Sunday, January 11, 2009

Rehlah @ Taman Tasik Perdana






:: Fateh pun ada dengan uminya. Saya seorang daei yang kuat !!! ::

pagi ini, ku bertolak dari kolej jam 8.30am dan sampai di bustop luar UM, ku menunggu 10 orang akhawat dari IPBA untuk sama2 ke Taman Tasik Perdana. dengan menaiki 3 cab, kami sampai di tasik. kelihatan ramai parents especially young parents yang membawa anak2 main di playground. ada juga beberapa foreigner dan pakcik2 yang sedang berjogging. sampai di sana, rupanya adik2 sudah sampai bersama kakak2 berkumpul di bawah pokok. Kami bertaaruf serba sedikit sambil bersarapan dengan sarapan yang dibuat fresh dari dapur kakak2. hehehe... rupanya ada beberapa org adik2 yang dari Ambang Asuhan Jepun (AAJ), UM. alhamdulillah, cuaca sangat tenang dan nyaman sehingga akhir majlis. akhawat dari Fateh dan UKM pun ada datang sekali. wah, memang meriah sungguh. hampir 40 orang semuanya. terus dengan sesi taaruf, macam biasa main game cari2 orang berdasarkan kriteria yang ditulis. then form a group and get to know each other. tak lama lepas tu, mulalah sesi tugasan yang diberikan oleh kakak2. kakak2 yang organize program hari ini ialah kakak2 yang merupakan bekas mahasiswa yang belajar di Jepun. setiap group mendapat satu tajuk yang mengandungi beberapa soalan yang selalu orang bukan islam tanya pada orang islam. every group diberi tajuk untuk dibentangkan mengikut kreativiti sendiri. groupku mendapat tajuk Palestine. antara soalannya:

1) Dah lama sangat Palestine ni berperang dengan Israel. nape orang Palestine tu tak bagi je tanah tu kat Israel. sudah2 la tu. pe kata menyerah kalah je. lagipun diorg memang dah nak kalah kan.
2) Ala..tu kan berlaku kat Palestine. apsal lak orang Malaysia dok sibuk2 nak tolong?
3) Islam tu terrorist ke eh? pe beza Islam dengan terrorist?
4) Nape orang islam suka bom berani mati tu? pe diorg dapat eh?
5) Nape kitorg tgk orang2 Arab wat tak peduli je pada Palestin tu?

begitulah sebahagian soalan yang seringkali mereka tanyakan. bukan setakat mereka, malah menyedihkan ada juga orang yang mengaku dirinya islam sendiri yang bertanyakan soalan macam tu. jadi kami mengadakan sketsa simple untuk mempersembahkan pembentangan kami. bagi mereka yang faham islam, mereka akan automatically tahu jawapan bagi setiap soalan di atas. tajuk2 bagi group lain ialah seperti Islam VS Kristian, Aurat, Solat, Haram VS Halal, Puasa dan Raya. dalam hatiku berkata, wah, budak2 ni memang logam yang baik tuk islam. rugi kalo tak gunakan tuk jalan islam. pandai berdebat, pandai berlakon, senang bergaul, ceria dll.

lepas lunch, kami siap sedia solat Zuhur berjemaah di padang. sebelum bersurai, Kak Hanis ada passkan list of Israeli products yang perlu diboikot. Kak Syahirah yang baru semalam join Rapat Umum anjuran Aman Palestin semalam ada mengatakan, lakukan apa yang kita mampu. sedikit sebanyak apa yang kita lakukan ini, Allah akan kira sebagai amal insyaAllah.





3 comments:

lrh said...

salam ukhti..=)
seronoknya shi dpt join rehlah ni, nnt boleh share dgn liza ye.
tak sabar nak sitting lg dgn naqibah dan anak2 usrah baru.
Ilalliqa' (~_^)

sHi said...

waalaikumussalam wbt ya ukht~
alhamdulillah mmg sgt seronok. nanti kite g sama2 ye. leh rehlah utk sitting kite kat sana nak? hehe..
jumpa lagi minggu ni ye insyaAllah. ma'assalaaaamah ~ =)

Head Shot said...

perempuan better solat dalam bilik...kalau ada..