Saturday, October 4, 2008

Hari Raya gift from Allah - Tha Tha & Jim Jim



ketika di dalam bas menuju ke KL, ku dikejutkan dengan panggilan telefon dari adikku, Luqman mengatakan Nini dapat baby 2 ekor. mereka yang naik kereta dengan ayahku balik ke KL trus ke pet shop tuk amik kucing kami, Putih dan hamster. syukur alhamdulillah, hadiah Hari Raya yang Allah berikan pada kami. ku namakan mereka Tha dan Jim. sambungan Alif Ba Ta. huhu.. sampai saja di rumah, trus ku asingkan Noddy. risau baby di makan oleh bapaknya. ku lihat Nini sangat protect anak-anaknya. tak seperti dulu. agaknya takut melihat manusia bernama sHi ini tak habis2 dok tgk anak dia. smoga Tha Tha dan Jim Jim akan membesar dengan sihatnya. =)





seperti tahun2 sebelumnya, raya di Kampung Baru Kota Mengkuang, Jitra sentiasa meriah. selepas solat sunat hari raya, kami mendengar khutbah raya berkaitan jahiliyah. apa yang menarik di kampungku, setiap rumah akan memasak juadah yang berlainan dan kami akan pergi rumah ke rumah beramai2, geng laki dengan laki, geng perempuan dengan perempuan, keliling kampung dan beraya. ku dan kakakku masih lagi mendapat duit raya walaupun dah besar panjang. alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. =D sempat juga kami melawat ke kandang kambing milik ayahku di kebun getah petang raya. satu kemajuan kecil, raya tahun ni, ku sudah pandai membalut ketupat daun palas. walaupun tak lah sempurna dan sekemas Tok Chah ku balut, Lang Mah (kakak ibuku) ku kata buleh la, kira lulus laa..huhu.. bukan ingin membangga diri, cuma ingin menunjukkan betapa ruginye diriku, usia masuk 22 tahun baru nak blaja. malu kan. dan juga masih ramai lagi sedara mara yang ku belum kenal sepenuhnya. ramai sangat, sampai tak terhafal nama2 mereka. malam sebelum kami balik ke KL, Njang Som (kakak ibuku)buat BBQ, jemput seluruh keluarga dan adik beradik ibuku. riuh dengan pelbagai lapisan generasi, dari yang tua sampai la ke cucu cicit. nikmat ukhwah, air yang dicincang tidak akan putus. begitulah juga dengan adik beradik.





Firman Allah:

Dan Allah menghalau orang-orang kafir itu yang keadaan mereka penuh kejengkelan, kerana mereka (juga) tidak memperoleh keuntungan apapun. Cukuplah Allah (yang menolong) menghindarkan orang-orang mukmin dalam peperangan. Dan Allah Mahakuat, Maha Perkasa.
(Al-Ahzab 33:25)


ketika bersemangat bertakbir di pagi raya, bagi yang perasan, kita ada menyebut "Ahzab" di mana ianya bersempena dengan perang Ahzab atau dikenali juga dengan perang Khandak yang berlaku pada bulan Syawal. juga disebut kerana dalam perang ini Islam mendapat kemenangan. di mana orang mukmin tidak berperang dalam perang ini kerana Allah telah menghalau orang-orang kafir dengan mengirimkan ribut pasir dan malaikat. Allahuakbar.

2 comments:

Anonymous said...

lafaz takbit raye tu dah smart, kalau ade maksudnya skali lagi ok. cube cari2 gak, tapi xjumpe. kalau jumpe, kongsi2 la ye. wassalam

sHi said...

memang dah cuba cari gak maksudnye, sbb nak sgt tahu maksudnya sepenuhnya. pun tak jumpa. nanti kalau jumpa kongsi2 la gak ye. jazakallah.