan akan runtuh. jika tiada batu bata, maka simen juga tidak berguna kerana tidak boleh membina sesebuah rumah. begitu kuat hubungan antara satu sama lain.
part seerah pula dibentangkan oleh naqibahku yang menceritakan tentang Perang Hunain. perang ini berlaku selepas satu peristiwa penting iaitu Fathul Mekah. di mana perang ini adalah antara perang terbesar di dalam sirah Nabawiyah. ketika ini, ramai yang berbondong2 masuk Islam. perang ini merupakan pertama kali bilangan umat islam yang berperang adalah lebih ramai (orang Madinah dan orang Mekah yang masuk islam termasuk Abu Sufyan) berbanding dengan musuh iaitu musyrikin. di sini dapat dilihat perbezaan perang Hunain dengan perang Badar. ketika perang Badar, bilangan umat islam teramat sedikit dan mereka kuat kerana bergantung kepada Allah yang memberikan kemenangan kepada mereka. manakala ketika perang Hunain, mereka tidak lagi bergantung kepada Allah kerana merasa yakin mereka akan menang memandangkan bilangan umat islam lebih ramai. dengan izin Allah, perang ini dimenangi oleh umat islam. terturunlah ayat ini yang memberi pengajaran bahawa hanya Allah yang boleh menentukan kemenangan dan bukan di atas sebab bilangan tentera:
Firman Allah:
[9.25] Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
sebaik sahaja menang, Rasulullah telah membahagi2kan harta rampasan perang yang mereka peroleh. ketika ini, orang Ansar timbul rasa tidak puas hati apabila melihat Rasulullah memberikan harta itu lebih kepada orang Mekah. namun Rasulullah S.A.W berkata kepada mereka, orang2 Mekah akan mendapat harta itu, tapi engkau akan mendapat Allah dan RasulNya. wah...sweetnye. sampai orang2 Ansar menangis sehingga membasahi janggut2 mereka. apa lagi yang lebih bererti melainkan mendapat Rasulullah kembali pulang ke Madinah bersama2 mereka. di sini dapat kita lihat bagaimana kata2 Rasulullah itu kena pada tempatnya sehingga boleh memberi kesan kepada para sahabat. reflect diri kita, seorang daei seharusnya mengikut bagaimana skill dan teknik Rasululllah. tidak perlu bercakap banyak sehingga orang tak tahu apa point kita cakap. cuma bercakap bila perlu di waktu yang tepat. supaya dapat berkesan di hati2 orang yang kita tujukan itu insyaALLAH.
(sumber dari: Raheeq Makhtum)
Tuesday, December 16, 2008
Jim Jim pergi
pagi ini ku melihat sendiri bagaimana Jim Jim menghembuskan nafas terakhirnya. ketika ku bangun, Jim Jim statik berbaring. memang kebiasaannya selepas bangun ku akan ketuk-ketukkan rumah diorg untuk make sure diorg sume ok dan masih hidup. tapi kali ni, Jim Jim je yang tak bangun. tapi masih boleh gerakkan tangan dan jantungnya berdegup pantas. tak sangka gurauan adikku, Luqman semalam akhirnya menjadi nyata. Jim Jim memang kebelakangan ni suka sangat menggigit orang. sampai adikku kata malam semalam, "Ha, tengoklah malam ni aku bunuh ko". rupanya memang Jim Jim nak pergi hari ini. Nod mati ketika hari pertunangan kakakku, Jim Jim pulak mati ketika beberapa hari sebelum hari perkahwinan kakakku. kini tinggallah 3 ekor hamsters sahaja.
:: this picture was taken 2 days ago. Jim Jim, Tha Tha, Noddy and Nini sleeping together ::
:: this picture was taken 2 days ago. Jim Jim, Tha Tha, Noddy and Nini sleeping together ::
Sunday, December 14, 2008
merokok sangat cool ???
suatu hari ada seorang sepupu saya datang ke rumah. sudah ada isteri dan 3 orang anak, namun masih lagi dengan tabiat lama. rokok ibarat teman sejati. dah sakit2 kepala, batuk2 pun still dengan rokok jugak. sampai dalam toilet pun boleh merokok! busuknya toilet, 1 hari suntuk tak hilang lagi walaupun dah spray2 bagi wangi.
Keburukan merokok:
1)Bawak 1001 penyakit untuk tubuh badan (kalau setakat tubuh badan sendiri takpe jugak, ni datangkan sakit pada anak isteri dan orang terdekat, sayangilah nyawa orang lain kalau nyawa sendiri tak sayang)
2) Membazir (kerajaan naikkan harga rokok tinggi menjulang pun orang beli jugak kan?)
