Saturday, October 11, 2008

usrah 5 @ 4th - Bertadabbur dengan An-Naba'



petang tadi lebih kurang jam 6pm, Intan, Naimah dan Kak Hudha datang ke bilikku. Yuti sampai agak lewat skit memandangkan hari hujan. Usrah kali ini dilakukan di bilikku, hepi kerana sekurang-kurangnya ku dapat laksanakan tanggungjawab sebagai tuan rumah kepada mereka yang hadir sebagai tetamu. kali ini, ku dilantik sebagai MC dan present Hadis ke 16 dalam Hadis 40 iaitu berkenaan Jangan Marah.

Hadis Nabi:


Daripada Abu Hurairah r.a: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W. Berikan daku wasiat/nasihat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
(Hadis Riwayat Imam al Bukhari)


fitrah manusia, pasti ada perasaan marah. cuma bagaimana kita overcome perasaan marah itu apabila ianya datang berbeza bagi setiap individu. dengan beristighfar (memohon pengampunan dari Allah) sehingga kita kembali tenang, insyaAllah akan dapat redakan kemarahan. ada juga pendapat yang mengatakan ambil lah wudhuk untuk meredakan marah. marah ibarat api yang membara, perlukan air untuk melenyapkannya. La taghdob (jangan marah) ye sHi!

kami membaca surah An-Naba' berserta terjemahannya mengikut giliran. seterusnya Intan mula dengan menceritakan, An-Naba' ialah surah pertama dan yang terpanjang di dalam Juz Amma iaitu Juz Terakhir dalam Al-Quran. surah ini mempunyai 40 ayat dan diturunkan di Mekah (ayat Makiyyah).

Dalam Al-Quran terdapat 2 jenis ayat yang diturunkan iaitu Ayat Makiyyah dan Ayat Madaniyah. Apakah ciri-ciri ayat Makiyyah?

1) Diturunkan di Mekah
2) Lebih banyak mengenai aqidah, memandangkan ketika di Mekah, Islam masih belum cukup kuat.
3) Kebanyakan ayatnya pendek
4) Ayat ini ditujukan kepada seluruh manusia secara general (ya ayyuhannas, ya ayyuhalinsan, dan bukan ya ayyuhalmukminin)

di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran yang dikarang oleh Sayyid Qutb, beliau mula menafsir Juz Amma terlebih dahulu sebelum menafsir Surah An-Naba'. Juz Amma mempunyai surah yang semuanya diturunkan di Mekah kecuali 2 surah yang diturunkan di Madinah iaitu Surah Al-Bayyinah dan Al-Asr.

Allah menurunkan Juz Amma ini sangat special kerana:

1)Kebanyakan surah adalah berkisarkan tentang aqidah

Contohnya:-

Firman Allah:
[112.1] Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

[112.2] "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

[112.3] "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

[112.4] "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Al-Ikhlas 112:1-4)


dalam surah Al-Ikhlas ini ianya menceritakan tentang keesaan Allah dan zatNya yang harus kita percaya dan beriman.

2)Bagi satu surah dengan satu surah yang lain mempunyai perkaitan dan rhythm yang sama

Contohnya:-

Firman Allah:
[78.6] (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

[78.7] Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

[78.8] Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
(An-Naba' 78:6-8)

Firman Allah:


[88.17] (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

[88.18] Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

[88.19] Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

[88.20] Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

(Al-Ghashiyah 88:17-20)

kita dapat melihat ayat-ayat dalam kedua surah ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain. cuma bezanya ayat dalam An-Naba' diceritakan secara ayat penyata manakala ayat di dalam Al-Ghashiyah diceritakan di dalam bentuk pertanyaan kepada kita.

3)Ayat-ayat yang diturunkan sangat straight forward maknanya dan bukan yang berkias. Oleh itu, kita dengan senangnya mendapat gambaran tentang sesuatu yang ingin disampaikan.

Contohnya:-

Firman Allah:
mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah,
(An-Naba' 78:24-25)


di sini orang biasa pun mampu menafsirkan ayat ini kerana ianya direct dinyatakan. dengan mudah kita dapat membayangkan gambaran betapa seksanya azab di neraka Jahannam dengan meminum air yang mendidih bergelegak dan nanah yang busuk itu serta keadaan yang panas di dalamnya.

Surah An-Naba' boleh dibahagikan kepada 6 bahagian. bahagian yang sempat kami bincang hari ini ialah bahagian pertama iaitu dari ayat 1-5 di mana tajuk yang kita boleh berikan untuk part 1 ini ialah Pertanyaan Tentang Hari Kiamat.

Firman Allah:

[78.1] Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

[78.2] Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

[78.3] Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

[78.4] Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

[78.5] Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
(An-Naba' 78:1-5)


tadabbur kali ini seolah-olah menyuruhku lebih cepat dan bersemangat untuk menghabiskan hafazan ku untuk surah ini. sejak 2 3 minggu lepas, ku cuba menghafal ayat dan terjemahannya sehingga ayat 20. go sHi go!

di sini ku ada sertakan 10 ciri individu muslim yang ideal dengan detailsnya sekali. Jazakillah Intan. apabila kita mengetahui details apa yang perlu kita lakukan, maka kita akan lebih kuat berusaha untuk melengkapkan segalanya dengan sempurna. dan juga dapat mengelak daripada takabbur serta berpuas hati dengan segala amal kebaikan yang sudah kita lakukan setakat ini.

10 Muwasofat Tarbiah

1) Aqidah Sejahtera

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2)Ibadah Yang Sahih

Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap

Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4)Mampu Bekerja

Mejauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi

5) Berpengetahuan luas


Mampu membaca dan menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

6) Tubuh Yang Cergas


Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yg bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7)Mujahadah (Menguasai Diri)


Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya

Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa

Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar

10)Bermanfaat Kpd Orang Lain

Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yg memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai


azan Maghrib berkumandang, kami tangguh majlis dan bersiap sedia ke surau 4th. jamu tetamu makan2 skit barulah semua pulang. ala yuti..nak g Fateh gak sok..tp sHi perlu balik ke rumah, tunaikan hak pada ibu bapa jugak. takpe, takde rezki, ada hikmahnya. next time insyaAllah. Jazakumullah khairan kathira ya akhawat sekalian. =D

4 comments:

Anonymous said...

xpe shi...de rezki nnt kite g same ea...d priority is hak ke atas ibu bapa dlu kn...(antara 10 keperipadian muslim...hehe)..pape pun sharing is caring kn...teruskn usaha...=)

sHi said...

salam..btul yuti..tunaikan hak ibu bapa ada dlm peribadi muslim yg last kan..bermanfaat pd org lain.so, camne best tak g fateh? cite la skit..hehe..=)

Anonymous said...

jazakillah shi... donat yg best utk kitorg.. n kak huda, tq air oren yg best jugak tu... moga ukhuwah berkekalan...

sHi said...

waiyyaki intan..oh yea, kak hudha jazakillah gak ye belikan air oren. =)