15 Januari 2009 (Khamis)
kali ini usrah dilakukan di bilik Wawa plak. tukar angin skit..hehe..
Yan sebagai MC sampaikan sedikit mengenai tafsir surah An-Nas yang disampaikan oleh Ustaz Khairul di surau 4th malam semalam. bisikan dan hasutan ini Allah katakan adalah dari kalangan jin dan manusia. jadi bagaimana kita nak applykan surah ini dalam hidup kita? begini... bila kita nampak ada jalan kejahatan dan jalan kebaikan, maka kita tahu jalan kejahatan pasti dari syaitan. jadi cpt2 lah kita elak dari melaluinya.
Firman Allah:
[114.5] "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
[114.6] "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia"
(An-Nas 114:5-6)
sesi taaruf dimulakan lagi memandangkan ada seorang lagi usrahmate baru dari UM (alhamdulillaaahhh) iaitu Ukhti Lini. rupanya Lini ni pun dari Fakulti Sains dan subhanallah Lini kenal kawan2 baikku, Zana, Wani dan Yai. memang dunia ni kecik je, yelah, dunia ni Allah yang punye. Yai pulak baru je 2 3 hari lepas beli tafsir dari sHi. dan Lini pun dh ajak Yai ke program ISK minggu ni. alhamdulillahhh..syukur sgt2.
kami bertadabbur dengan surah At-Taghabun dari ayat 10-18.
Firman Allah:
[64.12] Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
kita sering gunakan perkataan "taat" kan? seperti taat pada ibu bapa dan taat pada guru. adakah sama dengan taat kepada Allah dan Rasul? dalam ayat ini, taat di sini beerti taat seluruhnya pada Allah dan Rasul. ianya tak sama dengan kita taat pada ibu bapa atau guru. kerana ada sesetengah keadaan kita tak boleh taat pada ibu bapa dan guru seandainya ibu bapa kita atau guru kita itu melanggar perintah Allah. tapi taat pada Allah itulah taat yang sebenar-benarnya. dan juga ayat ini menunjukkan bahawa jika kita meletakkan diri kita di tempat Rasul, maka dakwah yang dilakukan oleh kita itu terpulanglah bagi orang yang mendengar itu samada mahu menerimanya atau tidak. tetapi apa yang lebih penting ialah usaha dan mohon doa supaya Allah memberikan petunjuk kepada kita semua.
sebut mengenai petunjuk, analogi "hujan" diberikan contoh. Allah turunkan hujan pada semua orang untuk merasai nikmat air hujan. jika orang itu nak kan hujan, maka orang itu akan menadah air hujan itu dengan baldi. jika orang itu taknak hujan, maka orang itu akan terbalikkan baldinya. begitu juga dengan hidayah. Hujan itu ibarat hidayah. Allah turunkan hidayah pada semua orang untuk merasai nikmat hidayah. jika orang itu nak kan hidayah, maka orang itu akan membuka pintu hatinya untuk menerima hidayah itu, jika orang itu taknak hidayah, maka orang itu akan menutup hatinya untuk tidak menerima hidayah itu. di sini, kita yang menentukan samada hidayah itu sampai pada kita atau tidak. tadahlah sebanyak2nya titisan hidayah yang Allah berikan pada kita insyaAllah.
seperti juga dengan syurga dan neraka. memang janji Allah bahawa semua umat islam akan masuk syurga akhirnya. adik bongsu pernah berkata padaku selepas ku menasihatinya supaya solat, "Ala Kak Syera, orang islam kan memang last skali masuk syurga kan". wahai adik, tidakkah adik tahu bahawa memang betul semua tu, tapi adakah kita ingin merasai siksa pedih yang berkali2 ganda lamanya di dalam neraka berbanding di dunia itu, baru kita nak merasa nikmat syurga Allah? adik, jangan sekali2 menjadikan neraka sebagai tempat persinggahan untuk kita. sedih mendengar jawapan begitu...pasti ramai lagi yang akan ckp begitu jika difikirkan secara logik. kerana kita semua tidak pernah merasai bahangnya api neraka, tidak pernah merasai minum air yang mendidih, penuh dengan nanah dan darah yang menjijikkan...tidak pernah sekali2 merasai semua itu. nastaghfirullahal'azim...peringatan buat diriku terutamanya....
[64.17] Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
[57.11] Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!
