Monday, January 26, 2009

usrah 11 @ 4th

22 Januari 2009 (Khamis)


alhamdulillah, usrah kali ini Kak Liza menjadi MC. kali ini dengan kehadiran seorang lagi usrahmate baru iaitu Yaiiiii!! suke sgt2! Yai oh Yai...sayang Yai. eh, Doc Liza pun ada. hehe..alhamdulillah Allah permudahkan juga ye hari ini.

hurm..tak pernah kita satu usrah tidur bersama kan? malam sebelum usrah, ada berym dengan Intan, kami sangat2 rindu nak tdo sama2, leh wat pillow talk, sharing session sama2..rinduu sgt. takpe, pas cuti ni kite plan ramai2 tdo IPBA nak? dapat satu malam pun jadilah. leh qiyammullail sama pagi tu kan. kan Nabi pernah bersabda, kalau nak kenal seseorang tu, buatlah 3 perkara ni iaitu makan sama, tdo sama dan jalan bersama. baru dapat kenal sahabat kite tu mcmne kan, dia suka makan pe, tak suka pe dan lain2 lagi. insyaAllah..mudah-mudahan.

kami mulakan dengan bertadabbur surah Al-Ahzab dari ayat 9 hingga 27. surah Ahzab ini mempunyai 3 subtopik. yang pertama berkaitan dengan seerah iaitu kisah Perang Khandak/Ahzab yang berlaku di bulan Ramadhan tahun ke 5 Hijrah. subtopik yang kedua ialah surah ini banyak menceritakan tentang hal-hal rumahtangga dan juga specificnye tentang wanita seperti mengenai tabarruj, suara dan pemakaian jilbab. buleh la pasni tgk2 la ye surah ni. =)

kenapa Perang Khandak ini juga dikenali sebagai Perang Ahzab? Ahzab itu bermaksud golongan yang bersekutu. siapa kah itu? golongan yang bersekutu ini ialah 3 Bani Yahudi yang tinggal di Madinah bersekutu untuk berperang bersama kaum Musyrikin Mekah untuk melawan Islam. 3 Bani Yahudi itu ialah Bani Nadir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa'.

kenapa mereka memusuhi Islam? Bani Nadir memang berpakat ingin membunuh Nabi kerana mereka enggan mematuhi perjanjian bahawa Nabi menjadi ketua pemimpin di Madinah. manakala kisah Bani Qainuqa' pula, mereka ini mempunyai pasar di Madinah. satu hari, ada seorang wanita islam yang memakai jubah ingin membeli di pasar, seorang Yahudi telah mengikat kain jubahnya di kaki meja (betapa jahatnye Yahudi ni), apabila wanita itu ingin berjalan, maka dia terjatuh dan terbukalah auratnya. seorang lelaki islam telah datang lalu membunuh lelaki Yahudi berkenaan. maka timbullah pergaduhan. maka ini dijadikan satu isu untuk berperang dengan islam. manakala kaum Musyrikin Mekah pula ingin berperang kerana ingin berbalas dendam atas kekalahan mereka di Perang Badar walaupun mereka menang sewaktu Perang Uhud.

ketika ingin mengadakan perang ini, Nabi melakukan syura bersama para sahabat. ada yang berpendapat untuk keluar dan berperang di luar Madinah. Salman Al-Farisi telah memberikan idea untuk membuat parit di sekeliling Madinah. strategi parit ini ialah teknik orang Parsi berperang. maka setelah Nabi bersetuju, lalu mereka beramai2 membuat parit yang sangat luas dan dalam. ketika melakukan parit ini, Allah telah memberikan beberapa mukjizat.

terdapat satu batu yang besar, batu itu perlu dipecahkan kerana khuatir pihak musuh akan menggunakan batu itu untuk masuk ke Madinah. para sahabat tidak mampu untuk memecahkan batu tersebut, lalu dipanggil Nabi. Setelah Nabi mengetuk batu itu dengan tongkatnya buat kali pertama, pecah lah separuh batu itu. dan setelah ketukan kedua, pecahlah kesemua batu tersebut. maka Nabi bertanya pada mereka, "Tahukah apa yang aku lihat ketika aku pecahkan batu tadi". Nabi menjawab ketukan yang pertama, aku melihat Istana Kaisar di Parsi. dan ketukan yang kedua aku melihat Istana Merah (Rom). simboliknya, Nabi kata 1 hari nanti, Islam akan dapat menawan kedua-dua negara besar itu iaitu Parsi dan selepas itu Rom. maka dengan semangatnya para sahabat ini bertungkus lumus menyiapkan parit itu walaupun ketika itu mereka sedang berpuasa.

