Monday, September 22, 2008

Daurah Syahadatul Haq (SH) @ Masjid Sunway



post kali ini akan menjadi terlalu panjang sesuai dengan contentnya. post kali ini merupakan post yang teramat amat penting bagi semua. di minta agar para pembaca dapat mengambil sepenuh perhatian tentang post ini. wajib untuk kita laksanakan Syahadatul Haq ini jika kita tidak mahu dilaknat oleh Allah. Nauzubillah.

tajuk daurah yang ku hadiri di Masjid Sunway ini ialah Syahadatul Haq. ku tiba di Masjid agak lewat memandangkan ku harus hadiri English class dari 9-11am. Kak Kimah yang merupakan kawan kakakku ketika study di Aussie dulu sudah pun mengambil tempat dan menjadi presenter di depan. ku terus duduk bersila dan mencatit apa yang ku sempat dengar.

Muqaddimah yang diceritakan oleh Kak Kimah yang sempat ku dengar ialah bermula dengan slide Manhaj Nubuwwah (cara Nabi). mungkin muqaddimah yang diceritakan ini adalah summary tentang program ISK (Ini Sejarah Kita) dan IPK (Ini Peranan Kita). ku masih belum berkesempatan ke IPK. dakwah dan tarbiyah ialah agenda utama baginda S.A.W tatkala memulakan dakwah di Mekah. Formula kebangkitan Islam ialah mulanya dengan mentarbiyah individu dahulu, dan perlu memastikan kita ini bukanlah angka-angka kosong, kerana tiada faedahnya dtg menuntut dan mengetahui sesuatu ilmu tapi tidak dipraktikkan, seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tarbiyah perlu dilakukan adalah berusaha untuk menyelesaikan masalah umat secara praktik dan sunnah. iaitu umat dari segi siasah dan dari segi fikrah. Tarbiyah juga perlu untuk mewujudkan generasi "wahan free" iaitu bukan generasi yang cinta dunia, takut mati. Bagaimana mahu lakukannya? penyelesaiannya ialah dengan menjadi 10 ciri individu muslim sejati seperti yang ku letakkan di tepi kanan blogku. manakala langkah untuk menjadi muslim yang sejati ini ialah dengan menghadiri usrah. ada orang yang akan ingatkan andai kita tersasar jauh. ada orang yang memberi peringatan dan kekuatan semula bila kita rasa jatuh dan putus asa. untuk menjadi baik, kita kena berkawan dengan orang yang baik kan?

* ku ingin menjadi "rijal" seperti yang Umar Al Faruq katakan. rijal ini bukanlah bererti ku harus mempunyai sifat-sifat kelelakian secara fizikal, namun di dalam hati ini, perlu gagah dan kuat seperti rijal. bak kata Kak Kimah, jangan disangka tangan yang lembut menghayun buaian, boleh menggoncangkan dunia! inilah dia modal untuk kita kembali memerintah dunia.

* ada akhawat yang bertanya apakah maksudnya kita perlu berkahwin dengan pasangan yang sesuai? pasangan yang sesuai ini ialah pasangan yang mengetahui matlamat sebenar hidup kita iaitu menuju keredhaan ALLAH. Baitul Muslim merupakan step kedua selepas Individu Muslim di mana bertujuan untuk meluaskan dakwah dan mempunyai kelangsungan tarbiyah. jika tidak mencari pasangan yang sesuai, manakan boleh Kak Kimah berada di depan kami ini pada hujung minggu? boleh saja Kak Kimah bersenang-senang di rumah, melayan suami, tgk tv bersama, namun kerana mendapat pasangan yang sefikrah, yang memahami bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar di rumah, maka Kak Kimah hadir bersama kami. pasangan kita bukan setakat menjadi pasangan tika di dunia, malah dapat membantu untuk mendapat syurga di akhirat kelak.

Syahadatul Haq

Selepas selesai solat Zuhur berjemaah bersama imam dan para jemaah di masjid, barulah Syahadatul Haq bermula. semua akhawat diberi satu artikel panjang bertajuk Syahadah Al-Haq. Ianya diambil dari ucapan yang disampaikan oleh Syeikh Abu al A'la al Maududi, Pemimpin Persatuan Islam Pakistan. beliau merupakan salah seorang penyumbang terbesar kebangkitan umat seangkatan dengan As Syahid Hassan al-Banna. sinopsis artikel ini sebenarnya ialah mengenai firman Allah dari surah Al-Baqarah, ayat 143.