3) Salah satu ghazwatul fikr dari orang Barat untuk hancurkan umat islam (sedar tak wahai orang islam sekalian...)
come on, bagi smoker di luar sana, jangan anggap merokok itu perbuatan yang sangat cool. berikan saya 3 kebaikan merokok. pasti tiada kan? so what for? i cannot tolerate dengan orang macam ini. bukan setakat membinasakan diri sendiri, malah menyusahkan orang lain. sHi sabar sabar.. memang agak emosional dengan issue ni sebenarnya. kan Allah dah sebut dalam firmanNya:
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. (Al-Baqarah : 195)
"Selain itu, secara jelas merokok membawa kesan buruk kepada tubuh badan. Merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, jantung, paru-paru dan sebagainya. Kajian sains telah membuktikan bahawa setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di `kamar gas maut' bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimana pun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida."
" Selain itu, kebanyakan syarikat pengeluar rokok adalah kepunyaan Yahudi. Membeli rokok secara tidak langsung akan menyumbang kekayaan kepada bangsa Yahudi yang sering ingin menghancurkan umat Islam. Seandainya segelintir di antara kita berasa sensitif untuk tidak ke Kentucky Fried Chicken dan Mc Donald tatkala bumi Iraq di serang Amerika Syarikat, kenapa tidak kita mengambil langkah untuk berhenti menghisap rokok yang dibuat oleh syarikat-syarikat Yahudi Amerika Syarikat?"
- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
bagi adik2, kawan2, bapa2 dan suami2 yang berada di luar sana, tanamkan azam tuk berhenti merokok ye. ye btul, cakap memang senang berbanding tindakan yang nak dilakukan, tapi jika ada keazaman dan doa padaNya, insyaAllah, Allah akan bagi jalan. orang lain buleh takkan kite tak buleh? btul tak? ud'u istajiblakum..doalah padaKu, nescaya akan Ku perkenankan. (sila rujuk Al Quran 40:60)
masih belum insafkah kita selepas kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa hari tu? ye memang betul, jangan buat rumah di lereng2 bukit tapi lesson learn yang paling besar ialah jangan main2 dengan kemurkaan Allah. sudah banyak tanda2 kemurkaan Allah di depan mata sekarang. Berilah taufik dan hidayah kepada kami Ya Ilahi...
Wednesday, December 10, 2008
usrah kabilah 1 @ Wangsa Maju - Sesi Taaruf
pagi ini Intan dan Azwa mengambilku di rumah untuk ke usrah kabilah, iaitu usrah mengikut kawasan. afwan sgt, agak menyusahkan sbb rumah sHi ni memang public transport agak payah didapati. memandangkan sekarang time cuti, bagi mengelakkan hati ini futur, maka dilakukan usrah kabilah. bagi kawasan Selangor/KL, Kak Fisha UK yang conduct. kami bertiga ke rumah parents Kak Fisha di Taman Desa Setapak, Wangsa Maju. sambil menunggu beberapa lagi akhawat yang belum sampai, kami dijamu roti canai sebagai breakfast. alhamdulillah, lebih kurang 9 orang yang berjaya dikumpulkan pada hari ini (Kak Fisha UK, Kak Aisyah UK, Aisyah Syireen INTEC, Fasiha KMB, Asma' KMB, Atiqah IPTI, Azwa UPM, Intan UM dan sHi UM). yang comelnye makcik Kak Fisha (Mak Chah) dan anak2nya juga sanggup datang dari PJ semata2 tuk join dengar usrah. sweet kan? mak Kak Fisha yang jd chef tuk hari ni dan adik2 Kak Fisha pun join dan taaruf sama2. memang meriah sekali. best2.
usrah dimulakan dengan bertaaruf secara ringkas dan masing2 menceritakan bagaimana setiap seorang mendapat tarbiyyah. macam2 cara Allah nak bagi hidayah. alhamdulillah. seterusnya kami bertadabbur surah Ali Imran dari ayat 133-146. masing2 menceritakan ayat yang berkesan di hati. bermula dengan ayat 139 di mana Allah memujuk kita supaya tidak lemah dan tidak bersedih kerana orang beriman ialah yang paling tinggi darjatnya. dalam ayat 144 pula peristiwa ketika di mana Umar Al Faruq tidak mempercayai bahawa Nabi telah wafat, maka Abu Bakar As-Siddiq membacakan ayat tersebut, barulah Umar sedar bahawa Nabi memang sebenar2nya telah wafat. apakah jika Nabi wafat maka islam itu juga sudah tamat? tidak sama sekali. seterusnya ayat 133, 134 dan 135 pula Allah telah siap sedia menunjukkan ciri-ciri orang bertakwa yang dijanjikan syurgaNya yang seluas langit dan bumi. iaitu orang yang berinfak, tahan marah, maafkan salah orang lain, berbuat kebaikan, juga orang yang melakukan kezaliman pada diri sendiri namun dengan segera bertaubat nasuha dan tidak meneruskan perbuatan dosa tersebut.
