Sunday, November 30, 2008

movie: Ashabul Kahfi


di waktu cuti ini, salah satu tugas yang ingin ku habiskan selain menunaikan hak pada ibu bapa ialah menghabiskan siri cerita Ashabul Kahfi, kisah 7 pemuda yang beriman. Adonia dan beberapa lagi pengikut al-Masih telah pun dihukum salib setelah menghadapi pelbagai seksaan..bagi Adonia, tiada yang lebih bahagia melainkan kematian di mana dapat dia dapat bertemu Nabi Isa yang dikasihi dan Allah S.W.T. kini Maximilian dan 5 lagi sahabatnya yang beriman telah pun berterus terang pada seluruh pembesar dan di hadapan Dikyanus serta Caesar bahawa mereka juga pengikut agama Isa a.s. apa yang terjadi seterusnya pada mereka yang berani berjuang mempertahankan agama Allah ini sehingga tercatat ceritanya di dalam al-Quran? to be continued...(best tgk movie Arab ni, dapat gak kite belajar bahasa Arab) =D

Firman Allah:
dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kamu berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."
(Al-Kahfi 18:14)


inilah yang dikatakan oleh 6 pemuda beriman ketika berdiri di hadapan Raja Dikyanus yang zalim lagi sombong. seorang lagi pemuda yang digelar Ashabul Kahfi ialah seorang penggembala kambing.

Firman Allah:
Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmatNya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusanmu.
(Al-Kahfi 18:16)


perkataan ini terjadi antara mereka itu sendiri yang timbulnya kerana ilham dari Allah. Allah telah memberi ilham kepada mereka untuk berlindung di dalam gua. reflect diri kita...cukup tinggi dan kuatkah iman kita sepertimana iman mereka ini? peringatan buat diriku... Wallahua'lam.

Ashabul Kahfi - Raihan

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri ke dalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Illahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa


Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan syurga
Qitmir yang mulia


Malu untuk menghadapMu


Janjiku - De Hearty

Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap ampunan dariMu


Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku sendiri yang tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..

* sudah cukup bait-bait dalam lirik lagu ini sebagai luahan hati ku...

Friday, November 28, 2008

awan..ciptaan Allah yang luar biasa


kebelakangan ini ku sering melihat awan. menemani mak ke KLIA sebanyak 3 kali dalam masa seminggu ini membuatkan ku menghayati awan. ketika petang, ketika hujan turun, ketika malam, itu yang ku lihat sepanjang perjalanan pergi ke airport dan menuju ke rumah. iaitu AWAN. mengikut dalam Bahasa Arab, awan ni mempunyai banyak maksud. ku ingat maksud awan dalam Bahasa Arab ialah mu'sirat seperti terkandung di dalam surah An-Naba', ayat 14. sebenarnya, ayat inilah yang telah menjadi asbab kepadaku untuk menghayati ciptaan Allah yang istimewa ini.


Firman Allah:
dan Kami turunkan awan, air hujan yang tercurah hebatnya.
(An-Naba' 78:14)



:: gambar awan berbentuk kalimah Allah ini diambil dari blog ustaz abdul halim, http://inijalanku.wordpress.com/ ::

* kepada akhawat yang akan berjaulah ke Borneo bertolak petang ini, selamat berjaulah melihat keindahan dan kebesaran Illahi diucapkan. semoga kalian selamat pergi dan selamat pulang, juga semoga mendapat ilmu yang berharga agar dapat dikongsikan bersama kami di sini insyaAllah =)

Sunday, November 23, 2008

Hai, daei daei...


1 sms received from Naz:

Peliknya daei ni, orang laen hujung minggu jalan2/shopping,
Hidup daei ada 2 je: g program/belajar

Peliknya daei ni, orang laen sibuk tgk kyle XY/maen game,
Daei ni ada 2 je: belajar/wat program (usrah/meeting)

Peliknya daei ni, jika orang bese, masa santai kan tgk movie/korean series,
Bagi dia masanya itu untuk catch up bahan2 bacaan utk prepare pengisian dlm program/usrah, hafaz surah2.

Peliknya daei ni, duitnya entah ke mana, asyik tak cukup je, balik2 kena sponsor,
Tapi orang tak nampak, duitnya itu semuanya untuk apa,
Duit minyak, transport, bantu orang susah, infak,
Manalah ada untuk diri sangat. Hanya Allah yang memahami


1 sms received from Intan:

Sesungguhnya perjalanan seorang daei itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daei menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya. "Sampai bila kau akan melelahkan diri?". Dijawab daei dengan pasti, "Sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)" al Fawaid - Ibnu Qayyim

1 sms received from Syikin IPBA:

Ukhwah doesn't always need togetherness,
Doesn't need everyday conversation,
As long as the frenship live in the dua'a,
It remains abadan abada..Ukhwahfillah sHi...


suatu petang di sebuah rumah ketika 3 orang kanak2 menonton movie kartun kisah Nabi Yunus dan Nabi Sulaiman:

Husaini: Mak Lang, Allah tu sapa dia? dia tu orang ka?(dengan loghat Kedahnya yang sangat pekat)

Mak Lang: Ha..Allah tu bukan orang. Dia yang ciptakan kita semua. Dia cipta Husaini, Azamuddin, Atun, mak ayah, tok, hamster, daun2. (dengan loghat Kedahnya yang tak berapa nak pekat sangat)

Husaini: Muka dia macammana ha Mak Lang?

Mak Lang: Kita tak tau muka dia macammana, dia takdak anak, takdak mak ayah. Kalau nak jumpa Allah, kena masuk syurga. Kalau masuk neraka, jumpa la syaitan tu.

Husaini: Buruknya muka syaitan.. (sambil melihat watak seorang lelaki tua sedang digoda syaitan dengan permata) Macam mana nak lari dari syaitan ha Mak Lang?

Mak Lang: Ni baru dalam ni. Kalau kita dapat tengok muka syaitan betul2 lagi takut. Sebab tu kita kena sembahyang, baca Quran bagi syaitan lari, dia suka bilik ayaq, sebab tu mandi jangan lama2 dalam bilik ayaq tu.