Firman Allah:
Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...
(Al-Baqarah 2:143)


Al-Maududi dan Hassan al Banna mempunyai persamaan. Maududi dilahirkan pada 25 September 1903 di India manakala Hassan al Banna dilahirkan juga lebih kurang tahun itu iaitu pada bulan Oktober 1906 di Mesir. mereka tidak pernah berjumpa, namun mereka membawa benda yang sama dalam bahasa yang berlainan dan di tempat yang berbeza. Maududi permah dijatuhkan hukuman mati tetapi tidak dilaksanakan kerana kekurangan bukti. Saat mendengar keputusan hukuman mati itu, dia berkata “Jika ajalku telah tiba, maka tak ada seorangpun yang mampu mencegah kematianku, namun jika kematian belum saatnya maka apapun usaha mereka tak mungkin akan berhasil juga.” Maududi belajar di rumah, seorang yang dianugerahkan kebijaksanaan. padau usia 15 tahun, beliau menerbitkan surat khabar sendiri di mana sebahagian umat Islam di India berminat dengan apa yang ditulis. Jemaah Islamiyyah seterusnya ditubuhkan. Maududi meninggal dunia kerana sakit pada 22 September 1979.


As Syahid Imam Hassan al Banna


Syeikh Abu al A'la Al Maududi

Perenggan pertama dalam muktamar yang disampaikan Maududi ini bukanlah sekadar kata-kata aluan. ianya mempunyai kaitan dengan firman Allah dalam surah As-Saff ayat 1.

Firman Allah:
Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
(As-Saff 61:1)


bertasbih kepada Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi iaitu semua makhluk termasuk burung, ikan paus, gunung, batu, semut dan manusia mensucikan Allah. "suci" bermaksud mengiktiraf tempat Dia yang sepatutnya. mensucikan Allah bermaksud mengiktiraf hak-hak dan sifat-sifat Allah. bagaimana mahu mensucikan Allah? ialah dengan meletakkan hanya Allah di hati kita dengan mengamalkan amar makruf nahi mungkar. namun apa yang terjadi sekarang ialah masih ada lagi yang tidak mensucikan Allah iaitu makhluk yang bernama An-Nas iaitu manusia. manusia tidak menjadikan Allah sebagai Al-'Ala iaitu Yang Paling Tinggi. maka tuntutan mensucikan Allah masih tidak terlaksana. Selagi masih ada lagi makhluk yang tidak bertasbih kepada Allah, selagi itulah tanggungjawab kita untuk berdakwah ini akan berterusan supaya tuntutan ayat 1 dalam surah As-Saff ini terlaksana iaitu dengan mewujudkan Islam sebagai Ustadziatul Alam (pemimpin/ikutan kepada alam). bagi mencapai Ustadziatul Alam, Maududi berkata kita perlulah berterima kasih kepada para Rasul dan orang-orang soleh yang terdahulu dan mengikut seperti yang mereka lakukan.

perenggan ucapan Maududi yang seterusnya mengatakan bahawa dakwah bukan semata-mata untuk mengajak manusia solat dan buat amal kebajikan tapi untuk mengajak umat supaya merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu masing-masing sebaik sahaja kita mengucap kalimah syahadah (Pengakuan bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah). sebenarnya kawan-kawan, tanggungjawab kita tidak cukup hanya sekadar melaksanakan rukun Islam dan rukun Iman. tanggungjawab yang paaaaling besar hakikatnya ialah dengan melaksanakan Syahadatul Haq (Penyaksian kepada Kebenaran) itu sendiri iaitu menyaksikan kebenaran kepada seluruh alam. bayangkan selama 22 tahun ku hidup, ku berada dalam keadaan yang rugi. default setting hampir semua orang ialah RUGI! seperti firman Allah dalam surah Al-Asr.

