Friday, January 9, 2009

usrah 9 @ 4th

Tarikh: 8 Januari 2009 (Khamis)


alhamdulillah..dengan izin Allah, dapat juga kami usrahmate bertemu bersama naqibah tersayang kami di 4th untuk usrah yang pertama selepas buka semester 2 ni. kedatangan Syikin IPBA dan seorang lagi usrahmate baru iaitu Liza, bakal doc dari UPM memeriahkan dan memaniskan lagi ukhwah antara kami. dengan isu Yahudi laknatullah yang haus sangat dengan darah2 umat islam, maka usrah kami kali ini ada related dengan apa yang terjadi sekarang. kami bertadabbur ayat-ayat Allah dengan surah At Taubah ayat 1- 13.

Firman Allah:

[9.5] Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[9.6] Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
(At-Taubah 9:5-6)


2 ayat Allah ini ingin menunjukkan betapa bezanya cara islam dan kafir (israel salah satunye). terdapat 2 jenis kafir iaitu kafir harbi dan kafir zimmi. kafir harbi ialah kafir yang wajib kita perangi seperti permulaan ayat 5 di atas. ini kerana mereka menzalimi dan memerangi umat islam. contohnya ialah israel, zionis yang sedang lakukan kezaliman dan membunuh sesuka hati umat islam. wajib kita perangi!

manakala kafir zimmi pula ialah kafir yang wajib kita memberi perlindungan pada mereka apabila mereka berada di kawasan kita. kerana kafir ini tidak memerangi kita. contohnya ialah orang kafir di dalam negara kita. lihatlah betapa adilnya dan kasihnya islam itu pada orang yang bukan islam.... tapi apa yang kafir harbi ini lakukan pada kita sekarang? zalim! kejam! tak adil kan...jadi takkan kita nk berdiam diri? Allah suruh kita perangi mereka ini.

Saidina Ali mengatakan terdapat dua perkara yang membuatkan beliau tidak gentar untuk berjuang habis-habisan di medan perang. pertama ialah jika ajalnya belum tiba, walau menyerah diri pada musyrikin sekalipun, kita tetap takkan mati. kedua jika ajalnya sudah sampai, walau macammana dielak dan lari sekalipun, kita tetap akan mati. mati syahid pulak tu. begitu hebat sahabat Nabi, Karamallahu wajhah ini menyuntik motivasi dan semangat di dalam dirinya untuk berperang fisabilillah.

ku teringat kisah pagi tadi ketika masuk ke kelas di Fakulti Pendidikan, seorang lecturer lelaki menanyakan pada semua tentang isu Palestin ini. sudah pasti yang Non Muslim beria-ria mengatakan tidak patut untuk kita memboikot semua produk Israel dan US, rakan sekutunya. lecturer ku yang sudah pasti beragama islam ini juga menyetujui dengan alasan jika kita tak minum Coca-Cola contohnya, maka semua pekerja di kilang berkenaan tidak dapat bekerja lagi dan memberi anak isteri makan. dia berkata lagi kita sepatutnya "be good with them", memujuk mereka supaya hentikan peperangan ini. wahai lecturer, Allah sudah mengatakan dalam Al-Quran, kaum Yahudi ini sangat degil dan suka membuat kezaliman pada orang. sebab itu kaum ini tidak diterima di mana2 tanah di bumi ini sekalipun. mana mungkin kita dapat berbuat baik dan memujuk mereka ??? pekerja yang diberhentikan kerja disamakan dengan nyawa beratus2 orang yang tidak berdosa mati di sana. alangkah sedih mendengar alasan itu. satu hari nanti, kita akan ditanya semula sejauh mana kita membantu saudara kita sewaktu mereka dalam kesusahan dan penderitaan. sudahkah kita bersedia dengan jawapannya?