satu lagi kisah ialah pada waktu itu, Nabi mengikat perutnya dengan batu2 untuk mengelakkan kelaparan, maka seorang sahabat kasihan lalu beliau ke rumah dan memasak sedikit gandum yang ada dan menyembelih kambing untuk diberi makan pada Nabi. setelah diberitahu diam2 kepada Nabi, maka Nabi menjemput orang yang ketika itu kira2 3000 orang untuk sama2 ke rumah sahabat berkenaan. maka sahabat berkenaan sangat risau memandangkan makanan yang ada sangat sedikit. setelah sampai ke rumah dan diagihkan makanan oleh Nabi, dengan izin Allah, makanan yang diberikan cukup untuk semua. jika kita fikirkan secara logiknya, mustahil makanan tersebut boleh cukup untuk 3000 orang kan? itulah yang dikatakan mukjizat Allah berikan kepada Rasul.

satu lagi ingin diceritakan di sini ialah mengenai strategi perang. kaum muslimin telah memasang unggun2 api yang sangat banyak di waktu malam, apabila pihak musuh nampak, mereka gerun melihat dan mula merasa takut kerana unggun-unggun api itu menunjukkan seolah-olah bilangan kaum muslimin sangat ramai.

akhirnya, setelah pihak musuh mencuba berkali2 untuk melepasi parit yang sangat luas dan dalam itu, Allah pula menurunkan ribut taufan dan malaikat untuk membantu umat islam. maka pihak musuh berundur dan melarikan diri semula ke kota Mekah. maka umat islam mendapat kemenangan di dalam perang ini dengan izin Allah.

Firman Allah:
[33.9] Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.


tujuan kami bertadabbur surah ini ialah untuk mengetahui seerah zaman dahulu. kerana seerah ini merupakan sunnatullah iaitu ketetapan Allah dan ianya berlaku berulang-ulang. maka dengan seerah yang kita tahu, kite dapat mempelajari dan menggunakannya sebagai pengajaran dan aplikasikannya di zaman kita sekarang. mengetahui seerah juga adalah salah satu cara untuk kite berinteraksi dengan Al-Quran.

dengan mengetahui seerah, kita dapat relatekan apa yang kita baca dengan hidup kita sekarang. contoh yang terdekat ialah mengenai isu Palestin dan Israel. jika lihat surah At-Taubah, banyak sangat menceritakan tentang seerah kaum Yahudi yang memang degil dan memungkiri perjanjian dalam Piagam Madinah. dalam surah Al-Ahzab ni pun ada juga kisah yang mempunyai relation dengan kedegilan dan ketidak amanahan kaum Yahudi ini. dan yang paling penting sekarang setelah mengetahui seerah, kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar iaitu untuk mematikan ilah selain dari Allah di dalam hati-hati manusia. benar, orang islam sekarang tidak menyembah berhala, kita solat, puasa dan sebagainya namun dengan tidak sengaja, kita telah menjadikan tv, media, movie, wayang sebagai sembahan kita. siapkan assigment dulu, siapkan keje kat ofis dulu, baru solat. ini yang kita sama2 perlu singkirkan dan musnahkan dalam hati-hati manusia.

Wallahua'lam...



:: rezeki kami hari ini..yang kelakarnya, semua orang bersangka baik, ingat ada yang berpuasa, rupa2nya tiada yang berpuasa hari ini, maka kami solat Maghrib berjemaah barulah makan...hihi ::

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, for this time dpt juge join this usrah.hepy sgt dpt knal usrahmates..=)
yg best, dpt jmpe shi ngan intan..shi muke berseri2 je beberape hr sblm mjlis tunang.hik2..congrtaz ya!
anyway, moga plan tido kt IPBA tu bjalan lancar. nk join la klu bleyh.insyaAllah..=D

sHi said...

salam,alhamdulillah... moga2 berjalan lancar la hendaknye ye.

p/s: ni yai kan? huhu..kot2 salah org lak. =P

Anonymous said...

a'ah..it's me la..1st time komen kt sini..xreti sgt.tu yg pilih anonymous je..hihi~

sHi said...

alhamdulillah, yes betul lah yai orangnye. takpe2, practice makes perrrfectoo rite? hehehe.. =)