Firman Allah:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr 103:1-3)


kerana selama ini kita tidak faham akan tanggungjawab yang dibawa sekali dengan kalimah syahadah yang kita ucapkan setiap kali kita tunaikan solat. tempat yang layak bagi kita hanyalah neraka. masih tidak cukup lagi untuk kita ke syurga kerana tidak laksanakan tanggungjawab yang diberikan olehNya.

selagi orang belum yakin tentang Islam, selagi orang belum faquhu (tahu dan amalkan) tentang Islam, selagi itulah tanggungjawab kita belum selesai. selagi semua orang di muka bumi ini tidah yakin benar dengan kecantikan Islam sehingga Islam mencapai Ustadziatul Alam, selagi itulah perjuangan kita belum selesai. SH tidak cukup hanya dengan Islamkan semua orang, SH tidak cukup hanya dengan bangun malam, SH tidak cukup dengan semua itu.

Firman Allah:
Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...
(Al-Baqarah 2:143)


Berdasarkan ayat Allah di atas ini, Allah telah meletakkan kita iaitu umat Nabi Muhammad sebagai umat "wasato" iaitu umat pertengahan di mana Rasul telah menjadi saksi atas perbuatan kita, maka kita pula menjadi saksi atas perbuatan manusia yang lain, iaitu orang kafir dan orang yang masih tidak tahu tentang Islam yang sebenarnya.

RASUL --- KITA (UMMATAN WASATO) --- MANUSIA

"Ini semua supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para Nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka" - Al Maududi


Analogi yang diberikan oleh Kak Kimah


Seorang pemandu melanggar seorang perempuan mengandung dan mati di tengah jalan. hanya sHi seorang sahaja yang berada di tempat kejadian dan menjadi saksi dalam kes itu. untuk menjatuhkan hukuman kepada pemandu itu, sHi perlu berada di dalam kandang saksi. jika sHi buat tak tahu dan tidak ke mahkamah, maka sHi telah pun menyembunyikan persaksian itu. maka, perempuan mengandung itu mati dalam keadaan kebenaran tidak ditegakkan kerana pemandu itu terlepas dari hukuman. semuanya berlaku hanyalah disebabkan sHi tidak menjadi saksi. siapakah yang lebih zalim dari orang yang telah sembunyikan kebenaran itu?? begitulah Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah 2:140 akibat penyelewangan syahadah,

Firman Allah:
...Katakanlah, "Kamukah yang lebih tahu atau Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?" Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:140)


adakah kita ingin menjadi seperti kaum Yahudi pada masa dahulu yang telah dianugerahkan takhta syahadah tapi mereka menyembunyikan syahadah ini dan dilaknat oleh Allah? menjadi kera-kera dan babi-babi. Nauzbilllah min zaalik! Beratnya tugas ini...

Firman Allah:
Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".
(Al-Maidah 5:60)


maksud syahadah ialah kita haruslah menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat. iaitu dengan dakwah dan tarbiyah seperti mana Rasulullah S.A.W lakukan. Nabi diutuskan kepada kita untuk sampaikan mengenai Islam kerana belajar Islam tidak boleh melalui logik akal. jika Islam hanya boleh diterima melalui logik akal, maka tidak perlulah Allah utuskan para Nabi dan Rasul kan? begitu juga dengan kita, kita dipilih dan diberi tugas untuk menyampaikan mengenai Islam kepada manusia yang lain supaya ianya boleh menjadi hujah untuk Allah untuk menghukum hamba-hambaNya. kerana Allah Maha Adil, Maka Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Pemurah. Dia tidak akan menghukum mereka yang tergelincir daripada landasan hidup sebenar sedangkan mereka tidak pernah mengetahui jalan yang boleh memimpin mereka ke arah kebaikan atau jalan yang menyelamatkan mereka daripada dosa, sedangkan mereka tidak mengetahui jalan sebenar yang dapat mengangkat martabat mereka ke arah insan yang sempurna. kerana itulah Allah utuskan Nabi untuk memberi amaran dan membawa khabar gembira pada kita. supaya dapat mengingatkan manusia tentang apa yang mereka perlu jauhi supaya tidak dihukum oleh Allah kelak dan membawa manusia lebih dekat dengan Allah untuk mendapat rahmat dan kurniaNya.