Firman Allah:
[3.133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
[3.134] Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[3.135] Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[3.139] Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
[3.144] Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
sebut pasal infak, akhawat yang ke Brunei menceritakan bagaimana ikhwah dan akhawat Brunei yang sememangnya kaya ini menginfakkan harta mereka ke jalan dakwah. dikatakan hampir semua rumah yang mereka tumpangi di sana mempunyai satu rumah extension yang dibuat khas, siap semua kelengkapan untuk lakukan program. kereta mereka pula bukanlah kereta yang hebat2 walaupun mereka mampu untuk memiliki semua itu. kereta yang mereka gunakan ialah van ambulans yang digunakan di Malaysia yang dijadikan kereta peribadi. van yang boleh membawa muatan yang jumlahnya banyak sehingga berbelas2 orang. untuk apa semua itu? untuk dakwah. kagum sangat2. kita di Malaysia juga boleh lakukan perkara yang sama insyaAllah.
Kak Fisha menceritakan satu kisah analogi ketika dapat semasa program berjaulah ke Aussie pada satu ketika dulu:
Ada seorang ayah dan seorang anak. Si ayah ini sangat kaya manakala si anak pula tidak lulus dalam pengajian dan tidak layak ke universiti. Satu hari si ayah telah membuka sebuah hospital baru yang sangat besar. Maka si ayah memerlukan para doktor, nurse, dan staff2 lain. Si anak mengatakan pada si ayah bahawa dia ingin menjadi chief doctor di hospital milik ayahnya. Tapi ayahnya mengatakan padanya bahawa bukannya dia tidak mahu memberi jawatan itu pada anaknya tapi anaknya tidak ada qualification untuk menjadi chief doctor di situ. Maka si ayah pun memberikan jawatan menjadi security guard bergaji RM800 setiap bulan kepada si anak. Kerana itu lah yang selayaknya untuk si anak. Hari demi hari si anak melihat si ayah datang ke hospital menaiki kereta mewah. Maka si anak ini berazam untuk mendapatkan kereta seperti ayahnya supaya dia dapat menjadi chief doctor. Si anak meminta duit untuk membeli kereta mewah. Si ayah pun memberinya pocket money sama dengan gaji seorang doktor kepada anaknya. Maka dengan bangganya si anak pun membawa kereta mewah itu ke hospital walaupun masih lagi bekerja sebagai security guard. Si anak bertanyakan kepada ayahnya bahawa dia kini sudah memiliki kereta mewah, jadi boleh lah dia menjadi chief doctor. Si ayah tetap mengatakan bahawa dia tidak layak dan tidak boleh mengambil jawatan itu kerana qualification pengajiannya tidak cukup. Si ayah pun memberi sejumlah wang dan menyuruh si anak itu belajar bersungguh2 sehingga mendapat gelaran doctor. Ayahnya berkata jika si anak itu sudah dapat mencapai apa yang diminta, cepat2 hubungi ayahnya. Setelah bertungkus lumus dan bersungguh2 belajar, akhirnya si anak pun berjaya. Secepat mungkin dia menelefon ayahnya. Apa yang terjadi selepas itu??? Rupa2nya selama ini, sekian lama si ayah itu sebenarnya sudah pun menyediakan sehelai borang yang menawarkan si anak itu menjawat jawatan sebagai chief doctor di situ. Ini kerana si ayah tahu dan yakin bahawa si anak ini akhirnya pasti akan mencapai apa yang diingininya. Jadi, apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kisah di atas ???
Sebenarnya, ini lah yang berlaku sekarang. Analoginya ialah si ayah itu sebenarnya Allah, si anak itu pula ialah umat islam. kenapa Allah masih tidak memberikan kemenangan kepada umat islam sedangkan Allah berhak dan senang2 saja boleh memberikannya? ini kerana umat islam belum bersedia dan tidak mencukup syarat dan standard piawai yang Allah mahu. sebab itu sekarang kemenangan tidak berpihak di tangan umat islam. Allah sama sekali tidak meredhai orang kafir yang menguasai namun apakan daya, umat islam masih belum bersedia dengan qualification yang telah ditetapkan oleh Allah. kita pasti islam itu akan menang. itu janji Allah! maka tugas dan amanah kita untuk gemilangkan semula islam seperti mana graf kita pernah berada di nun puncak.