(Al-Hadid 57:11)
[9.111] Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah 9:111)
jika kita beri satu barang pada kawan kita sebagai hadiah, pastu kita nak pinjam atau beli balik barang tu. tak ke pelik? dah la bagi free2, pastu nak beli balik, siap nak bagi duit lagi lepas tu. haa..3 ayat ini adalah beberapa ayat dalam Quran yang menunjukkan betapa Allah ini memang Maha Pemurah. kita ini sudah pasti hak milikNya, tapi tetap Allah nak beli dan nak pinjam kita. siap bagi ganjaran pastu. sape lagi yang lebih pemurah berbanding Allah? betapa ingin menunjukkan Allah nak sgt2 kita berlumba2 lakukan kebaikan.
[64.14] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
perkara ini alhamdulillah tidak berlaku pada diriku sendiri dan diri kawan2 sekalian, namun ada di antara kita yang mengalaminya. di mana keluarga yakni ibu bapa, adik beradik atau suami sendiri yang tidak mengikut jalan Allah ini, malah menghalang untuk melakukan ibadah. bagi sesiapa yang ingin berkahwin ataupun sudah berkahwin, jika ada anak, seharusnya tidak biarkan anak itu menjadi penghalang kepada kita untuk lakukan apa yang kita sering lakukan dalam beribadah. ku lihat akhawat yang ke program2, datang membawa si kecil bersama dengan mainan dan segala keperluan baby. dan si kecil ini sangat2 behave. tidak mudah menangis dan tidak banyak ragam. moga2 si kecil itu juga akan menjadi daei,mujahid mujahidah yang bermanfaat buat islam akan datang insyaAllah. sekali lagi, peringatan buat diriku sendiri.
:: rezeki kami hari ini, alhamdulillah sedap. jazakumullahu khayran kathira ::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam ukhti..
rindu pd shi jgk! -.-"
kalau shi nak tau, liza pun telah dipertemukan dgn lini dlm daurah ISK di Kuang. Maha Hebat kan kuasa Allah? tak ada rezeki bertemu usrahm8 baru di UM hari tu, dpt jgk jumpa di ISK, hihi. menariknya tadabbur ayat2 (64:10-18). jazakillah sis utk entry kali ni..
wslm~
waalaikumussalam ya ukht~
subhanallah..jumpa dengan lini ye? wa...leh la share2 pe yg dpt time isk tu ye. sape presenter nye ye. waiyyaki ~ hingga ketemu lagi ya liza insyaAllah.
askum ukhti
Hujan itu ibarat hidayah atau hidayah itu ibarat hujan?
=)
waalaikumussalam wbt ya ukht~
ahaks..either one buleh kot..hujan itu ibarat hidayah..hidayah itu ibarat hujan..yg penting, sampai maksudnya pada org yg membacanya. afwan, bahasa melayu tak bape terer. hehehe. syukran =)
kalau kita nak bercerita ttg hujan atau menjadikan hujan sebagai topik cerita,maka bolehlah digunakan 'Hujan itu ibarat hidayah'..tetapi dalam entry ini kita fokus bercerita tentang hidayah..yang mana kita mengibaratkan hidayah itu sama sifatnya seperti kisah hujan dan timba..rasanya lebih sesuai 'Hidayah itu ibarat hujan'
hehe!maaf ukhti..sekadar topik pembuka bicara..jazakallah,banyak manfaat dan input daripada blog ni.. =)
"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada seorang yang mengajak kepada Allah, dan beramal soleh serta dia berkata: sesungguhnya aku dari kalangan Muslimin" [41:33]
salam perkenalan dari bumi sakura ^^
aha..btul2..Hidayah itu ibarat hujan. jazakillahu khayr ya ukht atas pembetulan itu. alhamdulillah. moga2 bermanfaat hendaknye.
Sesungguhnya mukmin itu bersaudara... (Al-Quran)
p/s: a few months ago, kakak shi dan mak shi ada ke jepun, jumpa akhawat kak linda, kak hana..sape lagi eh. lupe dh. kenal diorg? hehe..ada ym? leh add =)
haha..yeke??kenal2..
lime_bixkit@yahoo.co.nz
ni ym..nnti add ye
wah..ni dulu2 peminat limp bizkit ke ni? hehehe..dh add tp ym mcm problem. cuba niza add shi
syahirah86_ismaz@yahoo.com
Post a Comment