:: dari kiri: Husaini, Kak Lin, Hassan, Azamuddin, Atun ::

tringat pada zaman Rasulullah, tiada rumah yang tidak diketuk oleh Nabi untuk mengajak mereka kepada islam. sedangkan rumah Abu Lahab pun diketuk hampir 70 kali setiap hari walaupun tahu sikap dia yang degil itu. sehingga sekarang kita boleh mengenali kedegilan Abu Lahab yang membawanya dan isterinya ke neraka itu seperti termaktub dalam surah Al-Lahab/Al-Masad. manakan sama perjuangan ku dengan perjuangan Nabi S.A.W...

Saturday, November 22, 2008

Ciri-Ciri Orang Yang Beriman


penerangan hadith ni sy petik dr hardcopy from one of khutbah jumaat....tajuk utamanya....ciri-ciri org yg beriman...

Hadith Rasulullah s.a.w yg bermaksud.."Apabila Allah menghendaki seorang hambaNya mendapat kebaikan, Ia buka kunci hatinya dan menjadikan dalam hati itu rasa keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, dan Ia menjadikan hatinya sentiasa sedar tentang liku-liku hidup yang dijalaninya dan Ia jadikan hatinya sihat sejahtera, lidahnya bercakap benar, tingkah laku, gerak geri dan perangainya lurus. Juga Ia menjadikan telinganya mendengar kebenaran dan matanya melihat hakikat kenyataan"

Dari keterangan sabda Rasulullah s.a.w itu, dapat kita fahami bahawa di antara tanda-tanda seorang itu disayangi Allah ialah

Pertama, seorang hamba yang hatinya sentiasa terbuka untuk menerima pancaran cahaya keimanan, hati yang membuang debu-debu kelalaian dan karat kejahilan. Hatinya mengenali Allah, cahaya ma'rifatnya menghiasi seluruh hati dan qalbunya. Hatinya menjadi tadahan wahyu, sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk menerima kebenaran.

Kedua, hati yang penuh kecintaan terhadap Allah, ma'rifat terhadap sifat-sifat kesempurnaan itu diisi penuh dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, kekayaan yang tidak terpukau dan tergoda dengan fitnah-fitnah. Keyakinan yang utuh, yang tidak bergoncang dengan rayu fahaman kebendaan. Hati yang percaya bahawa apa yang ada di tangan Allah adalah lebih terjamin, mantap dan kukuh daripada apa yang ada di tangan kita sendiri.

Ketiga, hati yang penuh dengan keimanan, ma'rifat terhadap Allah dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi, sentiasa dalam keadaan sedar, waspada dan sensitif dalam setiap langkah yang diatur, dalam setiap program yang disusun, hingga terselamat dari melakukan sebarang dosa dan noda, tidak tunduk kepada hawa nafsu, tidak menyeleweng dari landasan dan ajaran Allah.

Keempat, orang yang disayangi Allah, hatinya penuh dengan keyakinan, ma'rifat terhadap kekuasaan Allah, hatinya sihat sejahtera, tidak dihinggapi oleh sebarang penyakit hati. Dalam hatinya tidak bertapak hasad dengki, rasa riak, sombong, takbur, dendam, marah, rasa permusuhan dan perseteruan terhadap sesama Islam. Hatinya bebas dari penyakit ragu-ragu dan was-was, malah sentiasa berlapang dada. Sanggup menegur orang lain dan bersedia menerima dan mengakui kebaikan yang dibuat oleh orang lain.

Kelima, orang yang disayangi Allah, lidahnya tidak menawarkan janji kosong, kata-kata manis tapi penuh kepalsuan. Sebaliknya ia sentiasa bercakap benar dan berani memperkatakan kebenaran walaupun kebenaran itu tidak disenangi oleh sebilangan orang. Lidahnya yang tajam itu tidak digunakan untuk menikam, untuk menjatuhkan maruah saudaranya sesama Islam dengan kata-kata fitnah, keji atau maki hamun.

Keenam, orang yang disayangi Allah sentiasa memiliki akhlak, keperibadian watak, tingkahlaku, adab sopan, budi pekerti yang luhur, lurus mengikut garis panduan yang diatur oleh Allah s.w.t melalui aqidah yang benar, ibadat yang tepat, pemikiran yang luas dan emosi tenang.

Ketujuh, orang yang disayangi Allah tetap menggunakan telinga bagi mendengar pengajaran-pengajaran, nasihat-nasihat yang benar , tidak mudah menerima berita-berita palsu dan khabar-khabar angin atau berita-berita fitnah yang disebarkan oleh tukang-tukang fitnah. Disamping itu, orang yang disayangi Allah juga mempunyai mata yang tajam, yang dapat membaca, dapat melihat rahsia-rahsia ketuhanan di sebalik kejadian-kejadian ciptaan Allah s.w.t. Matanya dapat melihat kebenaran dengan hujjah-hujjah yang terang. Matanya dapat meneropong dengan penuh teliti terhadap kebaikan dan keindahan ajaran Islam.

Allah berfirman dalam surah Al-Jathiah, ayat 7 dan 8, ertinya: Kecelakaan besar bagi setiap pendusta yang berdosa, yang mendengar ayat-ayat Allah (keterangan Allah) yang sentiasa dibaca kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya) seolah-olah ia tidak mendengar. Oleh itu, gembirakanlah dia dengan azab yang amat pedih.


sama2lah kita hayati 7 tanda org2 yg disayangi oleh Allah ni.....my suggestion....print 7 tanda ni n tampalkan di mane2 or selitkan dlm clear file ke.....as utk kite bile senang2......kite rujuk blk.....adekah kite melakukan perkara yg boley membuatkan Allah sayang pd kite....atau Allah marah pd kite? wallahua'lam....

*terasa sangat jauh nak disayangi Allah. amalanku tidak seberapa, terasa malu denganMu, sayangilah daku Ya Allah...jazakallahu khair.

