Sunday, November 9, 2008

usrah 8 @ 4th - sambungan Berinteraksi dengan Al-Quran


syukur alhamdulillah..dalam keadaan musim exam, terlaksana juga usrah hari ini. bertambah lagi seorang akhawat baru iaitu Azian. jazakillah ye Yan teman akak g kedai bawah tadi. =) kali ini Wawa dipilih sebagai MC. Wawa ada berkongsi sedikit ilmu yang dibacanya mengenai ghibah. Ghibah ialah mengumpat. seperti semua tahu, orang yang mengumpat adalah umpama orang yang memakan daging saudaranya sendiri. begitu buruk perbandingannya. namun lihatlah dalam keadaan zaman sekarang, kita seolah-olah tidak boleh lari daripada mengumpat. moga kita tidak tergolong dalam golongan ghibah ini. nauzubillah min zaalik. Jazakillah buat Wawa atas peringatan.

Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujurat 49:12)


seperti biasa, surah pilihan kali ini untuk bertadabbur bersama ialah surah Al-Ahzab ayat 1-6. surah ini ialah surah Madaniyyah. bagaimana kita tahu ini ialah surah Madaniyyah? kerana di dalam surah ini turunnya mengenai hukum hakam. ayat yang ingin ditekankan di sini ialah di dalam ayat yang keempat.

Firman Allah:
Allah tidak menjadikan bagi seorang dua hati dalam rongganya...
(Al-Ahzab 33:4)


apa yang ingin disampaikan di sini ialah, kita hanya ada satu hati sahaja. bayangkan jika Allah berikan setiap kita mempunyai 2 hati? sudah tentu akan berkecamuk fikiran bila tak tahu cakap hati yang mana satu yang harus diikut kan. jika baik hati, maka baiklah kita dan jika jahatnya hati maka jahatlah kita. seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W:

Hadis Nabi:
Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


sebelum menyambung tentang Berinteraksi Al-Quran, kami recap apa yang dipelajari 2 minggu lepas memandangkan Wawa, Kak Hudha dan Yan tak berpeluang mendengarnya. kami menceritakan bagaimana para sahabat terdahulu sangat2 memahami isi kandungan Al-Quran. ku tidak melepaskan peluang menceritakan semula kisah yang sangat terkesan di hati ku iaitu kisah Saad Abi Waqqas. kagum sungguh dengannya.

sambungan Berinteraksi dengan Al-Quran pada kali ini ialah mengenai part kedua iaitu bahasa. kenapa Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab? kenapa tidak bahasa lain? ini adalah salah satunya kerana Nabi Muhammad adalah orang Arab. maka ia akan lebih senang bagi Nabi untuk menyampaikan firman-firman Allah ini dan akan memberi kesan di hati kepada orang Arab. analogi yang diberi, jika sahabat kita asal orang Kelantan dan kita orang KL. sudah tentu sahabat kita tak berapa selesa nak kecek Kelate dengan kita kan. sudah pasti sahabat kita akan seronok untuk bersembang bila balik kampung atau bertemu dengan orang yang sama loghat dengannya. maka inilah salah satu sebab mengapa Al-Quran itu berbahasa Arab.

setiap bahasa itu ada keistimewaannya. Bahasa Arab pula merupakan satu bahasa yang hebat kerana mempunyai nahu, saraf dan balaghah. Balaghah ini ialah metafora, iaitu ayat yang berbunga dan bersimbolik. ayat-ayat Allah ini tidak mempunyai intonasi untuk kita mendengar seperti mana kita mendengar intonasi mak kita memarahi adik dan lain-lain. oleh sebab itu, balaghah menggantikan intonasi tersebut. sebagai contoh, ketika Nabi mengajak semua berkumpul di Bukit Safa, Abu Lahab telah mengganggu Nabi ketika Nabi sedang berdakwah. Maka, Allah telah turunkan surah Al-Lahab/Al-Masad ini untuk menunjukkan bahawa Allah sedang murka kepadanya.

Firman Allah:
Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia.
(Al-Lahab:111:1)


part ketiga pula ialah berinteraksi Al-Quran dengan hati. sesungut manusia mempunyai 2 iaitu sesungut otak dan sesungut hati. semut menggunakan sesungut untuk mengesan sesuatu. begitu juga dengan manusia. analoginya antara buku sains dengan novel cinta, manakah yang membuat kita terkesan di hati? sudah pasti buku novel kan. sekali khatam pun dah boleh membayangkan watak yang berada dalam novel itu ialah kita hingga boleh hafal kisahnya hingga ending. begitu juga dengan memahami Al-Quran. kita perlu menggunakan sesungut hati kita untuk membaca ayat-ayat Allah ini. ia akan lebih terkesan berbanding jika kita gunakan sesungut otak. contohnya orang yang menulis khat Al-Quran mungkin akan menghayati Al-Quran itu kerana kecantikan tulisannya sahaja. tidak lebih dari itu. begitu juga dengan orientalis Barat yang mengkaji Al-Quran dengan mencari dalil-dalil saintifik. mereka dapat maklumat itu sahaja, tidak lebih dari itu. oleh itu, jadilah seperti sahabat-sahabat Nabi yang menggunakan sesungut hati untuk memahami ayat-ayat Allah. Moga kita lebih faquhu selepas ini insyaAllah. Allahu'alam.

azan Maghrib berkumandang, kami tutup majlis dan solat berjemaah bersama di bilikku. selepas makan, kami turun ke surau 4th untuk mendengar pengisian ilmiah. Intan, plan baik2 ye, kita gi rehlah kat Bukit Cerakah, tapi kenalah make sure semua tunggu sHi abis exam tau. hehehe =) Jazakumullah khayran kathira.

4 comments:

wawa-muslimahstory said...

hm...salam..
Jazakillah 4 kak shi n kak intan yg bnyk mmbntu wawa.. sayang selalu..semoga ukhwah yg dibina dpt dikekalkan... xsabar nak tggu kak shi habis exam..hehe..

sHi said...

waalaikumussalam warahmatullah...
waiyyaki tuk wawa. sayang wawa juga..fillah~
hehe..tunggu akak bis exam ye. =)

Anonymous said...

aiseeh~ nak join jugak~~ huhuhu...

sHi said...

ahaks..jom r akak. balik malaysia kang kite rehlah sesame mau? ajak bajie n ainul gak. hehehe =)