salam ukhwah,
alhamdulillah sekali lagi HEWI (Hal Ehwal Wanita Islam) 4th telah mengadakan sesi kuliyyah ringkas di untuk mengimarahkan surau 4th di petang Jumaat iaitu penghulu segala hari ini. buat kali kedua, Ustazah Rahmah dan Ustazah Zaharah datang untuk berkongsi ilmu dengan kami. kali ini mengenai Aqidah. kita perlu bersyukur pada Allah kerana Allah telah memilih kita untuk datang menghadiri majlis ilmu ini kerana Allah sayang pada kita. Introduction Ustazah Rahmah pada hari ini ialah dengan mengatakan bahawa kita dipilih untuk ke menara gading, makin tinggi kita belajar, makin banyak ilmu yang kita dapat, kita patut merasakan kita makin dekat dengan Allah, makin rasa rendah diri, makin merasakan yang banyak lagi yang belum kita ketahui. dan bukan sebaliknya. Nauzubillah min zaalik. banyak kali Ustazah mengingatkan segala yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. itu sahaja matlamat hidup kita.
mengenai aqidah, kita mestilah mengimani dan meyakini bahawa Pencipta alam ini tidak lain tak tidak bukan ialah Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Kuasa. sudah cukup bagi kita melihat surah Al-Ikhlas yang menceritakan tentang aqidah kita tentang keEsaan Allah:
Firman Allah:
Katakanlah, "Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.
(Al-Ikhlas 1-4)
di dalam ayat 3 ni kita dapat lihat bahawa Allah sahajalah tempat kita bergantung. kerana Allah tidak seperti kita, yakni makhluknya yang saling perlu-memerlukan, perempuan memerlukan lelaki, lelaki memerlukan perempuan. dalam ayat 4 pula mengatakan bahawa tidak ada satu pun yang sekufu dengan Allah. sebab itu dosa yang tidak diampunkan Allah ialah syirik kepadanya iaitu dengan menyekutukan Allah. segala dosa yang dilakukan oleh hambaNya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat melainkan dosa syirik kepadaNya.
Firman Allah:
Seandainya pada keduanya (di langit dan di bumi) ada tuhan-tuhan selain Allah, tentu keduanya telah binasa. Mahasuci Allah yang memiliki 'Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
(Al-Anbiya' 21:22)
dalam ayat ini jelas mengatakan jika adanya lebih dari satu Tuhan, maka binasalah dunia ini. jelas membuktikan Allah itu Esa. hanya ada Dia sahaja yang berkuasa.
Ustazah juga mengingatkan bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan tidak kiralah ingin keluar menuntut ilmu, atau bekerja, haruslah diselitkan dengan dakwah dan pastinya niat lillahita'ala. kerana Allah tidak menciptakan kita main2..ada tujuannya.
Firman Allah:
Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kami main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(Al-Mukminun 23:115)
dan jawapannya ada di sini:
Firman Allah:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah 2:30)
Allah memilih kita sebagai khalifah, pembawa amanah..seperti seorang duta di muka bumi ini. apa yang kita lakukan segalanya dicatit oleh 2 penjaga yang setia dan jujur iaitu Malaikat Raqib dan Atid. kedua malaikat ini tidak jemu2 untuk mencatit segala amal kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan 24 jam sehari semalam. oleh itu haruslah kita senantiasa merasakan bahawa Allah melihat setiap apa yang kita lakukan secara sembunyi ataupun terang-terangan hatta di dalam rumah sekalipun jika ada lelaki yang memberi salam, kita (wanita) haruslah menjawab salam itu, namun tidak sekali-kali keluar dan berjumpa sebelum kita menutup aurat kita sepenuhnya. ianya dikira satu jihad seorang muslimah apabila dia bersungguh-sungguh menutup auratnya kerana takut pada Allah. Allah akan mengira dan menilai jihad muslimah itu.
Firman Allah:
Dan sungguh, Kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), "Sembahlah Allah dan jauhilah thagut, kemudian di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang tetap dalam kesesatan. Maka berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul).