Rehlah @ Bukit Cerakah


kami seramai 8 orang (Intan, Naz, Azwa, Salwa, Kak Liza, Gee, Ummu, sHi) bertolak ke Bukit Cerakah dari UM lebih kurang dalam pukul 10 stgh pagi. singgah sekejap di Fakulti Pendidikan mengambil Wawa. sambil berada di atas jalan, kami mulakan tazkirah ringkas. setiap seorang memberi apa-apa tazkirah untuk dikongsi bersama. ku menceritakan tentang kisah sahabat Nabi iaitu Salman Al-Farisi. begitu berkesan di hati sHi. bagaimana dari beragama Majusi bertukar ke agama Kristian dan akhirnya mendapat sinar islam. sampai di sana, kami breakfast bersama dengan makanan yang dibawa, nasi lemak + daging burger + dadih + roti. kami menaiki shuttle bus ke Taman Cendawan. di sana, kami menaiki loteng kayu yang tinggi dan membuat halaqah. subhanallah, cantiknya pemandangan alam dari atas. dengan awan dan langit yang cerah, tasik di depan kami dan alam sekeliling yang menghijau. kami mula membuka tafsir yang dibawa untuk melihat ayat-ayat Allah:

Firman Allah:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.
(Ali-Imran 3:130-131)



benar, ini tujuan kami berehlah di sini. bukan lagi ke sini untuk saje suka2, lepaskan tension, gathering dan reunion dan sebagainya. Allah mengizinkan kami di sini adalah untuk melihat kebesaran Allah untuk mengingatiNya walaupun dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring. dan Allah tidak menjadikan alam ini sia-sia. semuanya adalah untuk manusia. jika manusia tiada, maka tiadalah alam ini. kita sebenarnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam. alam ini diciptakan untuk kita, manusia. bila di Hari Kiamat kelak, bila manusia tiada maka alam pun turut tiada. Allah sudah pun bertanya pada gunung dan tanah, sanggupkah mereka menjadi khalifah di bumi. semuanya tidak sanggup. sebab itu tanggungjawab berat ini dipikul oleh manusia.


kami berjalan pula ke rumah 4 musim. winter season. ha ummu, next year nak fly ke UK, kira ummu dah pas dah boleh g sana. hehehe.. kami berjalan pula ke surau untuk menunaikan kewajipan solat. sampai di sana, hujan lebat. maka kami duduk di sana agak lama hingga pukul 3. ada hikmahnya, kami sempat bertadabbur surah Ar-Rahman, surah favourite Kak Liza. antara ayat-ayat yang berkesan di hati kami ialah:

Firman Allah:
Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu.
(Ar-Rahman 55:9)


manusia dan alam ini perlu seimbang, alam sekeliling kita tidak pernah lupa untuk bertasbih memuji Allah. manusia juga sepatutnya begitu. tapi apa yang terjadi sekarang, manusia tidak memuji Allah seperti mana alam memujiNya. maka kehidupan masa kini tidak lagi seimbang. sedih..sangat sedih.

Firman Allah:
Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.
(Ar-Rahman 55:29)


siapalah kita, manusia yang sangat kerdil. namun jangan putus2 untuk berdoa kepadaNya kerana Allah sentiasa sibuk untuk mematikan, menghidupan, memelihara, memberi rezeki dan lain-lain kepada seluruh makhluk ciptaanNya. Allah sentiasa sibuk, Allah akan memakbulkan doa yang kita pohon. Jika kita ingat padaNya maka Dia pun akan ingat pada kita. reflect semula diri kita, jika kita kata kita sibuk, 24 jam yang diberi tidak cukup, tak sempat untuk melakukan ibadah lebih, tak sempat ke majlis ilmu, lihatlah Pencipta, tidak pernah lengang waktuNya.

Firman Allah:
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.
(Ar-Rahman 55:32)

berulang kali ayat ini diulangi oleh Allah. betapa Allah meminta kita melihat segala nikmat yang diberi olehNya supaya kita bersyukur dan menghargai. betapa banyaknya nikmat dunia yang diberikan, apatah lagi di syurga kelak. perlu juga kita menilai samada yang kita dapat ini ialah nikmat atau istidraj. samada nikmat yang diberi itu membuatkan kita semakin dekat pada Allah atau semakin jauh dengan Allah. sentiasalah bersyukur setiap detik atas segala nikmat yang diberi.



sampai di 4th, kami solat asar dan makan bersama. ku mengikut mereka bermalam di Fateh dengan membawa segala barang yang sangat banyak untuk terus pulang ke rumah keesokan harinya. afwan ye semua, terpaksa tolong sHi angkat barang yang banyak tu. singgah pula sekejap di IPBA untuk mengambil barang Ummu dan solat Maghrib di sana. penuh la kereta unser tu. tambah pulak dengan hamster 10 ekor ( 6 ekor Ummu punye, 4 ekor sHi punye) dalam kereta. huhuuu...

*jazakillah intan, sampai stay up wat video tu. best sgt. hehe.. jazakillah gak buat kak liza sbb mengedit gamba dan letak ayat di bwh ini yg mmg berkesan sgt di hati.

Biar kabus menjadi kalbu hati...
Datang bukan untuk bersaja...
Haus mencari Mardhotillah...
Menjalin ukhwah fisabilillah...
Dalam mendambakan cinta Allah


Wednesday, November 19, 2008

Daurah Syahadatul Haq (SH) @ Fateh


syukur alhamdulillah pada Allah, ku dapat lagi peluang ke daurah SH buat kali kedua. jika dulu, ku dengar SH daripada Kak K, hari ini ku dengar pula dari Kak Ai. memandangkan last paper ku semalam, maka hari ini baru ku sempat mendengar SH. tengah malam semalam ku sampai ke Fateh kerana menemani I mengambil U dan Kak S di Pudu. mereka ke Islamic University of Yala, Thailand untuk menghadiri ISK di sana. sambil supper di Rimbun Klasik (bukan Rimbun Selasih ye I =P), Kak S dan U rancak bercerita tentang keadaan di Yala. salah satunya, generasi sekarang tidak pandai bahasa Melayu kerana fasih cakap bahasa Siam manakala atuk nenek mereka sangat fasih berbahasa Melayu dan tidak tahu cakap Bahasa Siam. kerana zaman dulu, segala kitab2 agama dalam bahasa Melayu. lihatlah, betapa berjayanya British mengasingkan (sekular) sistem pendidikan mereka dengan islam itu sendiri.

sampai di Fateh, ku lihat Kak Liza dan Wawa sedang lena sangat tidur. letih sangat agaknya memberi hati2 ini makan dan basah dengan ilmu. seronok melihat mereka sangat excited dan focus mendengar SH. sangat bersemangat dengan memberi pandangan dan bertanyakan soalan pada Kak Ai. keesokannya sesudah breakfast, kami menyambung SH. sudah pasti bila lain presenter, lain cara penyampaian dan pengisiannya kan? banyak ilmu baru yang ku dapat pada hari ini. antaranya berkenaan Hadis Ghulam. betapa si ghulam sangat2 berkesan menjalankan SH sehingga kesemua orang beriman pada Allah. akan ku ceritakan lebih lanjut tentang Hadis Ghulam ini insyaAllah.