selepas solat Zuhur berjemaah, kami menjamah nasi dagang di bawah. sudah lama sangat ku tak merasa nasi dagang, sedap sangat. memang makcik pandai masak. insyaAllah, usrah seterusnya akan diadakan setiap minggu sehingga cuti berakhir. jazakumullahu khayr. hingga ketemu lagi dengan izin Allah. =)
Monday, December 8, 2008
Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita pasti pulang
hari Jumaat petang, sedang ku berehat di bilik, baru sahaja balik dari Fateh, ayah ku menelefon bertanyakan ibu ku. ku katakan ibuku ke Shah Alam untuk mengambil watikah pelantikan DG52 pengetua. ayahku mengatakan bahawa anak sepupuku, Hanina sedang berada di ICU Hospital Seremban. sesudah Maghrib, kami bertiga bertolak ke Seremban malam itu juga. sampai di Hospital Tuanku Jaafar sudah jam 10 malam. security guard di sana tidak memberi kebenaran kepada kami untuk naik ke ICU. dengan izin Allah dan usaha ayah, kami dapat juga naik. sambil tunggu di luar, mak bersembang dengan sepupuku yang tiba lebih awal. dalam 15 minit kemudian, Bang Mat dan Kak Na keluar berpelukan dan sudah lemah longlai. mereka menggelengkan kepala, menunjukkan Nina sudah tiada. tika itu, terus ku dan ibuku memeluk Kak Na manakala Bang Mat ditenangkan oleh sepupu lelakiku, Bang We. ku dapat lihat adik2 Nina, Fakri (14 tahun) dan Fahmi (7 tahun)pun menangis. Kakak mereka sudah tiada. sedang Fauzan si kecil berumur 1 tahun lebih juga menangis walaupun dia masih kecil. hiba..sedih...itu yang dapat ku ceritakan. nurse datang dan memberi kebenaran kepada waris lain untuk melihat Nina sebelum mereka mencabut tiub. kami bertiga masuk ke dalam. sungguh, Nina tidak seperti Nina yang ku kenal. wajahnya lain sangat. tangannya bengkak, badannya kurus sekali. pilu melihatnya. ku ciumnya di dahi sementara ibuku menutup matanya dan mengajar mengucap. masih lagi menggunakan life support machine, sememangnya Nina sudah meninggal pada jam 9.30 malam lagi. doktor mengesahkan Nina meninggal kerana penyakit tibi. sedangkan kami tahu bahawa memang Nina pernah mengalami penyakit tibi waktu usianya 14 tahun tapi sudah baik. ujian darah yang dilakukan hampir sebulan lalu tidak mendapat resultnya kerana pihak hospital terlepas pandang. sebenarnya Nina menderita akibat kuman yang bersarang di dalam hati dan paru-parunya. lama juga ingin menenangkan Bang Mat. selepas masing2 membuat keputusan ingin membawa balik jenazah ke Kedah, kami bersiap sedia dengan prosedur untuk keluarkan arwah Nina dari hospital. ku menemani Kak Na dan anak2 nya balik ke PD untuk mengambil pakaian. syukur alhamdulillah, memandangkan Bang Mat ialah seorang polis dan dikenali baik, segalanya diuruskan oleh polis. Van jenazah polis dibawa ke surau IPK untuk memandikan, mengkafankan dan untuk solat jenazah. di kampung sudah bersedia proses pengebumian sahaja. ketika dikafankan, siapa yang melihat Fahmi pasti akan menangis. Fahmi menangis tersedu2 tiada henti. Kakak dah takde, kakak dah takde katanya. lebih kurang pukul 3pagi, van jenazah bertolak ke Kedah. kami sekeluarga balik dulu ke rumah dan siap packing barang. pukul 5 pagi kami bertolak balik Kedah. dalam pukul 10 pagi, kami tiba di kampung. tidak mengambil masa yang lama, proses pengebumian dilakukan. Nina dilahirkan di kampung itu, maka dikebumikan juga di tempat lahirnya. majlis tahlil dijalankan selepas Isya'di surau.
Hanina bt Mohd Hanif, gadis berusia 17 tahun, anak sulung dan satu2nya anak dan cucu perempuan. bersekolah di SMKA Pedas, best students di sekolahnya, baru sahaja selesai SPM, mendapat 10A 2B dalam trial SPM, gadis yang pendiam dan perahsia, cita2 ingin menjadi doktor pakar bedah, menjadi harapan keluarga. gadis yang sangat taat pada perintah Allah, perintah ibu bapa, menutup aurat sepenuhnya, baik dan disayangi oleh kawan2 dan ustaz ustazah, lemah lembut orangnya. ku mendengar cerita dari ibu dan ayahnya, sebenarnya dia sudah sakit lama, tapi diam kerana tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya, masih bertahan tidak mahu ke hospital kerana enggan mengambil SPM di wad. sesudah habis last paper, terus Nina dibawa masuk ke wad Hospital PD kemudian dipindahkan ke Hospital Seremban dan masuk ICU. pasti result SPM nye flying colours. itulah kenangan yang akan Nina tinggalkan untuk ibu bapanya. sudah lama sangat kami tidak beraya bersama dan berjumpa dengannya memandangkan ayahnya seorang polis dan susah untuk memohon cuti. hari kematiannya itu sebenarnya hari ayahnya mendapat cuti untuk balik raya haji. yang pasti, Nina sudah selamat kembali ke pangkuan Ilahi, kita pula bagaimana? yang pergi tetap akan pergi, kita yang masih hidup harus redha dan teruskan kehidupan. adakah kita sudah bersedia menghadapi detik kematian? Al Fatihah...
Detik Kematian - Inteam
Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?
:: arwah Hanina bersama ibunya ketika family gathering di rumahku tahun lepas, satu2nya gambar Nina yang ku ada dalam simpananku ::
Ya Ilahi, jika hidup baik untukku, maka Kau hidupkanlah daku, jika mati baik untukku, maka Kau matikanlah daku..Ameen.