Sesi YM (ala-ala usrah online) bersama seorang junior:

Syahirah Idris: salam
Syahirah Idris: btul tu
Syahirah Idris: jd pe role kite skrg?
iaMsaii [8-): ape?
iaMsaii [8-): doa
Syahirah Idris: gud
Syahirah Idris: lain?
iaMsaii [8-): kan ade org mntak bace surah
Syahirah Idris: hurm
Syahirah Idris: ok
iaMsaii [8-): al fath ngan yunus tu kan
Syahirah Idris: lain?
Syahirah Idris: by the way, ada bc tak? huhu
iaMsaii [8-): lain ape nak buat yek
iaMsaii [8-): kalau kate boikot
iaMsaii [8-): saye mmg tak membeli brang2 dalam senarai tu
Syahirah Idris: btul
Syahirah Idris: boycott
Syahirah Idris: lagi?
Syahirah Idris: rasa2 pe lagi sbg umat islam kite kna wat?
iaMsaii [8-): lagi ape?
iaMsaii [8-): ntahla tak pasti
Syahirah Idris: penah dgr tak satu ni?
Syahirah Idris: jap
iaMsaii [8-): kurang membace isu semasa nih
Syahirah Idris: Setelah tragedi berdarah di Gaza pada Awal Muharam 1430 yang lalu, kedatangan wakil Malaysia telah pergi ke sana dan bertanyakan bantuan apakah yang dapat disumbangkan namun tahukah jawapan yang diberikan..? Difikirkan pasti sekian-sekian bentuk bantuan yang akan diminta dan boleh disalurkan namun jawapan yang diberikan, “Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu,”
Syahirah Idris: pnah dgr tak ni?
iaMsaii [8-): bace jap
Syahirah Idris: ok
iaMsaii [8-): uih
iaMsaii [8-): tak penah dgr plak
Syahirah Idris: haa..pe maksudnye tu
Syahirah Idris: Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu,”
Syahirah Idris: sgt mendalam tu kan
iaMsaii [8-): maksudnye
iaMsaii [8-): kite kene sedar la
iaMsaii [8-): yg kite ni masih boleh bernafas
iaMsaii [8-): dalam
iaMsaii [8-): memang dalam
Syahirah Idris: hurm
Syahirah Idris: btul tu tp sbnarnya hakikatnye ialah
Syahirah Idris: kite kena didik diri kite, anak2 dan generasi islam supaya fhm ttg islam
Syahirah Idris: tanamkan sifat cintakan agama, bukan bangsa atau negara
iaMsaii [8-): betul2
iaMsaii [8-): skang ni org sume cakap
Syahirah Idris: bile sume dh fhm ttg islam, baru lah senang tuk kite leh bersatu tuk menangkan islam sume
Syahirah Idris: stuju?
iaMsaii [8-): berjuang untuk bangsa, agama dan negara
iaMsaii [8-): patutnye agama,bangsa dan negara
Syahirah Idris: ye btul2
Syahirah Idris: akak risau ialah umat islam skrg btul, makin sensitif ttg isu ni kan..smpai wat solat hajat besar2 kan, boikot sume,
iaMsaii [8-): kan ke agama lebih penting dari bangsa
Syahirah Idris: tp risau jika andai kata perang berhenti
Syahirah Idris: so pemboikotan kite pun berhenti
Syahirah Idris: takat tu je kite sedar
Syahirah Idris: pastu kite dh tak wat dh sume2 tu
Syahirah Idris: org islam lain yg dizalimi kat tmpt lain ttp dibiarkan gtu je
iaMsaii [8-): maksudnye kesedaran tu ada tapi masih kurang
iaMsaii [8-): betul la cakap dorg tu soh kite sedar
iaMsaii [8-): betul betul betul
Syahirah Idris: ha
Syahirah Idris: kan
Syahirah Idris: pasni leh la bgtau kat kengkwn, rumates
Syahirah Idris: yg penting pd diri sndiri, pe peranan kite pas ni
Syahirah Idris: FAHAM ttg islam..umumkan
Syahirah Idris: tp mendalam dan tersirat
iaMsaii [8-): baik!
Syahirah Idris: bukan stakat rukun islam je kite wat...ad deen ni ada 3 cabangnye..islam iman ehsan