Firman Allah:
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqarah 4:165)


Kisah Rasulullah berdakwah di Taif:

Sebelum itu, kedua orang kesayangan Nabi telah kembali menemui Allah iaitu Khadijah dan Abu Talib, tahun itu digelar Tahun Kedukaan. namun, dengan kesungguhan dan ketabahan, baginda bersama Zaid ke Taif yang jaraknya lebih kurang 60 km, berjalan kaki dalam keadaan sedih. Namun, apabila tiba di Taif, sekumpulan kanak-kanak membaling batu ke arah mereka sehingga mengalir darah baginda hingga ke buku lali. Rasulullah menegah Jibril untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka kerana baginda berkata sesungguhnya akan ada nanti anak cucu mereka yang akan masuk Islam. dan ternyata dengan izin Allah, Umar Abdul Aziz iaitu seorang generasi Taif ialah orang Islam. Wahai kawan-kawan, begitulah perjuangan Rasulullah untuk menyampaikan SH. sedih, sungguh hiba kami apabila mendengar kisah ini. ramai yang menitiskan air mata. seorang Nabi yang menjadi kekasih Allah pernah melalui zaman lapar, zaman papa kedana, ancaman bunuh, penghinaan dan penderitaan. Bagaimana dengan kita??? Tiada darah yang keluar, tiada peluh yang banyak, apabila kita berdakwah, hanya orang itu memalingkan muka kerana tidak ingin mendengar apa yang kita ingin katakan sudah membuatkan kita sedih dan hampir berputus asa. lihatlah Rasulullah, tidak pernah kenal erti penat lelah untuk laksanakan SH. perjuangan kita memang tidak dapat dibandingkan dengan Rasulullah. kita perlulah jadikan sifat mulia Nabi Muhammad sebagai qudwah (contoh) hasanah yang terbaik untuk kita laksanakan SH di zaman ini. jika para Nabi ini tidak menjalankan tugas mereka, maka merekalah yang akan dihukum oleh Allah kerana kesesatan dan kejahatan manusia. begitulah juga dengan kita...kita juga akan dihukum oleh Allah jika tidak sampaikan SH.

" Apabila mereka melaksanakan tanggungjawab syahadah ini dengan bersungguh-sungguh, mereka akan menerima ganjaran dari Allah, tidak kira sama ada manusia itu menerima atau menolak mereka" - Al-Maududi


Pembahagian Syahadah

1) Syahadah Perkataaan (Qauliyyah) - jelaskan kebenaran menggunakan lisan dan pena atau apa sahaja cara dakwah dan sebaran menggunakan media cetak atau radio serta bantuan segala ilmu, teknik dan teori yang lama dan moden yang telah dihasilkan oleh kajian manusia.

Setiap manusia ada capability masing-masing dalam menyampaikan dakwah. ada yang boleh bercakap di depan, tapi apabila menulis tidak memberi kesan dan impak seperti mana dia bercakap di depan. seperti diriku sendiri, ku lebih gemar menulis blog tuk berdakwah, kerana ku kurang mahir dalam bercakap di depan. walaupun ku tahu segalanya tentang sesuatu perkara, apabila berhadapan dengan orang, trus ku jadi blur dan lupa akan apa yang ingin disampaikan. ku boleh bercakap di depan jika ada persediaan yang rapi dan bukan spontan seperti Kak Kimah lakukan. seperti kawanku seorang ini, beliau pakar dalam membuat video islamic yang sangat menarik dalam berdakwah. bagi yang suka mengambil gambar juga boleh berdakwah dengan cara itu. kerana SH memberi peluang kepada kita gunakan segala cara untuk berdakwah. namun segalanya kita perlu lakukan secara konsisen, mesti ada perancangan dan strategi.
selalunya, sesuatu yang memberi kesan kepada kita, itu jugalah yang akan memberi kesan pada orang lain kerana ianya datang dari HATI. maka oleh itu, sampaikanlah...
Hassan al Banna pada usianya 18 tahun menubuhkan satu kelab bernama Amar Makruf Nahi Mungkar di mana beliau dan kawan-kawannya berdakwah dengan menulis surat dan beri pada orang yang banyak cakap. kerana apabila berhadapan dengan orang yang banyak cakap dan suka berhujah ini, pasti mereka ingin menang. oleh itu, cara yang terbaik ialah dengan menulis surat. ku harus contohi wira syahid ini kerana ku juga pernah berhadapan dengan keadaan yang seperti itu. begitu juga di dalam usrah. menulis surat atau memberi sms ialah satu cara yang paling efektif.