Firman Allah:
Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui.
(Al-Baqarah 2:151)


ini lah 3 peranan Nabi..membaca,menyucikan dan mengajarkan kepada umatnya. maka kita juga perlu mengikut jejak langkah Nabi ini. jalankan peranan kita pula. untuk mencapai mardhatillah (keredhaan Allah), kita perlu berpegang pada 2 matlamat hidup kita iaitu Ibadah (surah Dzariyat ayat 56) dan Khalifah (surah Baqarah ayat 30). kita akan menjalankan ibadah dan menjadi khalifah dengan memahami ad deen iaitu islam, iman dan ihsan.


setelah selesai Kak Ai memberikan summary tentang SH, Ustaz pun sampai untuk membuat wrap up tentang SH. kata Ustaz, ada 2 perkara yang kita akan dapat iaitu part 1 ialah ilmu dan part 2 ialah tasawwur/fikrah. ilmu datangnya dari otak manakala tasawwur/fikrah datangnya dari hati. kebanyakan orang akan dapat part 1 yang sangat banyak, namun part 2 masih tak cukup. part 1 dan part 2 haruslah balance. kerana seandainya part lain2 (cthnya media dan godaan dari luar) datang, takut jika part 2 semakin berkurangan. tiada makanan untuk hati. maka hati akan jadi lapar, kering dan rosak. lebih2 lagi ketika kita sedang dalam mood cuti dan kembali pada pangkuan keluarga di rumah. Ustaz juga mengatakan jika siapa yang tak pergi SH ini, pasti tidak akan tahu bahawa ayat 140 dalam Al-Baqarah ini memberi kesan yang sangat banyak dalam kehidupan kita. pasti semua orang yang sudah khatam Quran akan membaca ayat ini namun tidak mengetahui apa-apa tentang impak ayat ini pada diri. dalam masa 2 hari 1 malam, SH mengupas dengan hanya sepotong ayat. bila sudah tahu, kita merasa betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai seorang islam. tapi bila tak tahu, kita tak terasa kerana hanya otak yang membaca ayat dan terjemahannya, manakala hati berada di tempat lain. sepatutnya dengan bertambah ilmu dalam diri kita, maka bertambahlah iman. dan bukan sebaliknya. bagi yang sudah menyertai program SH, ingatlah kita harus menjadi penyaksian kepada al-haq!


jadi pelan tindakan yang Ustaz cadangkan untuk musim cuti ini ialah lakukan usrah atau ke program setiap minggu atau 2 minggu sekali. cara nak tambah iman ialah dengan menghadiri usrah dan daurah kerana dengan ini lah dapat menyedarkan kita tentang tanggungjawab kita. supaya ada bekalan untuk diri kita tidak putus dan ada bekalan untuk membasahkan hati2 orang lain selepas cuti selesai nanti. Ustaz juga menyuruh kami setkan target, selepas keluar dari KISAS atau UM, haruslah ada seberapa ramai pelapis di sana. jazakallah khairan kathira pada Ustaz. insyaAllah, 2 minggu sekali ku akan ke Fateh. juga ku akan setkan target selepas saja ku keluar dari UM tahun depan, akan bertambah bilangan akhawat di kolej 4 UM ini. setakat ni alhamdulillah Kak Liza, Wawa dan Yan dah ada dah kat sana. banyak lagi kerja dakwah yang kita harus lakukan. daei mane pernah rehat. =)

* segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan ketakutan ku untuk membawa kereta. jazakumullah buat sokongan akhawat sekalian, Wawa dan Kak Liza yang memberi full support ketika dalam perjalanan ke UM. kereta Kancil manual yang kami panggil DAK atau A'diyat (Kuda Perang yang berlari kencang)ini ku bawa dari Bangi ke UM hinggakan ibuku tidak percaya bila ku ceritakan kepadanya petang tadi. kerana selama 2 tahun, ku sentiasa memberi alasan takut untuk membawa kereta. sememangnya demi dakwah membuatkan Allah memberikan keberanian yang ku rasakan sangat luar biasa bagi diriku. jazakumullah pada Yana dan Intan yang sangatlah penyabar menjadi instructor setia di sebelahku tadi. sangat2 gembira. alhamdulillahirabbia'lameen. ana uhibbukum fillah. =D

Ya Allah, letakkanlah dunia itu di tangan kami dan bukan di hati kami. andai dunia ini membuat kami terikat padanya, maka dengan senang kami akan lepaskannya...Ameen.

Friday, November 14, 2008

Dari wanita solehah untuk wanita solehah


Wahai insan bergelar wanita,
Jagalah peribadimu hanya untuk suamimu,
Jagalah auratmu hanya untuk suamimu,
Jagalah maruahmu hanya untuk suamimu,

Wahai insan bergelar wanita,
Wanita mudah ke syurga, mudah juga ke neraka,
Hanya bersama suami yang sah,
Yang haram menjadi halal,
Yang dosa menjadi pahala,
Yang dikeji menjadi yang dipuji,

Wahai insan bergelar wanita,
Beruntung sungguh menjadi wanita,
Bertambah untung menjadi wanita beriman,
Sedarilah wahai wanita,
Cintai manusia ditinggal pergi,
Cintai Allah kekal abadi...

Nukilan ikhlas,
-syahirahhanimidris-

:: Ana uhibbukum fillah ::

Thursday, November 13, 2008

Berkatalah benar walaupun pahit


benar adelah sifat yg paling mulia coz ia adelah sifat Rasulullah s.a.w dan org2 yg beriman...hingga dikatekan x beriman seseorng itu jika ia tidak bersifat benar..lawan pade sifat benar ialah sifat dusta...dusta adelah sifat yg paling keje n jahat...