(An-Nahl 16:36)
Allah menyuruh kita supaya sembah padaNya dan jauhilah thagut..thagut ini ialah syaitan dan manusia yang ikut syaitan iaitu manusia yang suka kepada kemaksiatan dan kemungkaran.
"Kebanyakan kita melakukan sesuatu amalan kebaikan itu, Allah memandang tapi ianya tidak dinilai. tak balik modal orang kata. kerana contohnya waktu bulan puasa, buat bubur lambuk untuk bagi sedekah pada anak yatim, tapi ketika masak tu, bergaul bebas lelaki perempuan, yang perempuan pakai baju nampak lengan pulak tu. ada yang nak buat biskut raya, sedekah pada orang tapi diri sendiri tak puasa, atau satu lagi contoh, mak ayah hantar anak2 ke sekolah agama fardhu ain, tapi maknya tak pakai tudung, ayahnya pulak pakai seluar pendek. inilah masalah aqidah. tidak faham yang segalanya ini ialah perintah dari Allah S.W.T." - Ustazah Rahmah
apakah bezanya nikmat dan istidraj? nikmat ialah satu kemanisan iman yang Allah berikan pada hambaNya yang soleh supaya dirinya lebih dekat dengan Allah. contohnya seseorang muslimah itu, apabila tudungnya ditiup angin, terasa malu dan bersalah kerana terlalu merasakan nikmat menutup aurat itu. istidraj pula ialah Allah berikan segala apa yang diminta oleh seseorang itu supaya dirinya lebih jauh dengan Allah dan akhirnya menuju kesesatan yang nyata. contoh yang nyata ialah Firaun yang merasakan dirinya itu Tuhan. kerana Firaun sepanjang hidupnya tidak pernah sakit, hidup pula lama ratusan tahun. begitu juga dengan Qarun di mana Allah berikan harta kepadanya sangatlah banyak supaya dirinya lebih kufur. jadi tidak perlulah kita berasa sedih dan merasakan Allah itu tidak adil apabila ada kwn2 kita yang tak solat, tak menutup aurat, tak baca Quran tapi boleh score dengan jayanya dalam exam. kerana sesungguhnya hadis Nabi ada mengatakan bahawa dunia ini ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. kerana orang mukmin akan bahagia di syurga abadan abada...
sambil ku merenung kepada muslimat yang ada di sekelilingku, ku berdoa semoga Allah berikan lah kami petunjuk dan hidayahNya. Wallahua'lam.
sebelum ku masukkan dalam blog, ku ceritakan dulu pada Fara dan Dyana tentang apa yang ku peroleh memandangkan ku mempunyai tanggungjawab sebagai seorang kakak dan sebagai roommate. ketahuilah adik2, bahawa sekali akak dah kenal seseorang itu, akak mempunyai tanggungjawab yang sangat besar tuk dilaksanakan. jika tidak dilakukan, akak tak dapat nk jwb di akhirat bila ditanya nanti. Berilah ku kekuatan untuk menyampaikan syahadatul haq ini Ya Allah...
* sedang mendengar kuliyyah, ku dapat panggilan dari Kak E'in, katanya ingin dtg ke UM tuk ambil tafsir yang ditempah. afwan sgt kak, sHi memang tak bape reti la bab2 nk bagi direction jalan nih. lepas asar, kami berjumpa di surau 4th. rupanya Kak E'in dan Kak Asma' ni sedang amik master dalam Nutrition kat UPM. sembang punye sembang, rupanya diorg kenal Yuti yang seusrah dengan ku, kenal juga akhawat di Fateh, Yana, Arifah, Kak Kimah etc, diorg pergi juga program ISK dan SH seperti mana yang ku pergi. pergi program yang sama, tapi berbeza tempat dan masa. hari ini, Allah dah temukan kami. alhamdulillah, hepi nye rasa. dunia ni nampak je besar, tp sebenarnya kecik je. bermula dari Kak E'in mengenaliku melalui blog, kemudian kami berurusan dengan ber ym dan akhirnya bertentang mata di kolej 4 ini. jazakillah ye kak. pasni mcm akak ckp td, kite leh share la business kita. akak jual tshirt kat sHi, sHi lak jual tafsir kat akak. =D