Thursday, December 4, 2008
Sesat tanpaNya
3 malam di Fateh memang bahagia. jiwa sangat tenang membasahkan hati yang agak kering dengan tarbiyyah bersama sahabat fillah di sekeliling. keluarga yang sangat bahagia. hari ini ku dan Kak Zura ke UKM menaiki motor untuk bertemu rakanku yang menjadi RA di Fakulti Kejuruteraan, UKM. 3 tahun tak bersua muka sejak meninggalkan matrik Melaka. alhamdulillah, Allah permudahkan. Dibah baru sahaja selesai usrah ketika kami sampai. taaruf sebentar bersama rakan seusrah Dibah yang lain2. sempat juga kami bertukar2 buku dan cerita yang kami ada. ku dan Kak Zura ceritakan tentang buku yang ku pinjam di Fateh iaitu bertajuk Nostalgia Syuhada' Palestin. buku yang ku target perlu dihabiskan sebelum ibuku datang mengambilku esok pagi insyaAllah. dalam keadaan hujan yang agak lebat, kami bertolak ke supermarket di Bangunan PKNS tuk membeli barang2 dapur untuk membuat spageti. sedang dalam perjalanan dengan baju yang sudah basah kuyup, baru ku dapat merasai bagaimana keadaan orang yang tidak mampu untuk membeli kereta. hujan, jalan licin, tiada perlindungan, semuanya adalah bahaya yang menimpa penunggang motosikal. balik dari supermarket, kami tersesat sehingga menuju highway ke KL. huhu..dalam 45 minit kami mencari jalan pulang. alhamdulillah, selamat juga tiba di Fateh dalam keadaan kesejukan. perkara ini ku tidak beritahu pada mak dan ayahku. kerana andai mereka tahu, pasti ku akan dimarahi kerana membonceng motor. ku tahu mereka risaukan anak nya yang seorang ini. cuma di dalam hatiku, ku berdoa kepada Allah agar selamatkan perjalanan kami kerana kami pergi dengan niat yang baik kerana Allah dan ku bertawakkal padaNya. saja ingin merasai bagaimana susah orang lain yang hanya ada motor untuk pergi ke sana ke mari. Lesson learn yang ku dapat pada hari ini ialah:
1) Sentiasa bersyukur dengan segala yang ada kerana ramai lagi yang kurang bernasib baik seperti kita
2) Betapa susahnya jika kita sesat mencari jalan pulang. reflect dalam hidup, kita akan sesat tanpa jalan Allah. gelap dan tiada arah tuju.
3) Perlu berusaha dan jangan putus asa andai tersesat dan bertawakkallah padaNya
hatiku gembira Allah memberikan kami dugaan (menunjukkan Allah sayang). afwan pada Kak Zura. selepas membersihkan diri, ku ke dapur memasak untuk menjamu akhawat Fateh yang berpuasa sunat hari ini. Fateh sudah seperti rumahku sendiri. dengan menggunakan resipi yang mak berikan dengan sms, alhamdulillah berjaya juga cubaan pertamaku memasak sendiri. syukran sgt pada mak. saaayang mak. u r the best chef! =D
malam itu sedang kami makan malam bersama, Wani Taylors baru sampai dari Bintulu. Wani join jaulah Brunei dan datang ke Fateh pula untuk get ready jaulah ke Melaka. kata Wani, "Eh, lain btul Kak Salwa dengan Kak Shi. tak macam adik beradik pun." huhu..memang pun Wani. ramai orang cakap mcm tu, kami takde rupa adik beradik. kalau keluar berdua pun, pasti orang menyangka kami ni kawan dan bukan adik beradik. Wani ceritakan serba sedikit ilmu yang dapat di sana. ada Ustaz memberitahu ketika dalam pengisian di sana, tips untuk sentiasa istiqamah di dalam tarbiyah ini ialah dengan sentiasa berada dekat dengan jemaah. jika rasa iman dah makin goyah, cepat2 cari akhawat. oleh sebab itu juga ku ambil keputusan untuk ke Fateh.
sedang kami bersembang, tiba2 Wani bertanyakan ku dan Yana satu soalan. "Akak, dari segi keperempuanan, akak nak pilih mawar ke pearl?" Yana pilih pearl dan bagi reasonnya. ku pula memilih mawar dan bagi juga reasonnya. kemudian Wani beritahu jawapannya. sepatutnya kita pilih pearl. kerana pearl sangat berharga, ianya dijumpai di dalam tiram yang tertutup dan susah nak dapat. sekali tiram terbuka, terserlahlah pearl yang berkilauan. mawar pula memang cantik, attractive dan menyerlah namun ianya tetap akan layu pada satu masa nanti. significant pearl itu ialah seperti seorang perempuan yang tertutup auratnya dengan sempurna. once ianya dibuka, ianya special hanya untuk suaminya sahaja yang boleh melihat. sweet sangat. btul tak wahai wanita di luar? sila lihat 24:31 dalam Al-Quran. =D
ku harus kembali ke rumah semula esok pagi, hak pada ibu bapa dan adik2 juga harus ditunaikan. ana uhibbukum fillah. moga Allah meredhai jalan yang kita lalui bersama ini insyaAllah.