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik jihad ialah berkata benar walaupun di hadapan raja yang zalim".

Rasulullah sendiri terkenal dgn al-Amin (yang jujur)....begitu juga dgn sahabat2 baginda khususnya Abu Bakar as-Siddiq yg terkenal dgn panggilan as-Siddiq (yang benar)..Rasulullah s.a.w sentiasa menanam dan mengajar sahabat2 baginda supaya bersifat benar...

kalo kite tgk zaman skang ni ramai sgt org yg x berckp benar....anak tipu mak ayah.....murid tipu cikgu...pekerja tipu bos...n mcm2 lagi.....

ramai org2 khususnya org2 muslim sendiri yg bersikap dusta...anak tipu ibu bapa....murid tipu cikgu...pekerja tipu bos.....n mcm2 lagi...ramai antara kita tak sedar kalo kite x bercakap benar ni akan memakan diri kite sendiri....n boley jugak sebabkan kite yg menipu....org lain yg jadi mangsa........as an example.....seorng murid yg tipu mak ayah result exam die....ok for the short time.....die akan rase lega....tp really lega ke? diri sentiasa dibelenggu rase bimbang......takut kalo2 mak ayah jumpe slip result exam.....takut kalo kawan2 terrrbagitau mak ayahnya.....takut kalo cikgu ke lecturer ke panggil mak ayah pasal nk diskas pasal result anaknye yg teruk......dah mak ayah pulak yg tanggung malu.....so do we think by not telling the truth can make us feel better? tu dlm konteks student.....kalo dlm konteks yg da bekerja? tipu bos ttg kerja.....same jugak.....boley tenang ke di masa2 akan dtg? wut if terkantoi kebenarannye....silap2 boley kene buang kerja for juz twisting the truth.....

ramai org skang ni amik mudah ttg bercakap benar nii.....ramai yg fikirkan utk mase sekejap tu je......"hendaklah berkata benar walaupun pahit"......byk hikmahnye......percaya atau tidak....if kite wat salah....kite ngaku kite salah....boley menyejukkan hati org yg padenya kite wat salah tu.....mebi die akan marah.....tp percayalah.....kebaikan tetap ade.....mebi die tetap akan ade kepercayaan pade kite....dia takkan menyimpan dendam pade kite.....marahnya hanya sekejap......kebaikannya dan hikmahnya adelah berpanjangan.....sifat benar adelah sifat yg sgt dimuliakan Allah......human can't run from mistake......jika kite sentiasa jujur pade diri kite sendiri....jujur pade semua org.....hikmahnye ttp ade.....percayalah......jgn kite takut utk mengatakan yg benar.....it'll make us feel bad for a short time! but feel really gud for a long time.......

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 70 dan 71: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara). Supaya Ia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu".

Hadith Rasulullah s.a.w yg bermaksud.."Apabila Allah menghendaki seorang hambaNya mendapat kebaikan, Ia buka kunci hatinya dan menjadikan dalam hati itu rasa keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, dan Ia menjadikan hatinya sentiasa sedar tentang liku-liku hidup yang dijalaninya dan Ia jadikan hatinya sihat sejahtera, lidahnya bercakap benar, tingkah laku, gerak geri dan perangainya lurus. Juga Ia menjadikan telinganya mendengar kebenaran dan matanya melihat hakikat kenyataan"


see.....diantara org2 yg disayangi Allah adelah org yg sentiasa bercakap benar....wallahua'lam.....

*jazakallahu khair =)

Tuesday, November 11, 2008

jualan pin kayu comel di 4th UM

jualan hebat, mari kita membeli sambil beramal, insyaAllah.

keychain dan hp strips : RM 5.50

pin akhawat/ikhwah medium size : RM 4.00

pin akhawat/ikhwah small size : RM 3.50


jazakumullah khayran kathira buat Kak Mar dan kakak kesayanganku, Kak Salwa di Bintulu kerana sudi bawak stok ni balik KL. salah satu cara dakwah kan? =)

p/s: Kak Nani Koop dh beli 1, Mariam beli 5, Yani beli 4. meh dtg sebelum habis. first come first serve ok? =D


Sunday, November 9, 2008

usrah 8 @ 4th - sambungan Berinteraksi dengan Al-Quran


syukur alhamdulillah..dalam keadaan musim exam, terlaksana juga usrah hari ini. bertambah lagi seorang akhawat baru iaitu Azian. jazakillah ye Yan teman akak g kedai bawah tadi. =) kali ini Wawa dipilih sebagai MC. Wawa ada berkongsi sedikit ilmu yang dibacanya mengenai ghibah. Ghibah ialah mengumpat. seperti semua tahu, orang yang mengumpat adalah umpama orang yang memakan daging saudaranya sendiri. begitu buruk perbandingannya. namun lihatlah dalam keadaan zaman sekarang, kita seolah-olah tidak boleh lari daripada mengumpat. moga kita tidak tergolong dalam golongan ghibah ini. nauzubillah min zaalik. Jazakillah buat Wawa atas peringatan.

Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujurat 49:12)


seperti biasa, surah pilihan kali ini untuk bertadabbur bersama ialah surah Al-Ahzab ayat 1-6. surah ini ialah surah Madaniyyah. bagaimana kita tahu ini ialah surah Madaniyyah? kerana di dalam surah ini turunnya mengenai hukum hakam. ayat yang ingin ditekankan di sini ialah di dalam ayat yang keempat.

