Wednesday, January 14, 2009

Mana mungkin !!!


Mana mungkin ku di sini bergelak ketawa, sedang mereka di sana tangisan dan darah sudah sebati,
Mana mungkin ku di sini makan sedap penuh kekenyangan, sedang mereka di sana kelaparan, satu keping roti pun susah nak dapat,
Mana mungkin ku di sini meminum air, nak sejuk dapat, nak panas dapat, nak suam pun dapat, sedang mereka kehausan, sangat2 memerlukan air yang bersih,
Mana mungkin ku di sini tidur penuh nyenyak dengan katil empuk dan selimut tebal, sedang mereka tak tidur pun, menunggu saat bom dijatuhkan, mereka kesejukan beralaskan tanah, berselimutkan langit,
Mana mungkin ku di sini bahagia gembira, sedang mereka di sana melihat dengan mata kepala sendiri ibu ayah, adik2 kecil diacu senapang di kepala.
Mana mungkin!!!

Tapi mereka inilah "the chosen one"...yang dipilih oleh Allah, menetap di Baitul Maqdis, tidak akan sekali2 berputus asa, untuk mendapat gelaran syuhada'... darah suci itu nanti menjadi saksi di Hari Kebangkitan kelak. apalah sangat derita di dunia berbanding syurga yang tak tergambar indahnya di akhirat sana. semangat juang mereka jauh berganda2 lebih tinggi walaupun berjuang hanya menggunakan batu. Kita bagaimana?? ingin berkongsi saham pahala bersama mereka ini atau saham dosa bersama Yahudi laknatullah ?

4 comments:

sya_ais said...

salam..

saudara kita di Palestin berjuang hungga tumpah darah tapi kita disini perjuangan nya berbeza....

akak doakan semoga perjuangan di UM ni kuat ya...

syukran...wassalam

ana muslim said...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk Agama Allah,
Maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan memohon ampun kepada-Nya.
Sungguh, Dia Maha pemerima taubat (110:1-3)
bersedialah akan hari yang btelah dijanjikan Allah

sHi said...

waalaikumussalam, kita punye peranan di sini. jihad kita di sini perlu dilaksanakan kan kak?

jazakillah ~

sHi said...

salam ana muslim a.k.a kak liza, hehehe... ni surah al-nasr kan. kisah time pembukaan mekkah. ye btul, shi faham nape anti bg surah ini. akan datang pertolongan Allah dan kemenangan bagi islam semula. jazakillahu khayran kathira ye =)