Saturday, October 18, 2008
Lawatan ke Wad Pediatrik PPUM (Care 4 All 08/09)
buat pertama kali ku ke PPUM..ada beberapa sebab mengapa ku ke sana:
1) niat untuk melaksanakan ibadah, dakwah dan tarbiyah lillahita'ala
2) memandangkan ku ialah x-Timbalan Pengarah 1 Projek Care 4 All sesi lepas, ku mewakili Shikin (x-Pengarah Care 4 All) untuk meninjau projek sesi kali ini.
3) memberi support 100 percent kepada kedua2 adik angkatku iaitu Pengarah Care 4 All sesi ini, Bazlin dan Lai iaitu salah seorang AJKnye.
4) memandangkan passionku pada kanak2, sudah menjadi impianku untuk melawat wad pediatrik.
kami bergerak menaiki bas UM ke sana lebih kurang 8.30am. sampai saja di sana, kami ke P6 iaitu Wad Pediatrik bagi kanak2 yang sakit kanser dan leukemia. sudah dapat membayangkan keadaan kanak2 yang botak akibat kemoterapi yang ku rasakan sakit sangat bagi orang dewasa apatah lagi pada si kecil seperti mereka. pada awalnya, ku kenali dengan Adam, baru usia 3 tahun sudah mengidap blood cancer. keadaannya yang baru sahaja disuntik dengan ubat menjadikan Adam menangis dan moody dengan kami.
ku mendekati seorang kanak2, Nurul Nabihah (Dik Ah) namanye. mereka di sana perlu memakai mask supaya tidak terkena infection. sambil bercerita dan bersembang dengan Dik Ah, kami mengambil gambar bersama. bukan main gelak lagi Dik Ah bila tgk clown and maskot tupai kami berlakon. selepas majlis perasmian oleh Pengetua 4th, Prof Madya Dr Salihin, kami melawat bilik2 lain bersama. ada seorang kanak2 berusia 5 tahun bernama Shifa yang baru sahaja selesai mengambil bone marrow. kasihan melihatnya. bercerita dengan neneknya, umi nya baru sahaja ke rahmatullah bulan 7 lalu akibat breast cancer. Shifa pula kini di wad. ayahnya merupakan lecturer Bahasa Arab di UM. besar sungguh pengorbanan si suami dan lelaki bergelar ayah ini. tabah dan redha si ayah dan si nenek menjaga Shifa. kata doktor, Shifa perlu mengambil masa selama 2 tahun untuk sembuh.
ramai patient yang dibawa balik ke rumah ketika weekend oleh ibu bapa. kami sempat juga mengenali Manojkumar, Hani Humaira dan Josephine. mendengar luahan hati ibu dan bapa mereka. we are not in their shoes, we can never understand how it feels. we can only feel the empathy. if i was in their shoes...i dunno what to do..adakah ku akan tabah seperti mereka? redha dan pasrah akan ketentuanNya.
kami tak sempat melawat ke P lain memandangkan waktu melawat untuk tengahari sudah tamat. ku dengar cerita dari junior ku yang bertugas melayan kanak2 di sana, ada seorang kanak2 lelaki usia 3 tahun yang mengidap ketumbuhan besar di bahagian leher. kanak2 ini ditinggalkan dan tidak diterima oleh ibu bapanya. sejak dia lahir di PPUM, sampai sekarang dia di sini. PPUM menjadikan dia sebagai anak angkat. kasihan, sedangkan hamster ku sayang pada anak2, nape masih ada ibu bapa yang kejam kepada darah daging mereka sendiri sebegini. moga Allah membalas setimpal dengan perbuatan mereka terhadap si kecil ini. afwan, teremosional, pttnye ku perlu berdoa semoga Allah berikan hidayah pada kedua ibu bapanya. ada lagi seorang baby usia 4 bulan yang mengidap penyakit genetik di mana tubuh badannya mengecut hari demi hari seolah2 keadaanya seperi bayi baru lahir. subhanallah..segalanya ada hikmahnya dan ditentukan oleh Allah S.W.T.