Firman Allah:
Allah tidak menjadikan bagi seorang dua hati dalam rongganya...
(Al-Ahzab 33:4)


apa yang ingin disampaikan di sini ialah, kita hanya ada satu hati sahaja. bayangkan jika Allah berikan setiap kita mempunyai 2 hati? sudah tentu akan berkecamuk fikiran bila tak tahu cakap hati yang mana satu yang harus diikut kan. jika baik hati, maka baiklah kita dan jika jahatnya hati maka jahatlah kita. seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W:

Hadis Nabi:
Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


sebelum menyambung tentang Berinteraksi Al-Quran, kami recap apa yang dipelajari 2 minggu lepas memandangkan Wawa, Kak Hudha dan Yan tak berpeluang mendengarnya. kami menceritakan bagaimana para sahabat terdahulu sangat2 memahami isi kandungan Al-Quran. ku tidak melepaskan peluang menceritakan semula kisah yang sangat terkesan di hati ku iaitu kisah Saad Abi Waqqas. kagum sungguh dengannya.

sambungan Berinteraksi dengan Al-Quran pada kali ini ialah mengenai part kedua iaitu bahasa. kenapa Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab? kenapa tidak bahasa lain? ini adalah salah satunya kerana Nabi Muhammad adalah orang Arab. maka ia akan lebih senang bagi Nabi untuk menyampaikan firman-firman Allah ini dan akan memberi kesan di hati kepada orang Arab. analogi yang diberi, jika sahabat kita asal orang Kelantan dan kita orang KL. sudah tentu sahabat kita tak berapa selesa nak kecek Kelate dengan kita kan. sudah pasti sahabat kita akan seronok untuk bersembang bila balik kampung atau bertemu dengan orang yang sama loghat dengannya. maka inilah salah satu sebab mengapa Al-Quran itu berbahasa Arab.

setiap bahasa itu ada keistimewaannya. Bahasa Arab pula merupakan satu bahasa yang hebat kerana mempunyai nahu, saraf dan balaghah. Balaghah ini ialah metafora, iaitu ayat yang berbunga dan bersimbolik. ayat-ayat Allah ini tidak mempunyai intonasi untuk kita mendengar seperti mana kita mendengar intonasi mak kita memarahi adik dan lain-lain. oleh sebab itu, balaghah menggantikan intonasi tersebut. sebagai contoh, ketika Nabi mengajak semua berkumpul di Bukit Safa, Abu Lahab telah mengganggu Nabi ketika Nabi sedang berdakwah. Maka, Allah telah turunkan surah Al-Lahab/Al-Masad ini untuk menunjukkan bahawa Allah sedang murka kepadanya.

Firman Allah:
Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia.
(Al-Lahab:111:1)


part ketiga pula ialah berinteraksi Al-Quran dengan hati. sesungut manusia mempunyai 2 iaitu sesungut otak dan sesungut hati. semut menggunakan sesungut untuk mengesan sesuatu. begitu juga dengan manusia. analoginya antara buku sains dengan novel cinta, manakah yang membuat kita terkesan di hati? sudah pasti buku novel kan. sekali khatam pun dah boleh membayangkan watak yang berada dalam novel itu ialah kita hingga boleh hafal kisahnya hingga ending. begitu juga dengan memahami Al-Quran. kita perlu menggunakan sesungut hati kita untuk membaca ayat-ayat Allah ini. ia akan lebih terkesan berbanding jika kita gunakan sesungut otak. contohnya orang yang menulis khat Al-Quran mungkin akan menghayati Al-Quran itu kerana kecantikan tulisannya sahaja. tidak lebih dari itu. begitu juga dengan orientalis Barat yang mengkaji Al-Quran dengan mencari dalil-dalil saintifik. mereka dapat maklumat itu sahaja, tidak lebih dari itu. oleh itu, jadilah seperti sahabat-sahabat Nabi yang menggunakan sesungut hati untuk memahami ayat-ayat Allah. Moga kita lebih faquhu selepas ini insyaAllah. Allahu'alam.

azan Maghrib berkumandang, kami tutup majlis dan solat berjemaah bersama di bilikku. selepas makan, kami turun ke surau 4th untuk mendengar pengisian ilmiah. Intan, plan baik2 ye, kita gi rehlah kat Bukit Cerakah, tapi kenalah make sure semua tunggu sHi abis exam tau. hehehe =) Jazakumullah khayran kathira.

Tuesday, November 4, 2008

Doa ketika mengambil wudhuk


selepas mendengar kuliyyah subuh oleh Junaidi, Presiden 4th 2 hari lepas, hari ni Allah memberi ilham untuk ku menulis serba sedikit tentang doa ketika mengambil wudhuk. dulu, ku tidak pernah terfikir untuk membaca apa-apa doa ketika mengambil wudhuk. kerana ku rasakan susahnya nak menghafal doa dalam Bahasa Arab sedangkan boleh saja ku bacakan dalam Bahasa Melayu. apabila wudhuk kita khusyuk, maka barulah solat akan lebih khusyuk.

Doa ketika berkumur:
Ya Allah, izinkanlah aku minum dari telaga Nabi Muhammad supaya ku tidak haus untuk selamanya.

Doa ketika memasukkan air ke hidung:
Ya Allah, janganlah Engkau halangku dari bau wangi syurgaMu.

Doa ketika membasuh muka:
Ya Allah, terangilah wajahku ketika bangkit di Hari Kiamat kelak.

Doa ketika membasuh tangan:
Ya Allah, berikanlah kitab amalku melalui tangan kanan ku ini dan janganlah Engkau berikan kitab amalku melalui tangan kiriku.

Doa ketika menyapu kepala:
Ya Allah, jauhilah rambutku ini dari disambar api nerakaMu.

Doa ketika menyapu dua telinga:
Ya Allah, jauhilah kedua telingaku dari mendengar perkataan yang tidak baik.

Doa ketika membasuh kaki:
Ya Allah, tetapkanlah kaki kanan ku untuk meniti Titian Sirat menuju ke syurga dan tetapkanlah juga kaki kiriku untuk meniti Titian Sirat menuju ke syurga.

kemudian bacalah doa selepas berwudhuk.



Maksudnya:
Aku bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya. Ya Allah, jadikanlah aku sebahagian dari orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku sebahagian dari orang yang suci bersih dan jadikanlah aku sebahagian dari orang-orang yang soleh.
sweet sangat doa ini...

bagi yang sudah tahu, teruskan amalan ini, bagi yang baru tahu, ayuh kita mulakan sekarang juga! bukankah doa itu senjata bagi orang mukmin? =) Syukran jazilan kepada Ustaz Junaidi kerana menyedarkan ku tentang hal ini. Moga Allah balas kamu dengan kebaikan. Wallahua'lam.

