Monday, June 2, 2008

bedtime stories (Cinderella atau Terjemahan al-Quran??) u choose~



morning malaysia!!! hehe..alhamdulillah, syukur kita pada Illahi kerana masih lagi memberi kemurahanNya pada kita iaitu kita masih lagi bernafas di dunia yang fana ini.
pagi ini, sHi dgr satu kuliah pagi di ikim.fm berkisar tentang perdebatan Nabi Musa alaihissalam bersama Nabi Harun alaihissalam dengan Firaun dah ahli sihirnya. ini bukanlah kisah dongeng seperti Cinderella atau Snow White yang selalu dijadikan bedtime stories, namun kisah ini merupakan kisah yang benar2 terjadi dan tercatat di dalam surah Thaha iaitu surah ke 2o di dalam al-Quran. ada satu doa yang Nabi Musa a.s mohon pada Allah ketika ingin berhadapan dengan Firaun, tak lain dan tak bukan ialah doa yang kita sering baca sebelum belajar.

rabbi syrahli sodri wa yassirli amri wahlul u'qdatan min lisaani yafqahuqauli.
maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku. (Taha, ayat 25-28)

so lepas ni, before tido, boleh la baca terjemahan al-Quran sebagai bedtime stories ye. sHi pun lum habis cover lagi surah Thaha ni. pengajarannya laaagi byk berbanding cite kisah dongeng Cinderella tau. Jom! ;)

pastu bis kuliah td, dgr plak lagu dari Alarm-Me tajuk I Wanna Be Somebody. Aloo, takde lagi la lagu ni dlm my storage. takpe, nanti cari. Hurm,what do u wanna be? What is our main focus? For me, there's only this option --> Hidup yang mulia atau mati syahid. Samada sHi ingin hidup dengan mengamalkan amar makruf nahi mungkar dan mengharapkan semata2 keredhaanNya ataupun mati sebagai salah seorang para syuhada' yang berjuang kerana agama Allah, fisabilillah. How about u my frens? Think about it wisely yah! ;) well,here is the lyrics:

Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

*Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu, bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I wanna be somebody

* Al-Ra'd, ayat 11.
surah ini dinamakan al-Ra'd bererti guruh kerana mengandungi pujian untuk guruh yang sentiasa bertasbih kepada Allah dalam ayat ke 13 daripada surah. Guruh adalah satu fenomena alam yang ajaib yang tertera kepadanya kekuasaan dan kerajaan Allah. Walaupun pada zahirnya, ia suatu yang menakutkan, tp sebenarnya ia merupakan makhluk yang sentiasa bertasbih dan mendtgkan kebaikan berupa air yang diturunkan melalui awan. Subhanallah!
(rujukan: Al-Quran mushaf Malaysia dan Terjemahan 2005)

sHi sangat suka lagu-lagu nasyid yang memasukkan firman Allah dalam liriknye. ada satu lagi, Tika Dinihari dari Devotees. sedikit sebanyak kite dapat gak hafal kan? tringin nak jd hafizah. :)

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang ini
Melainkan dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu hari yg aku lalui
Kecuali dengan patuh kepadaMu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut namaMu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunanMu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku tetapkanlah
hatiku moga sentiasa
dalam agamaMu
Jua taat akan perintahMu

*Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
seperti
Yang pernah Kau berikan
Kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah kami

* Al-Baqarah, ayat 286 (slalu kite baca dlm mathurat kan?) ;)

8 comments:

dalili said...

hmm.. ada satu hal yg jarang diketahui org lain... kisah cinderella, snow white dll dlm disney tuh sbnrnya satu method dakyah org christian juga. tanpa kita sedari, itulah sbnrnya doktrin kristian skrg.. 'and they live happily ever after'.. skrg ni christian sedang dlm fasa ini. dlm perancangan utk konspirasi armageddon.. uh, rumit jgk la nak terangkan psl menda alah nih~~
adeh, membebel plak.. hehe..
teruja baca topik nih..

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

iye ukhti dalili, btul2..dh byk sbnarnya kite ni terpengaruh dgn mereka. satu jajahan minda. rite? jazakillah =)

UNINX said...

Salam..

cik syahirahhanimidris bleh tak ceritakan sikit tentang Al-Quran mushaf Malaysia dan Terjemahan 2005 detail sikit.. Ana nak beli satu tapi x tahu nak cari kat mana..

harap cik syahirahhanimidris boleh tolong..

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

wslm uninx,
owh, terjemahan tu boleh didapati di mana2 bookstore. cuba cari ye. insyaAllah dapat.

UNINX said...

Salam..

Tk sbb sudi bantu.. semalam ana gi mph cari kitab terjemahan nie.. tapi x jumpa la..
kitab terjemahan nie keluaran mana yea..

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

hurm, tak pasti plak sbb terjemahan tebal ni ada di rumah. tapi memang banyak leh jumpa. cuba cari bookstore lain gak ye.

UNINX said...

Salam..

Alhamdulillah.. Ana dah jumpa dah kat mph ptg semalam.. Cuma terkejut.. tebal sangat, kalau banding dgn foto cik syahirah.. kitab nie macam nipis aja.. Apa-2 pun terima kasih sbb bagi bantuan.. wassalam

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

waalaikumussalam..owh, terjemahan tu mmg tebal sgt. mungkin dlm gamba mmg nampak nipis. tp ia memang tebal. apapun, syukur Allah permudahkan. moga bermanfaat~