Friday, October 17, 2008

Kuliyyah ringkas Haid, Nifas dan Istihadhah @ Balai Islam 4th


ketika para lelaki 4th ke masjid tuk tunaikan solat jumaat, kami pula menambahkan ilmu dengan mendengar kuliyyah ringkas mengenai Haid, Nifas dan Istihadhah di Balai Islam 4th. ku sudah tahu mengenainya beberapa hari yang lepas bila mendengar pengumuman, namun imanku mulai goyah apabila ianya dilakukan pada waktu tengah hari iaitu ketika ku baru habis kelas. hati ini memberi alasan, penatnye..next time la, taknak la pegi. namun sesudah makan tengah hari, terserempak dengan Hidayah. "Akak, jom kak, ada ceramah kat bawah sekarang." ku katakan padanya "InsyaAllah". bila ku masuk ke bilik, terus ku berperang dengan hatiku sendiri, dengan segera ku mengambil telekung, buku nota dan Quran diary terus bersiap turun ke bawah. syukur alhamdulillah, Allah mengilhamkan aku turun juga untuk mencari ilmu.

kami solat Zuhur berjemaah dulu diimami Ustazah Rahmah iaitu penceramah yang akan memberi kuliyyah ringkas ini. Ustazah memulakan kuliah dengan menyatakan tentang Hadis 1 dalam Hadis 40 Imam Nawawi iaitu innama a'malu binniat (sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat). ku teringat apa yang Kak Kimah katakan pasal saksi ketika di SH dulu...

"Kita dan anak2 semua yang ada di sini telah dipilih oleh Allah untuk menghadiri majlis ilmu ini, moga2 apa yang kita lakukan ini akan menjadi saksi untuk kita di akhirat kelak" - Ustazah Rahmah


Sebelum memulakan mengenai topik yang diberi, Ustazah mengatakan bahawa Allah suka pada orang yang bertaubat dan bersuci yakni bersih. (Afwan, tak ingat ayat dan surahnya). Apa yang akan dihuraikan selepas ini berdasarkan mazhab Syafie. tidak salah bagi kita jika ingin mengikut mazhab lain namun oleh kerana rata2 org di Malaysia menggunakan mazhab Imam Syafie dari dulu lagi, maka tajuk ini akan dikupas berdasarkan pendapat dan pandangan Imam Syafie yang lebih teliti berbanding mazhab lain.

Haid ialah darah yang keluar dari urat pangkal rahim seorang wanita. Kehadiran haid menunjukkan bahawa tanda seseorang wanita itu sihat. maka, janganlah kita bersedih apabila datang haid kerana ia adalah satu nikmat yang diberikan oleh Allah special pada wanita.

Mengikut Imam Syafie, haid paling sedikit datang 1 hari 1 malam. jika ianya kurang dari itu, ia digelar istihadhah. Haid paling lama datang ialah 15 hari 15 malam. dan kebiasaannya haid datang sekitar 6-7 hari. Darah haid dipanggil sebagai darah kotor dan kebiasaan darahnya berwarna merah dan pekat. Manakala darah istihadhah berwarna merah dan cair. Bagi darah istihadhah, setiap kali seseorang wanita itu ingin menunaikan solat fardhu, maka perlulah dibersihkan dan diambil wudhuk sekali lagi. namun jika ingin menunaikan solat sunat rawatib, ianya dibolehkan kerana ianya dalam tempoh waktu yang terdekat. Warna darah ini ialah mengikut kebiasaan, ada juga yang berwarna lain kerana ia mengikut juga kepada kesihatan dan pemakanan seseorang wanita itu. maka yang penting di sini untuk memastikan ianya darah haid atau istihadhah ialah dengan mengikut bilangan hari kitar haid kita. pentingnya di sini bagi kita untuk membezakan samada ianya darah haid atau istihadhah kerana kita tidak boleh solat ketika haid tapi kita perlu solat seperti biasa jika ianya adalah istihadhah. Tamatnya haid apabila tiada lagi warna darah seperti di atas dan apabila diuji dengan kapas, ianya berwarna putih seperti warna kapas.

Apabila di dalam keadaan yang kotor/tidak bersih ini, syaitan2 suka malah histeria, sihir dan santau juga senang memasuki diri kita. Allah memberikan kita haid ini bukan bermakna kita perlu berjauhan dariNya. apa yang kita tidak boleh buat hanyalah tidak boleh solat, tidak boleh puasa, tidak boleh membaca Quran dan tidak boleh melakukan tawaf serta berehat2 di masjid. namun selain daripadanya kita boleh lakukan iaitu berdoa, berzikir, dan berselawat. oleh sebab itu Rasulullah ada mengajar kita tentang doa apabila uzur. zikir Mathurat pagi dan petang itu boleh kita amalkan ketika sedang haid. kerana niat kita adalah untuk berzikir. ayat2 yang kita biasa baca dan lakukan setiap hari seperti Bismillahirrahmanirrahim, Ayat Kursi, Al-Fatihah dan doa ketika naik kenderaan itu boleh kita baca ketika datang haid. Kite perlu ada hubungan dengan Allah walaupun ketika haid. oleh itu kita boleh dekatkan diri kita dengan Allah dengan melakukan perkara di atas.

Nifas pula ialah darah yang keluar selepas bersalin manakala wiladah ialah darah yang keluar bersama2 bayi. Kebiasaan nifas ialah antara 40-45 hari iaitu disebut sebagai dalam pantang manakala paling lama nifas ialah sekitar 60 hari 60 malam. Dalam pantang ini ada 2 maksud iaitu pantang dari segi adatnya dan pantang dari segi ibadatnya. Dari segi adat, pantang dari segi pemakanan, ianya berbeza antara seseorang ibu dengan ibu yang lain. Manakala dari segi ibadat, ibu tidak boleh solat, tidak boleh puasa, tidak boleh baca Quran dan tidak boleh bersama dengan suami. Oleh itu, bagi mengelakkan tekanan perasaan dan rasa jauh dengan Allah, maka cara yang sama boleh dilakukan iaitu banyakkan zikrullah, berselawat dan beristighfar.

Tambahan: Bagi ibu2 yang menyusukan baby, menyalin lampin baby, harus berjaga malam kerana baby lapar dan lain2, jangan merungut, haruslah bersabar dan redha kerana setiap sedutan anak itu ialah zikir dan pahalanya sama seperti orang yang bertahajjud dan bangun malam (Qiyammullail).

oleh kerana kekangan masa, Ustazah hanya sempat menceritakan secara ringkas dan menjawab segala persoalan kami. habis sahaja segalanya, hatiku puas kerana berjaya berlawan dengan nafsu diri dan syaitan2 yang memang tak habis2 ingin menggoda. Alhamdulillah.

Wallahua'lam...

Firman Allah:
Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.
(Ali Imran 3:14)


2 comments:

sya_ais said...

assalammualaikum kak shi...tq 4 the post..sy x sempat plak nk poskn kat blog ttg haid,nifas n istihadah...

nk jemput kak shi p laman web www.mymkkk.tv

insyaALLAH byk ilmu yg akan dpt...
byk kitab2 yg diterjemah n disampaikan dlm bentuk video...

wassalam..

sHi said...

wslm..
afwan..takpe, kang publish la post tu ye. moga org lain bc, insyaAllah kita dpt pahala kan.

okies, nanti akak g tgk, jazakillah ye. =)