* di sini, inginku ucapkan tahniah pada kawan baikku, Marjan dan pasangannya Yusuf. barakallah~ jaga baik2 baby dlm kandungan tu. dgr cakap doktor, jgn wat keje berat2. semoga selamat semuanya insyaAllah. hepi for u. cakap kat baby, auntie sHi kem salam. =)

Monday, November 3, 2008

usrah 7 @ 4th - Dakwah


ketika menantikan kedatangan Intan, Kak Liza dan Wawa sempat membaca sekali imbas tentang ISK di dalam post blog ku. sempat juga ku ceritakan kepada Kak Liza tentang Salman Al-Farisi, sahabat Nabi. bagaimana Salman mendapat keislaman sangat2 mengharukan. buat pengetahuan semua, Salman lah yang telah memberi idea yang bernas kepada Nabi untuk menggali parit ketika Perang Khandak/Perang Ahzab dulu. akan ku ceritakan secara detail di dalam post lain lepas2 ni insyaAllah. "sHi baca macam mak baca kat anak sebelum tido", kata Kak Liza. opps, afwan la Kak Liza kalau sHi cerita kisah sahabat Nabi ni macam cerita kat budak2. mentang2 la Kak Liza tengah sedap landing atas katil tadi, mcm baca bed time stories lak kat anak eh? tambah2 lagi Kak Liza amik PAKK (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) kan? =D

kali ini kami lakukan usrah di petang hari selepas asar di bilikku di 4th. tak sempat nak bermain badminton ptg ni. takpe, pengisian rohani pulak yang ganti. Yuti, Kak Huda dan Naimah tak dapat nak join kali ini. Kak Liza diberi penghargaan untuk menjadi MC memandangkan Kak Liza perlu practise menjadi MC tuk konvokesyen budak tadika next week di Melaka. hehehe... alhamdulillah, kami mengalu-alukan kedatangan seorang lagi akhawat baru iaitu Wawa di dalam usrah kami. sebelum memulakan usrah, sesi taaruf dengan Wawa bermula. baru malam semalam Wawa beli satu lagi terjemahan Quran kat kak sHi kan? syukur alhamdulillah. sama2 kongsi ilmu hari ini.

usrah dimulakan dengan bertadabbur surah Nuh. surah yang ke 71 dan mengandungi 28 ayat. memandangkan hari ini Intan selaku naqibah ingin memperkenalkan sedikit kepada Kak Liza dan Wawa tentang ISK, maka surah Nuh ini dipilih untuk bertadabbur bersama. Nabi Nuh berdakwah selama 1000 kurang 50 tahun = 950 tahun. betapa panjang umur manusia zaman dahulu berbanding kita. dan betapa tabahnya seorang Nabi berdakwah dengan tempoh yang sangat lama. walaupun pengikutnya sangat sedikit, namun Nabi Nuh tidak pernah putus asa. kita pula bagaimana? dakwah lah setabah Nabi Nuh ini, peringatan buat diriku supaya tidak sekali-kali lemah dan putus asa dalam berdakwah.

Intan juga ada menceritakan tentang Hari Sabat. di mana Bani Israil telah meminta kepada Allah satu hari untuk mereka beribadat. Maka Allah telah memberi mereka hari Sabtu. mereka ini kebanyakannya seorang nelayan. ditakdirkan Allah, pada setiap hari Sabtu, ikan-ikan akan muncul terapung dengan banyaknya pada hari Sabtu. Allah sudah perintahkan hari Sabtu ini ialah hari beribadat sahaja, maka mereka rancang memasang pukat dan jala pada hari Jumaat dan mengambil ikan-ikan yang dapat ditangkap pada hari Ahad. betapa mereka telah menipu dan mengelat dalam beribadah.

Firman Allah:
Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabat, (iaitu) ketika datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, padahal pada hari-hari yang bukan Sabat ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka disebabkan mereka berlaku fasik.
(Al-A'raf 7:163)


dalam peristiwa ini, Bani Israil boleh dibahagikan kepada 3 golongan:

1) Golongan yang ingkar = golongan yang menangkap ikan dengan cara menipu
2) Golongan yang menasihati = golongan yang beribadat kepada Allah dan memberi peringatan kepada golongan yang ingkar
3) Golongan yang tidak ingkar dan tidak menasihati - golongan ini yang mengambil jalan selamat di mana tidak melakukan apa-apa tindakan

dapat dilihat di sini golongan yang kedua telah menjalankan tanggungjawab dakwahnya. maka haruslah kita menjadi golongan yang kedua iaitu golongan yang menasihati.

kemudian banyak diceritakan tentang ISK. permulaannya adalah berkaitan hadis Nabi yang menyatakan manusia ini ibarat logam. baiknya dia ketika di zaman jahil, juga baiknya ketika dia di zaman islam, sekiranya dia faham. logam ini ibarat keistimewaan kita dalam menjalankan dakwah. bagaimana Umar Al-Faruq boleh menjadi logam kepada islam selepas mendapat hidayah. begitu juga dengan kita. keistimewaan ku pasti lain dengan anda semua. bagiku blog ini lah merupakan satu alat dan media untuk ku jalankan dakwah. priority ku adalah blog ini. apakah kelebihan anda? gunakan segala kelebihan yang kita ada untuk jalankan dakwah. tak kira lah dari segi perbuatan atau lisan. juga dinyatakan perbezaan faqihu dan faquhu. di mana fakihu ini ialah orang yang tahu tapi tak faham dan tak amalkan islam, manakala faquhu ialah orang yang tahu, faham dan amalkan islam itu sepenuhnya. contoh yang sangat baik ialah wanita islam pertama yang mati syahid iaitu Sumayyah. Wawa pun ada ceritakan pengalamannya di sekolah agama dulu yang berkaitan dengan faqihu dan faquhu. untuk lebih detail boleh la scroll di post bulan Julai yang bertajuk I.S.K @ Kajang. (afwan, tak reti lagi camne nak link)

sesudah selesai, kami makan bersama. Azian pun datang. takpe, Yan sempat join makan je, pasni Yan plak join usrah keh. ikut Wawa. jazakillah Intan, bawak goreng pisang la, air sedap la. afwan buat akhawat sekalian, hidangan yang sangat simple. ha, Kak Liza, ingat tau anta tu tuk lelaki, anti tuk perempuan. pasni leh betulkan. hihi =)

dalam hujan yang renyai2, selepas solat Maghrib berjemaah di surau, ku dan Kak Liza temankan Intan ke depan main library tuk amik cab balik ke rumah. afwan sangat2, ku rasakan betapa bersalahnya diriku kerana tak memberikan layanan yang secukupnya kepadanya. terpaksalah bersusah payah berjalan kaki. takde kereta nak bawak dan kalau ada pun, takut bawak kereta. hilangkanlah rasa ketakutan ini agar aku dapat menjadi logam yang berguna untuk agamaMu ya Allah. jazakillahu khairan kathira wahai sahabat, hanya Allah dapat membalasnya. sayang semua fillah~