2) Syahadah Perbuatan (Fi'liyah)- kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang kita ingin benarkan itu. cara ini selalunya lagi efektif kerana ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORD. hanya kita menjadi qudwah hasanah pada orang, orang lihat dan mungkin terus orang itu akan lakukan seperti yang kita lakukan. contohnya ketika kita di dalam usrah dan program, kita sangat berakhlak baik dan sebagainya, namun bila balik di rumah dan di faculty, perangai kita tidak mencerminkan apa yang kita ingin sampaikan. maka, orang tidak akan sekali-kali mempercayai kita dan kesannya, SH gagal dilaksanakan.

SH bukan setakat menyampaikan sahaja, malah kita harus pastikan orang itu benar-benar faham akan apa yang ingin kita sampaikan. tidak kira dari bentuk perkataan mahupun perbuatan. namun harus diingat, akhlak yang baik sahaja tidak mencukupi untuk laksanakan SH kerana syahadah tidak akan lengkap dan terhasil melainkan setelah terbentuknya sebuah negara yang menjadikan undang-undang Islam sebagai objektif dan misi utama. iaitu sebuah negara yang meletakkan usaha memartabatkan agama Islam sebagai matlamatnya.

kita harus laksanakan SH sehinggalah apabila semua lapisan masyarakat akan berkata,

"Demi sesungguhnya, agama yang dapat membentuk dan membangunkan sesebuah negara seperti ini sudah tentu agama yang pasti akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia dan membawa penganutnya ke arah kejayaan di dunia dan akhirat".


"Kami telah sampaikan kepada seluruh penduduk bumi ini apa yang telah disampaikan kepada kami, tanpa mengenal erti penat lelah. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mereka yang masih tidak mahu menerima kalimah hak dan enggan mengikut cara hidup sebenar yang diredhai oleh Allah. mereka sebenarnya menzalimi diri sendiri dan mereka menurut jalan yang sesat kerana kezaliman dan keangkuhan mereka sendiri".


--> selagi kita belum boleh katakan ayat di atas ini, selagi itulah SH belum selesai. tidakkah anda nampak, betapa jauhnya lagi perjalanan kita...

SH tidak boleh dilakukan seorang diri kerana masing-masing mempunyai perbezaan individu, mempunyai kelebihan yang berbeza, oleh itu ia harus dilakukan secara jemaah supaya dapat gunakan semua kelebihan yang ada dan kita menjadi lebih kuat.

* ku mengangkat tangan dan menanyakan Kak Kimah satu soalan tentang bagaimana jika mak ayah yang menjadi halangan untuk kita berdakwah? Kak Kimah dengan senang hati menjawab, ada 3 points yang perlu kita ambil.

1) Berdoa kerana doa ialah senjata orang mukmin. ini yang paaaaling penting iaitu bergantunglah kepada Allah. Allah yang boleh melembutkan hati manusia seperti mana Dia melembutkan hati Saidina Umar Al Khattab untuk memeluk agama Islam.

2) Create authority, where we have to let ourselves prepare our own time table, not other way round. barulah kita boleh lihat priority kita di mana. point ini juga perlulah digunakan apabila waktu program/daurah/usrah kita clash dengan group discussion, meeting atau perjumpaan lain. kerana Head of the world is bigger than anyone else!

3) Melalui qudwah dan akhlak yang baik di depan mereka, bila di rumah perlulah lebih baik berbanding di luar, berbanding di dalam usrah, berbanding dengan kawan-kawan. barulah mak ayah akan percaya yang anaknya telah berubah menjadi lebih baik dan membenarkan kita ke program2 seperti ini lagi. mungkin juga dengan izin Allah, mereka pula yang akan berubah setelah melihat perubahan baik kita.



Tips untuk sampaikan SH

Pagi Ahad selepas selesai qiyammullail, sahur, subuh berjemaah dan mendengar tazkirah dari Imam Masjid Sunway, kami lakukan senam robik comel bersama. sungguh kelaka video Ar Ruhul Jadid itu. hihi.. selepas segar semula, kami menyambung program. Kak Zai menjadi presenter pada pagi itu dengan memberi tips untuk menyampaikan SH.

Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
(Al Hajj 22:77-78)


Dengan berpegang pada firman Allah ini, kita mampu laksanakan SH. syaratnya ialah dengan rukuk, sujud, sembahlah Allah dan berbuat amal kebajikan. ramai orang sekarang ini rukuk dan sujud (solat) namun tidak menyembah Allah. dan bukan itu sahaja, Allah menyambung lagi dengan menyatakan supaya berjihad dengan sebenar-benarnya kerana Allah telah memilih ku, memilih kami, akhawat yang berkumpul di sini untuk menyampaikan suruhanNya. thank you Allah. =)

kemudian, kami dibahagikan dalam group dan perlu membuat lakonan iaitu mengenai cara-cara untuk berdakwah kepada orang. group ku diberi tugasan untuk melakonkan bagaimana cara untuk menyampaikan SH kepada adik beradik. memang sesuai benar dengan keadaan adik beradikku yang perlu ku tarbiyah. seperti Kak Zai katakan, lakonan yang kami lakukan ini hanyalah illusi, maka kita harus merealitikannya selepas habis program nanti. di luar itulah mehnah (ujian) yang sebenar-benarnya. akhir program, kami menyanyikan lagu Satu Tekad dari UNIC beramai-ramai. Kak Ayu bertakbir, kami menyahut Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Satu Tekad - UNIC

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untuk teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah


Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam

Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah




seperti kata Al-Maududi, kita hanya ada 2 pilihan, samada kita ingin bekerja bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab SH ataupun kita tergolong dalam golongan yang dilaknati Allah. percayalah wahai kawan-kawan sekalian, jika kita tak lakukan SH ini, Allah bukan sahaja akan melaknat kita di dunia dan di akhirat sana, malah kita akan diselekehkan oleh anak-anak kita nanti seperti mana kita menyelekehkan orang-orang terdahulu yang menjadikan dunia kita seperti begini. ingatlah, bahawa salah satu amalan yang boleh dibawa ke akhirat kelak ialah doa dari anak-anak yang soleh.

" Laksanakanlah SH di tempat kamu sementara masih ada waktu, kelak kita akan dapat gelaran syahid" - Kak Kimah


Jazakumullahu khair Kak Kimah dan Kak Zai for sharing all these. inilah qudwah yang patut kita contohi. siapa sangka, 2 wanita manis bertudung labuh, memakai jubah ini bukanlah seorang ustazah yang mempunyai kelulusan dalam bidang agama, namun inilah dia seorang engineer Petronas kelulusan Australia dan doktor di PPUM kelulusan UK yang beriman. sanggup tidur setikar bersama kami, makan sedulang dengan kami. i wanna be like both of you. seorang guru yang beriman. insyaAllah. Jzkk juga diucapkan pada akhawat semua, kakak-kakak, adik-adik serta pada Intan, Syikin dan Yana kerana senantiasa mengingatkan sHi dan memberi semangat pada sHi tuk teruskan perjuangan ini.syukur alhamdulillah, moga akhawat yang datang dari pelbagai tempat hampir seramai 90 orang yang Allah himpunkan di program 2 hari 1 malam ini akan sentiasa istiqamah dan thabit menuju keredhaan Allah ini. smoga kita ketemu lagi di daurah akan datang, bulan depan insyaAllah. Biiznillah...

* Happy Bufday buat mak dan Hassan. smoga keluarga kita sentiasa dilimpahi berkat dan rahmat dariNya. mak, pakailah sandal tu ye. Hassan, guna leklok hp baru tu, jgn rosakkan lagi, kena sabar banyak. saayang mak, saayang Hassan. kerana Allah semestinya =)

4 comments:

sya_ais said...

syukran jazilan kak shi

sHi said...

afwan ya ukht,
eh ni sape ye, mcm kenal le..tapi tak tau sape..huhu...

Anonymous said...

salam,kak shi.
nampaknya kak shi dah panjang lebar trangkan SH.saya pon masih dlm perancangan utk letak entry SH ni.mungkin saya akan "link" yg kak shi punya.

:)

-khaulah-

sHi said...

waalaikumussalam ya khaulah si kechik,
hehe..windu khaulah la..oo yeke. boleh2 silakan. marilah menulis tuk membangunkan semula islam ye. jumpa lagi nanti. insyaAllah. selamat hari raya. ukhwah fillah~ =D