Hadis Nabi:
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda,
Jangan saling menghasud, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian dari kalian membeli barang yang telah dibeli orang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, maka jangan berlaku aniaya kepadanya, jangan menelantarkannya, jangan membohonginya, dan jangan merendahkannya. Takwa itu di sini, (beliau mengucapkan ini sambil menunjuk ke dadanya dan mengulanginya hingga tiga kali). Cukuplah seseorang dikategorikan jelek apabila dia merendahkan saudaranya sesama muslim. Darah, harta, dan kehormatan setiap muslim adalah haram bagi muslim yang lain.
(Hadis Riwayat Muslim)
sian Adam...
Hani Humaira - kurang neutrophil, moga cepat sembuh
Nurul Nabihah, get well soon Dek Ah
Josephine suka nyanyi lagu Twinkle Twinkle
funny clown
imported maskot TUPAI from 4th college
sedang Buzz melayan VIPs di ruang makan, lekas2 ku minta semua AJK susun kerusi supaya get ready tuk sesi fotografi. supaya senang bila VIPs keluar, trus AJK dh prepare amik tempat tuk bergambar. no wasting time. excited sgt AJK sampai terlupa pasal ni agaknye. bagiku, gamba saje lah yg dpt berikan kenangan tuk sesuatu peristiwa yang berlaku.
betapa besarnya kuasa Allah, jika dikatakan kun fayakun, jadilah maka jadilah ia! bersyukur atas nikmat sihat yang diberi. congratulations diucapkan pada Bob dan Buzz kerana segalanya dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah. juga pada sume AJK. n not to 4get Lai. u did a gud job being such a silly clown. hehe..
all the best for upcoming projects yah! insyaAllah.
:: semoga Allah membalas kamu semua dengan kebaikan ::
Firman Allah:
Dan Kami pasti akan menguji kami dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.
(Al-Baqarah 2:155-156)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam, saya gembira melihat penulisan blog ini..semoga terus selamat menulis..
waalaikumussalam,
alhamdulillah, Allah mengilhamkan diri ini menulis untuk ummah. moga bermanfaat. syukran for the wishes.
salam..kesian tgk dorg..kcik2 da tpakse mnanggung sakit..sumtyms kn tgk dorg sgt tabah,stil senyum but act dorg sgt skt..moge mmereka cpt sembuh..InsyaAllah..-shida..
salam..
sedih dengar akak bercerita..
penulisan yang mengambarkan keseluruhan event..
Allah belum duga kita dengan anak..
Perbanyakkan berdoa..
wslm shida..
kesian kan shida..kite perlu syukur banyak2 padaNya beri kita nikmat sihat ni. moga diorg cpt sembuh
waalaikumussalam ayuni,
na'am..Allah belum duga kita lagi dengan anak seperti mana mak ayah yang kita jumpa di hospital smlm. doa senjata org mukmin kan. jazakillah~ =)
Assalamualaikum Syahirah.. Saya baru terbaca coretan tentang lawatan ke Pead6 PPUM.Saya bapa kepada Dik Ah. Utk tahu keadaan Dik Ah( Nurul Nabihah baca le blog ni. http://baharifin.blogspot.com.my. Saya sungguh terharu membaca coretan berkenaan arwah anak saya itu...
alhamdulillah.. saya berasa terharu membaca pengalaman lawatan ke Pead 6, PPUM. Ini membuatkan saya teringat semasa saya dan allahyarham anakku Nurul Nabihah ( Dik Ah)berada di sana. Umur Dik Ah tak panjang. pada jam 10.25 pagi 24 jan 2009 dia pergi menyahut panggilan Ilahi.. Saya harap segala salah silapnya dan kekasaran bahasanya semasa berbual bersama Adik Syahirah saya mohon di maafkan.. Layari lah Nurul Nabihah blogdi http://baharifin.blogspot.com
Post a Comment