Monday, December 1, 2008
Movie: Lion of the Desert - true story of As Syahid Omar Mukhtar
Kisah Perjuangan seorang lelaki beriman bernama Omar Mukhtar (dari http://www.dakwah.info/index.php/Tokoh/Umar-Mukhtar-Singa-Padang-Pasir.html)
Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam.
Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.
Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” .
Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.
Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.
Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya. Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.” Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”
Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.
Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt.
Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”
`Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali
Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.
`Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid
Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika. Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.
Syahid di tali gantungan
Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas. Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.
Anthony Quinn played as Omar Mukhtar in the movie, is explaining the Quran (specifically this teacher is explaining verses from Ar-Rahman to the kids)
"The Fascists believed that the condemnation of Omar al-Mukhtar to death would make it easier for them to occupy the country, but unfortunately for them the souls of the martyrs are an eternal flame which inspires the national spirit in the hearts of the people still living.
The martyr of the Tripoli-Barce nation is not dead, for he has left his people with an immortal monument of heroism which will be inherited by future generations.
Omar al-Mukhtar was not only the martyr of the Tripoli-Barce people, but he was the martyr of the whole Arab nation. The lessons of heroism and courage that he gave the Fascist armies do honour to all Arabs, because the Arab people are like one body united in their griefs and joys, and this truth should be known to westerners, who should know that we are united. This memory must not be forgotten, it must be kept in your hearts until the day when the Fascists have to account to the Arab nation for this assassination, unheard of in the history of the world." - Omar Mukhtar's followers issued a statement that could be a rallying cry for the Iraqi resistance today shortly after the fascists hung our true hero.
"We will never surrender. We win or we die. And don't think it stops there. We will have the next generation to fight and after the next, the next. As for me, I will live longer than my hangman." - Omar Mukhtar.
* for those who never watch this movie, you really should. no no, its a must! if u said you belong to islam. how strong is our iman comparing to this true hero? do watch this, this is based on a true story. no need to watch those cinta2/fiction movies anymore. we are not living in a fantasy world. this is real. come on, wake up! i can't even shut my eyes last nite. everytime i close my eyes, i can still remember how cruel the fascists raping women, torturing kids, burning houses, shooting and hanging our own ummah! O Allah, how can i help them.. please forgive me. O Allah, how brave they are, protecting islam. being a martyr and return to You, surely that will be the best moments. can i be a superwoman?
mereka membesar dengan sihatnya =)
dah lama tak main dengan diorg...malam ini sebelum melelapkan mata, ku main dengan nini dan tha tha. jim jim sangat nakal, nak pegang skit pun asyik melompat je. tha tha dan jim jim dah makin gem gem, sihat betul diorg. badan dah saiz macam mak ayah diorg dah. alhamdulillah. asal letak makanan je, bukan main berebut2 sume, patut lah cepat habis, rupanya simpan kat dua2 belah pipi, tembam jadinye. kelaka2... melihat gelagat mereka membuatkan ku rasa senang hati. semoga Allah senantiasa sihatkan mereka dan panjangkan umur mereka selagi diriku mampu menjaga mereka dengan baik. Ameen. =)
Sunday, November 30, 2008
movie: Ashabul Kahfi
di waktu cuti ini, salah satu tugas yang ingin ku habiskan selain menunaikan hak pada ibu bapa ialah menghabiskan siri cerita Ashabul Kahfi, kisah 7 pemuda yang beriman. Adonia dan beberapa lagi pengikut al-Masih telah pun dihukum salib setelah menghadapi pelbagai seksaan..bagi Adonia, tiada yang lebih bahagia melainkan kematian di mana dapat dia dapat bertemu Nabi Isa yang dikasihi dan Allah S.W.T. kini Maximilian dan 5 lagi sahabatnya yang beriman telah pun berterus terang pada seluruh pembesar dan di hadapan Dikyanus serta Caesar bahawa mereka juga pengikut agama Isa a.s. apa yang terjadi seterusnya pada mereka yang berani berjuang mempertahankan agama Allah ini sehingga tercatat ceritanya di dalam al-Quran? to be continued...(best tgk movie Arab ni, dapat gak kite belajar bahasa Arab) =D
Firman Allah:
dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kamu berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."
(Al-Kahfi 18:14)
inilah yang dikatakan oleh 6 pemuda beriman ketika berdiri di hadapan Raja Dikyanus yang zalim lagi sombong. seorang lagi pemuda yang digelar Ashabul Kahfi ialah seorang penggembala kambing.
Firman Allah:
Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmatNya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusanmu.
(Al-Kahfi 18:16)
perkataan ini terjadi antara mereka itu sendiri yang timbulnya kerana ilham dari Allah. Allah telah memberi ilham kepada mereka untuk berlindung di dalam gua. reflect diri kita...cukup tinggi dan kuatkah iman kita sepertimana iman mereka ini? peringatan buat diriku... Wallahua'lam.
Ashabul Kahfi - Raihan
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri ke dalam gua
Demi menyelamatkan iman
Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu
Begitulah kuasa Illahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan syurga
Qitmir yang mulia
Malu untuk menghadapMu
Janjiku - De Hearty
Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin
Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi
Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap ampunan dariMu
Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku sendiri yang tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan
Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..
