Sunday, January 11, 2009

usrah PRIMA 1

Tarikh: 10 Januari 2009 (Sabtu)


1 sms received from ayah:

Salam. Pe kaba my beloved doter?


sms ini diterima beberapa hari selepas ku minta kebenaran dari mak dan ayahku untuk join satu program di Fraser Hill. keputusannya negatif. ku faham betapa concern dan caringnye seorang ayah pada anak. memandangkan ku tidak dapat join program bersama sisters Brunei, tidak semestinya ku tidak boleh melakukan lain2 pengisian untuk santapan rohani. at least ayah bagi permission untuk pegi program yang dibuat di sekitar KL ni. thank you ayah.

pagi Sabtu Mary bersamaku menonton movie Maryam. Mary ni orang Sarawak beragama Roman Catholic, Kristian yang menginap di sebelah bilikku. ada 7 episode = 7 jam. kami sempat habiskan 2 jam saje dulu. ada masa nanti kite continue tgk ye, Mary. moga Allah berikan taufik dan hidayahNya pada kita semua. =)

petang Sabtu selepas solat Zuhur jemaah bersama rumates Mary, ku keseorangan di bilik. kedua2 rumates ku join camping di Bagan Lalang under Fakulti Akaun. jadi apa lagi, inilah masanya ku lihat video Ini Sejarah Kita, (ISK) oleh Ustaz S sewaktu bagi talk di UK, 3 tahun lalu. ku sempat tgk 1 jam. 1 jam untuk menerangkan tentang part KITA sahaja. huhu...tapi memang betullah kata Intan, mantap sangat2. satu2 point dan hadis ku catat di dalam buku nota. memang faham sgt berbanding ISK yang ku dapat tahun lepas. yelah, dpt dgn Ustaz mmg la berbeza dengan dapat dengan kwn2 kan. rasa mcm btul2 join n ada kat tempat tu sekali dgn ikhwah akhawat kat situ.

malam Sabtu pula, selepas Isya' ku tetapkan untuk membuat usrah PRIMA yang pertama semester ini buat adik2 usrahku di 4th. kali ini santai-santai je, mengajak mereka tengok movie pejuang islam di Libya, pasal Umar Mukhtar. walaupun tak semua yang hadir, ku tetap bersyukur kerana rancangan dipermudahkan. alhamdulillah. kami mulakan usrah dengan bertadabbur surah At-Taubah, seperti mana ku bertadabbur bersama usrahmates 2 hari lepas. discussion dan sharing session skit pasal peranan kita sebagai muslim untuk menangani isu Palestin. movie get to started till 12.30am. maaf la ye, sampai ngantuk2 korg tgk cite tu, tapi sempat gak tahan mata tgk sampai endingnye kan kan? moga2 kita lebih bersemangat untuk mempertahankan islam seperti mana mujahid dan mujahidah yang kita lihat dalam movie tadi. =)

esok pagi pula sudah plan nak ke Taman Tasik Perdana bersama Syikin dan adik2 usrahnya yang lain untuk sesi taaruf bersama adik2 yang nak ke Jepun insyaAllah...

2 comments:

LadyMary said...

slm hormat kak syi... tma ksh krn sudi menjemut mary menonton movie Maryam yg amat bermakna 2.. mary amat teruja n ingin mengetahui lbh lanjut ttg movie MARYAM 2.. klu diizinkan Tuhan mary harap dpt menonton sambungan episod yang seterusnya... Terima kasih n teruskan usaha kak syi.... Moga dirahmati....

sHi said...

salam hormat juga buat mary, sama2 mary. its my pleasure, dear. insyaAllah..dengan izin Tuhan kite akan sambung tgk cite tu sama2 ye. kalau Mary free, bgtau je akak keh. ketuk pintu bilik buleh, YM pun buleh. hehehe. moga kite smua mendapat berkat dan rahmat dariNya. =)