Sunday, November 30, 2008

movie: Ashabul Kahfi


di waktu cuti ini, salah satu tugas yang ingin ku habiskan selain menunaikan hak pada ibu bapa ialah menghabiskan siri cerita Ashabul Kahfi, kisah 7 pemuda yang beriman. Adonia dan beberapa lagi pengikut al-Masih telah pun dihukum salib setelah menghadapi pelbagai seksaan..bagi Adonia, tiada yang lebih bahagia melainkan kematian di mana dapat dia dapat bertemu Nabi Isa yang dikasihi dan Allah S.W.T. kini Maximilian dan 5 lagi sahabatnya yang beriman telah pun berterus terang pada seluruh pembesar dan di hadapan Dikyanus serta Caesar bahawa mereka juga pengikut agama Isa a.s. apa yang terjadi seterusnya pada mereka yang berani berjuang mempertahankan agama Allah ini sehingga tercatat ceritanya di dalam al-Quran? to be continued...(best tgk movie Arab ni, dapat gak kite belajar bahasa Arab) =D

Firman Allah:
dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kamu berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."
(Al-Kahfi 18:14)


inilah yang dikatakan oleh 6 pemuda beriman ketika berdiri di hadapan Raja Dikyanus yang zalim lagi sombong. seorang lagi pemuda yang digelar Ashabul Kahfi ialah seorang penggembala kambing.

Firman Allah:
Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmatNya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusanmu.
(Al-Kahfi 18:16)


perkataan ini terjadi antara mereka itu sendiri yang timbulnya kerana ilham dari Allah. Allah telah memberi ilham kepada mereka untuk berlindung di dalam gua. reflect diri kita...cukup tinggi dan kuatkah iman kita sepertimana iman mereka ini? peringatan buat diriku... Wallahua'lam.

Ashabul Kahfi - Raihan

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri ke dalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Illahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa


Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan syurga
Qitmir yang mulia


2 comments:

Anonymous said...

shi...tau x kite nangis tgk citer ney..huhu...terharu sgt mase last tu...lpas diorang berdoa n then meninggal semula dlm keadaan sujud...betapa kuatnyer iman diorang n dunia ney xde pape erti pun bagi diorag...begitu teguh keyakinan diorang dgn hari pembangkitan dan negeri akhirat...bile fikir2 blk...dimanakah tahap iman kite????(-_-)...

sHi said...

salam ya ukht..yeke? sangat2 sedih kan. diorg nk lari dr kekejaman org yg tak beriman, last2 bila dihidupkan semula, diorg akan dipuja2. so bagi mereka, lebih baik mereka mati dan bertemu Allah. itu yg sebaik2nya. sedih2..mmg kagum sgt dgn ashabul kahfi ni. di manakah tahap iman kite? soalan yg wat diri shi malu pd ashabul kahfi. moga kite semua tergolong dalam golongan seperti mereka yg kuat imannya. Ameen.

* eh yuti dpt from mane eh cd last tu? g fateh eh..