Wednesday, November 19, 2008

Daurah Syahadatul Haq (SH) @ Fateh


syukur alhamdulillah pada Allah, ku dapat lagi peluang ke daurah SH buat kali kedua. jika dulu, ku dengar SH daripada Kak K, hari ini ku dengar pula dari Kak Ai. memandangkan last paper ku semalam, maka hari ini baru ku sempat mendengar SH. tengah malam semalam ku sampai ke Fateh kerana menemani I mengambil U dan Kak S di Pudu. mereka ke Islamic University of Yala, Thailand untuk menghadiri ISK di sana. sambil supper di Rimbun Klasik (bukan Rimbun Selasih ye I =P), Kak S dan U rancak bercerita tentang keadaan di Yala. salah satunya, generasi sekarang tidak pandai bahasa Melayu kerana fasih cakap bahasa Siam manakala atuk nenek mereka sangat fasih berbahasa Melayu dan tidak tahu cakap Bahasa Siam. kerana zaman dulu, segala kitab2 agama dalam bahasa Melayu. lihatlah, betapa berjayanya British mengasingkan (sekular) sistem pendidikan mereka dengan islam itu sendiri.

sampai di Fateh, ku lihat Kak Liza dan Wawa sedang lena sangat tidur. letih sangat agaknya memberi hati2 ini makan dan basah dengan ilmu. seronok melihat mereka sangat excited dan focus mendengar SH. sangat bersemangat dengan memberi pandangan dan bertanyakan soalan pada Kak Ai. keesokannya sesudah breakfast, kami menyambung SH. sudah pasti bila lain presenter, lain cara penyampaian dan pengisiannya kan? banyak ilmu baru yang ku dapat pada hari ini. antaranya berkenaan Hadis Ghulam. betapa si ghulam sangat2 berkesan menjalankan SH sehingga kesemua orang beriman pada Allah. akan ku ceritakan lebih lanjut tentang Hadis Ghulam ini insyaAllah.

Firman Allah:
Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui.
(Al-Baqarah 2:151)


ini lah 3 peranan Nabi..membaca,menyucikan dan mengajarkan kepada umatnya. maka kita juga perlu mengikut jejak langkah Nabi ini. jalankan peranan kita pula. untuk mencapai mardhatillah (keredhaan Allah), kita perlu berpegang pada 2 matlamat hidup kita iaitu Ibadah (surah Dzariyat ayat 56) dan Khalifah (surah Baqarah ayat 30). kita akan menjalankan ibadah dan menjadi khalifah dengan memahami ad deen iaitu islam, iman dan ihsan.


setelah selesai Kak Ai memberikan summary tentang SH, Ustaz pun sampai untuk membuat wrap up tentang SH. kata Ustaz, ada 2 perkara yang kita akan dapat iaitu part 1 ialah ilmu dan part 2 ialah tasawwur/fikrah. ilmu datangnya dari otak manakala tasawwur/fikrah datangnya dari hati. kebanyakan orang akan dapat part 1 yang sangat banyak, namun part 2 masih tak cukup. part 1 dan part 2 haruslah balance. kerana seandainya part lain2 (cthnya media dan godaan dari luar) datang, takut jika part 2 semakin berkurangan. tiada makanan untuk hati. maka hati akan jadi lapar, kering dan rosak. lebih2 lagi ketika kita sedang dalam mood cuti dan kembali pada pangkuan keluarga di rumah. Ustaz juga mengatakan jika siapa yang tak pergi SH ini, pasti tidak akan tahu bahawa ayat 140 dalam Al-Baqarah ini memberi kesan yang sangat banyak dalam kehidupan kita. pasti semua orang yang sudah khatam Quran akan membaca ayat ini namun tidak mengetahui apa-apa tentang impak ayat ini pada diri. dalam masa 2 hari 1 malam, SH mengupas dengan hanya sepotong ayat. bila sudah tahu, kita merasa betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai seorang islam. tapi bila tak tahu, kita tak terasa kerana hanya otak yang membaca ayat dan terjemahannya, manakala hati berada di tempat lain. sepatutnya dengan bertambah ilmu dalam diri kita, maka bertambahlah iman. dan bukan sebaliknya. bagi yang sudah menyertai program SH, ingatlah kita harus menjadi penyaksian kepada al-haq!


jadi pelan tindakan yang Ustaz cadangkan untuk musim cuti ini ialah lakukan usrah atau ke program setiap minggu atau 2 minggu sekali. cara nak tambah iman ialah dengan menghadiri usrah dan daurah kerana dengan ini lah dapat menyedarkan kita tentang tanggungjawab kita. supaya ada bekalan untuk diri kita tidak putus dan ada bekalan untuk membasahkan hati2 orang lain selepas cuti selesai nanti. Ustaz juga menyuruh kami setkan target, selepas keluar dari KISAS atau UM, haruslah ada seberapa ramai pelapis di sana. jazakallah khairan kathira pada Ustaz. insyaAllah, 2 minggu sekali ku akan ke Fateh. juga ku akan setkan target selepas saja ku keluar dari UM tahun depan, akan bertambah bilangan akhawat di kolej 4 UM ini. setakat ni alhamdulillah Kak Liza, Wawa dan Yan dah ada dah kat sana. banyak lagi kerja dakwah yang kita harus lakukan. daei mane pernah rehat. =)

* segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan ketakutan ku untuk membawa kereta. jazakumullah buat sokongan akhawat sekalian, Wawa dan Kak Liza yang memberi full support ketika dalam perjalanan ke UM. kereta Kancil manual yang kami panggil DAK atau A'diyat (Kuda Perang yang berlari kencang)ini ku bawa dari Bangi ke UM hinggakan ibuku tidak percaya bila ku ceritakan kepadanya petang tadi. kerana selama 2 tahun, ku sentiasa memberi alasan takut untuk membawa kereta. sememangnya demi dakwah membuatkan Allah memberikan keberanian yang ku rasakan sangat luar biasa bagi diriku. jazakumullah pada Yana dan Intan yang sangatlah penyabar menjadi instructor setia di sebelahku tadi. sangat2 gembira. alhamdulillahirabbia'lameen. ana uhibbukum fillah. =D

Ya Allah, letakkanlah dunia itu di tangan kami dan bukan di hati kami. andai dunia ini membuat kami terikat padanya, maka dengan senang kami akan lepaskannya...Ameen.

2 comments:

Anonymous said...

sama2 kita saling ingat mengingati

AD said...

Fateh = RI... dh lama dgr tp x smpai2 agi ke sana...