Saturday, November 1, 2008

Hadis 15 dalam Hadis 40 - Etika Orang Beriman


Hadis Nabi:
Dari Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah S.A.W bersabda:
Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)


secara ringkasnye...ade 2 key point dlm hadith ni...

1. berkata perkataan yg baik2 atau berdiam
2. memuliakan jiran n tetamu

yg pertama Rasulullah mengajar supaya seorg yg beriman selalu mengawasi perkataannye....dan berdiam shj if diam itu mendatangkan lebih byk faedah...diam juge kene ade pade tempatnye....diam dlm menegakkan hak or menegur sesuatu yg salah adelah diam yg dicela....Imam Syafie menyatakan...makna hadith ini mengunjurkan...berfikir dahulu sebelom berkate....kadang2 kalo kite terlepas ckp....akn menyakiti hati org lain or akn menimbulkan fitnah....diam itu adelah lebih baik....asasnya....bercakap x dilarang secara umum dan diam x disuruh secara mutlak...ape yg penting pade kedua2nya adelah perkara yg hendak diperkatekan n perkara yg hendak didiamkan itu berfaedah atau tidak.....so kite kene berfikir dulu sebelom berkata.....ade jugakkan pepatah ckp.....kerana mulut badan binasa.....

yg keduanya pula Rasulullah terangkan ttg memuliakan jiran n tetamu...ade 3 kategori jiran..

1. org yg tggl serumah dgn kita
2. org yg berdekatan dgn rumah kita
3. org yg tggl dlm linkungan jarak 40 buah rumah dari rumah kita dari segala jurusan

jiran juga ade 3 hak..

1. jiran yg mempunyai satu hak - adelah jiran org musyrik yg x ade sbrg hubungan kecuali hak jiran.

2. jiran yg mempunyai dua hak - adelah jiran org Islam iaitu hak Islam n hak jiran

3. jiran yg mempunyai tiga hak - jiran yg punya tiga hak adelah jiran org Islam yg ade hubungan kekeluargaan ngn kite iaitu hak Islam hak jiran n hak kekeluargaan...


dlm konteks kejiranan ni...kite tak perlu mengira sape jiran kite.....die still ade hak as jiran kite n kite wajib memuliakannya....even Rasulullah sendiri pernah bertanya pade Amru bin Al 'As yg kebetulan menyembelih kambingnya...'adekah kamu hidangkan kepada jiran kita org yahudi itu?' keutamaan dlm kejiranan juga pernah dikatakan oleh Rasulullah dlm kisah dimana seseorng perempuan yg bersembahyang pade waktu mlmnya n berpuasa pade siang harinya tapi sayang sekali lidahnya selalu menyakiti jirannya...maka Rasulullah berkata 'Dia dalam neraka'....

kalo kite tgk kehidupan kite skang ni ade yg bersikap racist.....kalo jiran kite India ke Cina ke.....kite kurng bg layanan pade mereka.....sebaliknya mengumpat lagi mereka dibelakang.....bau umah mereka x sedap la n so on......kite as jiran ade cara nk menegur.....ini kembali pade yg pertama td....berfikir dahulu sebelom berkata....kite boleh menegur n kite berhak menegur kawan2 kite (juga dikategorikan as jiran) tetapi dgn cara yg betul supaya tidak menyakiti hati mereka yg ditegur....simple example.....mcm mane nk menegur rakan kite yg pakai seksi2 ni? kalo kite tegur direct je komfem die lagi tarik muka kan? or kite tegur mereka di khalayak ramai smpai boley menjatuhkan air muka mereka....komfem mereka lagi menarik muka.......nak menegur....mulakan dgn senyuman.....senyuman tu boley melembutkan hati manusia...kadang2 kite boleh guna kiasan dlm menegur.....as example...tgk kulit lengan mereka agak kasar....kite boley berkias.....kalo ditutup lengan tu dari kene cahaya UV.....boley elakkan dari kulit kelihatan kasar....sama seperti kulit muka jugak...nape ade produk yg boley elakkan dr sinar UV n so on.....basically kulit same saje kat mane2 cuma bezanya tahap sensitif kulit tu....tambah pulak lengan kite lebih terdedah pade kotoran2 direct touch cam kite letak tgn kat meja n so on.....haa maka kite kene la pandai menggunakan ilmu yg kite ade.....kite kene jage hati jiran2 n kawan2 kite.....key point to maintain the good relationship is good communication skill.....in other words.....berkatalah perkara yg boley mendatangkan byk faedah berbanding keburukan.....

so kesimpulannye disini.....sebelom kite berkata sesuatu.....fikir dahulu baik buruknye......kite jgn simply bak kate org....komen sahaje pandai......same juge analoginye....kalo kite wat presentation tp kite merapu....x dpt markah nk comparekan ngn mereka yg present ringkas tp ade isi.....dpt markah yg baik.....n kite tak seharusnya mendouble standardkan org2 sekeliling kita....jika kite susah....yg disekeliling lah org pertama yg akan respond pade kite....berbaik2lah dgn org sekeliling kite.....wallahua'lam....

* jazakallah khairan kathira diucapkan kepada penulis pengisian ini kerana sudi memberi kebenaran untuk dimasukkan dalam blog sHi. moga bermanfaat pada semua insyaAllah. =)

buat orang yang suka bercakap seperti ku, ku letakkan peringatan ini sebagai wallpaper di hp. my action plan. what about yours?