* sudah cukup bait-bait dalam lirik lagu ini sebagai luahan hati ku...
Friday, November 28, 2008
awan..ciptaan Allah yang luar biasa
kebelakangan ini ku sering melihat awan. menemani mak ke KLIA sebanyak 3 kali dalam masa seminggu ini membuatkan ku menghayati awan. ketika petang, ketika hujan turun, ketika malam, itu yang ku lihat sepanjang perjalanan pergi ke airport dan menuju ke rumah. iaitu AWAN. mengikut dalam Bahasa Arab, awan ni mempunyai banyak maksud. ku ingat maksud awan dalam Bahasa Arab ialah mu'sirat seperti terkandung di dalam surah An-Naba', ayat 14. sebenarnya, ayat inilah yang telah menjadi asbab kepadaku untuk menghayati ciptaan Allah yang istimewa ini.
Firman Allah:
dan Kami turunkan awan, air hujan yang tercurah hebatnya.
(An-Naba' 78:14)
:: gambar awan berbentuk kalimah Allah ini diambil dari blog ustaz abdul halim, http://inijalanku.wordpress.com/ ::
* kepada akhawat yang akan berjaulah ke Borneo bertolak petang ini, selamat berjaulah melihat keindahan dan kebesaran Illahi diucapkan. semoga kalian selamat pergi dan selamat pulang, juga semoga mendapat ilmu yang berharga agar dapat dikongsikan bersama kami di sini insyaAllah =)
Sunday, November 23, 2008
Hai, daei daei...
1 sms received from Naz:
Peliknya daei ni, orang laen hujung minggu jalan2/shopping,
Hidup daei ada 2 je: g program/belajar
Peliknya daei ni, orang laen sibuk tgk kyle XY/maen game,
Daei ni ada 2 je: belajar/wat program (usrah/meeting)
Peliknya daei ni, jika orang bese, masa santai kan tgk movie/korean series,
Bagi dia masanya itu untuk catch up bahan2 bacaan utk prepare pengisian dlm program/usrah, hafaz surah2.
Peliknya daei ni, duitnya entah ke mana, asyik tak cukup je, balik2 kena sponsor,
Tapi orang tak nampak, duitnya itu semuanya untuk apa,
Duit minyak, transport, bantu orang susah, infak,
Manalah ada untuk diri sangat. Hanya Allah yang memahami
1 sms received from Intan:
Sesungguhnya perjalanan seorang daei itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daei menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya. "Sampai bila kau akan melelahkan diri?". Dijawab daei dengan pasti, "Sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)" al Fawaid - Ibnu Qayyim
1 sms received from Syikin IPBA:
Ukhwah doesn't always need togetherness,
Doesn't need everyday conversation,
As long as the frenship live in the dua'a,
It remains abadan abada..Ukhwahfillah sHi...
suatu petang di sebuah rumah ketika 3 orang kanak2 menonton movie kartun kisah Nabi Yunus dan Nabi Sulaiman:
Husaini: Mak Lang, Allah tu sapa dia? dia tu orang ka?(dengan loghat Kedahnya yang sangat pekat)
Mak Lang: Ha..Allah tu bukan orang. Dia yang ciptakan kita semua. Dia cipta Husaini, Azamuddin, Atun, mak ayah, tok, hamster, daun2. (dengan loghat Kedahnya yang tak berapa nak pekat sangat)
Husaini: Muka dia macammana ha Mak Lang?
Mak Lang: Kita tak tau muka dia macammana, dia takdak anak, takdak mak ayah. Kalau nak jumpa Allah, kena masuk syurga. Kalau masuk neraka, jumpa la syaitan tu.
Husaini: Buruknya muka syaitan.. (sambil melihat watak seorang lelaki tua sedang digoda syaitan dengan permata) Macam mana nak lari dari syaitan ha Mak Lang?
Mak Lang: Ni baru dalam ni. Kalau kita dapat tengok muka syaitan betul2 lagi takut. Sebab tu kita kena sembahyang, baca Quran bagi syaitan lari, dia suka bilik ayaq, sebab tu mandi jangan lama2 dalam bilik ayaq tu.
:: dari kiri: Husaini, Kak Lin, Hassan, Azamuddin, Atun ::
tringat pada zaman Rasulullah, tiada rumah yang tidak diketuk oleh Nabi untuk mengajak mereka kepada islam. sedangkan rumah Abu Lahab pun diketuk hampir 70 kali setiap hari walaupun tahu sikap dia yang degil itu. sehingga sekarang kita boleh mengenali kedegilan Abu Lahab yang membawanya dan isterinya ke neraka itu seperti termaktub dalam surah Al-Lahab/Al-Masad. manakan sama perjuangan ku dengan perjuangan Nabi S.A.W...
Saturday, November 22, 2008
Ciri-Ciri Orang Yang Beriman
penerangan hadith ni sy petik dr hardcopy from one of khutbah jumaat....tajuk utamanya....ciri-ciri org yg beriman...