Syahirah Idris: kena meliputi 3 tiga tu sume, baru dpt capai keredhaan Allah
Syahirah Idris: sbb hidup kite ni ada 2 je matlamat..tgk dlm tafsir quran kalo ada keh, kalo takde g beli or pinjam
Syahirah Idris: hehe
Syahirah Idris: satu surah baqarah ayat 30, Allah jdkan kita sbg khalifah
iaMsaii [8-): tafsir takde la kat bilik
iaMsaii [8-): Quran adela
Syahirah Idris: memakmurkan bumi kan?
Syahirah Idris: pe maksud makmurkan bumi tu?
iaMsaii [8-): aman?
Syahirah Idris: satu lagi surah az zariyat ayat 55..tidak Aku jdkan jin dan manusia melainkan beribadah kpdKu
Syahirah Idris: iaitu di sini menjadi a'bid iaitu hamba kpdNya
Syahirah Idris: btul aman
Syahirah Idris: aman cmne?
Syahirah Idris: jaga keindahan alam sekitar je ke
Syahirah Idris: tak bg perang2 je ke
iaMsaii [8-): aman makmur
iaMsaii [8-): haha
iaMsaii [8-): eh tak2
Syahirah Idris: hehe
iaMsaii [8-): maksudnye amanla
Syahirah Idris: (smbil2 tu amik la quran tu, tgk ayat tu)
Syahirah Idris: hehe
iaMsaii [8-): aman dari sume bende
Syahirah Idris: maksudnya di sini aman tu mengajak manusia ke arah kebenaran..iaitu semua msti tahu ttg islam
Syahirah Idris: dan tu tjwb sape?
Syahirah Idris: ustaz2 je ke
Syahirah Idris: pendakwah je ke
Syahirah Idris: haaa
Syahirah Idris: dan tahu ttg islam tu camne lak? skadar tahu je ke tp tak amal? gtu?
Syahirah Idris: hehe
iaMsaii [8-): kite sumela
Syahirah Idris: berat kan tjwb tu..beban dakwah tu pd kite sume
Syahirah Idris: kite la pendakwah
Syahirah Idris: kan?
iaMsaii [8-): tau takpe
Syahirah Idris: tapi kan Allah dh janjikan syurga
Syahirah Idris: analoginye, kalo nk dpt result bgs, 4 flat, msti kena strugggle gile2 kan..smpai sakit2 otak
Syahirah Idris: baru leh dpt hadiah / rsult yg best kan?
Syahirah Idris: gtu la Allah...kite kena susah2 dulu, br leh dpt syurga tu
iaMsaii [8-): betul betul betul
Syahirah Idris: bukan free2 je Allah bg
iaMsaii [8-): kalau sesenang
iaMsaii [8-): takdela
Syahirah Idris: btul
iaMsaii [8-): Allah buat syurga tu tempat yg special
iaMsaii [8-): kan
Syahirah Idris: ye btul
Syahirah Idris: tak leh imagine pun
iaMsaii [8-): tak terbayang pun
Syahirah Idris: best lak rasa..(mcm wat usrah 0n9 dgn saii)
Syahirah Idris: hehe
Syahirah Idris: ameen..moga2 Allah berkati majlis kite ni
iaMsaii [8-): ameen
Syahirah Idris: dan malaikat memayungi
Syahirah Idris: ameen


* buat saii yang selalu membaca blog akak, akak sudah memendekkan paragraph2 bagi segala post akak selepas ini bagi mengelakkan diri anda mengantuk membacanya. =P


* syukran pada Zana, one of my closest fren yang ku kenal sejak dari matrik Melaka sampailah di UM di atas pemberian hadiah bufday yang sangat comel ini. many2 thanks to you dear. juga ingin mengucapkan hepi bufday yang ke 25 diucapkan pada kakakku tersayang. wah this time celebrate dengan zauj tersayang nampaknya. hehehe... dan juga buat naqibahku, Intan. selamat hari lahir yang ke 23. moga kita terus tsabat fisabilillah, bertambah amal dan imannya seiring usia. =)

2 comments:

Muhamad Saipul bin Fakir said...

:D

sHi said...

nanti kite wat usrah on9 lagi ye. insyaAllah =)