Saturday, September 6, 2008

Bengkel SMART SOLAT @ 4th (BESS)



syukur alhamdulillah, sempat juga ku pergi bengkel SMART SOLAT yang bermottokan Disiplin Solat Tunjang Keimanan ini walaupun mungkin ku tertinggal hampir 1 jam ceramah mengenai Smartkah Solat Kita? sebelum itu, ku perlu menghadiri English class tuk bakal2 guru di Fakulti dari jam 9 hingga 11am.

Ceramah diadakan di Dewan Santapan ini diberikan oleh 2 penceramah iaitu Ustaz Mohd Hafizan bin Abdullah (seorang muallaf) dan Ustazah Rokiah bt Ibrahim (dari JAKIM). Antara butir2 yang ku sempat catat dan pelajari ialah:

1) Antara perkara yang boleh mengkhusyukkan solat ialah dengan makan dan minum yang halal, sama juga dengan mencari duit dengan halal serta besederhana dalam pergerakan dan percakapan sepanjang hari.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
( Al-Baqarah 2:168)


2) Solat ialah kunci bagi pintu syurga. Solat menunjukkan kita ingat pada Allah, dekat padaNya. oleh itu, beristighfarlah (memohon keampunan)banyak2 sebelum memulakan solat.

3) Solat juga perlulah istiqamah (berterusan) dan bukan seperti biskut Chipsmore. seandainya pagi tadi kita tak bangun tuk solat Subuh, adakah mungkin kita boleh khusyuk dalam solat Zuhur kemudiannya?

4) Sirah- ketika Isra' Mikraj, Nabi Muhammad melihat seorang lelaki mengambil batu yang besar dan asyik memukul kepalanya sehingga pecah berulang2 kali. Lalu Rasulullah bertanya pada Jibril kenapakah lelaki itu berbuat demikian. Maka Jibril pun mengatakan bahawa inilah akibat orang yang meninggalkan solat. Nauzubillah min zaalik! (Kami berlindung kepada Allah dari perkara itu).

5) Bagi yang sudah atau akan mendirikan Baitul Muslim, solat jemaah antara suami isteri akan meningkatkan keharmonian rumah tangga dan menimbulkan perasaan kasih sayang antara mereka. Bagi mencapai sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumah tangga. dan juga elakkan memakan makanan di luar, elok jika dimasak sendiri kerana apabila kita masak sendiri, kita akan membaca bismillah, selawat dan membasuh makanan dengan pusingan arah jam (clock wise) iaitu mengikut pusingan seperti tawaf di keliling Kaabah. dapat juga menjalinkan kasih sayang kepada ibu bapa dan adik beradik.

6) Kita semua, umat Islam pasti akan memasuki syurga. Barang siapa yang mengucap kalimah syahadah ialah ahli syurga. Cuma cepat atau lambat kita ke jannah. Tapi adakah kita sanggup dan ingin diseksa di neraka terlebih dahulu sebelum dapat ke syurga?? Fikir-fikirkan...

7) Sesungguhnya kita perlu menyedari manusia berasal dari tempat yang hina iaitu dari air mani dan dari keluarnya tempat haid dan nifas. Namun barang siapa yang mendapat keredhaan Allah, maka mulia lah dia di sisi Allah S.W.T. Oleh itu janganlah kita berasa takabbur dan bongkak menjadi manusia. Ku teringat satu ayat Allah dalam surah Yaasin,

Firman Allah:

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)
(Yaasin 36:77)


" Rabbana atina fidduniya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina 'azabannar "

azan asar berkumandang, kami bertiga solat berjemaah, dan diikuti tadarus surah Al-Mulk. sok kite bc surah lain lak ye. akak saayang Fara! akak saaayang Dyana! kerana Allah. =D

5 comments:

UnInX said...

Salam..

Bila lihat tajuk bengkel nie.. teringat pulak dgn sebuah buku yg bertajuk: Solat Khusyuk Solat SMART. keluaran: PTS Millennia..
Ada persamaan tak antara 2 nie..

sHi said...

waalaikumussalam,
owh, yeke.tak tau plak. dh penah baca ke? mayb ada persamaan, mayb not. Allahua'lam.

*nway uninx, do u hv blog? sbb bile click nama takde plak blog nye, just profile je.

sHi said...

eh, dah ada. baru buat ke? im reading it.ok2..mari kita sama2 menulis tuk gemilangkan semula umat Islam.

UnInX said...

Salam..

Tk banyak.. nie blog ana http://uninx.blogspot.com/ .Tak de ker blog nye.. cam mana nak wat bagi ade yea.. leh tolong ajar ana sikit tak..
Ana baru seminggu duk dalam blog nie.. masih pening lagi.. hehehe..

Buku tue boleh refer kat cni: http://pts.com.my/index.php/buku/1254/
Pick gak kat “Isi Kandungan” utk lihat kandungan buku tue..

sHi said...

ok jazakallah~