Hadith Rasulullah s.a.w yg bermaksud.."Apabila Allah menghendaki seorang hambaNya mendapat kebaikan, Ia buka kunci hatinya dan menjadikan dalam hati itu rasa keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, dan Ia menjadikan hatinya sentiasa sedar tentang liku-liku hidup yang dijalaninya dan Ia jadikan hatinya sihat sejahtera, lidahnya bercakap benar, tingkah laku, gerak geri dan perangainya lurus. Juga Ia menjadikan telinganya mendengar kebenaran dan matanya melihat hakikat kenyataan"
Dari keterangan sabda Rasulullah s.a.w itu, dapat kita fahami bahawa di antara tanda-tanda seorang itu disayangi Allah ialah
Pertama, seorang hamba yang hatinya sentiasa terbuka untuk menerima pancaran cahaya keimanan, hati yang membuang debu-debu kelalaian dan karat kejahilan. Hatinya mengenali Allah, cahaya ma'rifatnya menghiasi seluruh hati dan qalbunya. Hatinya menjadi tadahan wahyu, sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk menerima kebenaran.
Kedua, hati yang penuh kecintaan terhadap Allah, ma'rifat terhadap sifat-sifat kesempurnaan itu diisi penuh dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, kekayaan yang tidak terpukau dan tergoda dengan fitnah-fitnah. Keyakinan yang utuh, yang tidak bergoncang dengan rayu fahaman kebendaan. Hati yang percaya bahawa apa yang ada di tangan Allah adalah lebih terjamin, mantap dan kukuh daripada apa yang ada di tangan kita sendiri.
Ketiga, hati yang penuh dengan keimanan, ma'rifat terhadap Allah dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi, sentiasa dalam keadaan sedar, waspada dan sensitif dalam setiap langkah yang diatur, dalam setiap program yang disusun, hingga terselamat dari melakukan sebarang dosa dan noda, tidak tunduk kepada hawa nafsu, tidak menyeleweng dari landasan dan ajaran Allah.
Keempat, orang yang disayangi Allah, hatinya penuh dengan keyakinan, ma'rifat terhadap kekuasaan Allah, hatinya sihat sejahtera, tidak dihinggapi oleh sebarang penyakit hati. Dalam hatinya tidak bertapak hasad dengki, rasa riak, sombong, takbur, dendam, marah, rasa permusuhan dan perseteruan terhadap sesama Islam. Hatinya bebas dari penyakit ragu-ragu dan was-was, malah sentiasa berlapang dada. Sanggup menegur orang lain dan bersedia menerima dan mengakui kebaikan yang dibuat oleh orang lain.
Kelima, orang yang disayangi Allah, lidahnya tidak menawarkan janji kosong, kata-kata manis tapi penuh kepalsuan. Sebaliknya ia sentiasa bercakap benar dan berani memperkatakan kebenaran walaupun kebenaran itu tidak disenangi oleh sebilangan orang. Lidahnya yang tajam itu tidak digunakan untuk menikam, untuk menjatuhkan maruah saudaranya sesama Islam dengan kata-kata fitnah, keji atau maki hamun.
Keenam, orang yang disayangi Allah sentiasa memiliki akhlak, keperibadian watak, tingkahlaku, adab sopan, budi pekerti yang luhur, lurus mengikut garis panduan yang diatur oleh Allah s.w.t melalui aqidah yang benar, ibadat yang tepat, pemikiran yang luas dan emosi tenang.
Ketujuh, orang yang disayangi Allah tetap menggunakan telinga bagi mendengar pengajaran-pengajaran, nasihat-nasihat yang benar , tidak mudah menerima berita-berita palsu dan khabar-khabar angin atau berita-berita fitnah yang disebarkan oleh tukang-tukang fitnah. Disamping itu, orang yang disayangi Allah juga mempunyai mata yang tajam, yang dapat membaca, dapat melihat rahsia-rahsia ketuhanan di sebalik kejadian-kejadian ciptaan Allah s.w.t. Matanya dapat melihat kebenaran dengan hujjah-hujjah yang terang. Matanya dapat meneropong dengan penuh teliti terhadap kebaikan dan keindahan ajaran Islam.
Allah berfirman dalam surah Al-Jathiah, ayat 7 dan 8, ertinya: Kecelakaan besar bagi setiap pendusta yang berdosa, yang mendengar ayat-ayat Allah (keterangan Allah) yang sentiasa dibaca kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya) seolah-olah ia tidak mendengar. Oleh itu, gembirakanlah dia dengan azab yang amat pedih.
sama2lah kita hayati 7 tanda org2 yg disayangi oleh Allah ni.....my suggestion....print 7 tanda ni n tampalkan di mane2 or selitkan dlm clear file ke.....as utk kite bile senang2......kite rujuk blk.....adekah kite melakukan perkara yg boley membuatkan Allah sayang pd kite....atau Allah marah pd kite? wallahua'lam....
*terasa sangat jauh nak disayangi Allah. amalanku tidak seberapa, terasa malu denganMu, sayangilah daku Ya Allah...jazakallahu khair.
Subscribe to:
Posts (Atom)