Wednesday, June 18, 2008

C.I.N.T.A (what is our priority?)

ketika rakyat Malaysia sedang sibuk berbincang/berdebat selepas mendengar penjelasan Tan Sri Hassan Merican mengenai peranan Petronas tentang kenaikan harga minyak yg melanda negara mlm td, sHi pula terasa ingin mencatit serba sedikit mengenai apa yg sHi baca di blog muharikah, blog kak aisyah yang baru sHi kenali ptg td iaitu mengenai Prioriti Cinta.

its about cinta..cinta?? cinta!! yes..cinta. cinta ialah satu perasaan yg sgt suci yg tak boleh dipisahkan dari kehidupan manusia. mmg Allah jadikan perasaan cinta itu untuk semua. semua manusia berhak mencintai dan dicintai.

Firman Allah:

Katakanlah, jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
( Surah At-Taubah, ayat 24)

menurut blog muharikah, terdapat 3 prioriti dalam mengklasifikasikan cinta iaitu tertinggi, pertengahan dan terendah.

1) Cinta tertinggi - ialah bila kita letakkan cinta kepada Allah (mahabbatullah), cinta kepada Rasullullah (mahabbaturrasul) dan cinta kepada jihad melebihi dari segalanya.

2) Cinta pertengahan - ialah cinta kepada ibu bapa, anak-anak, saudara mara, suami/isteri dan kerabat. cinta ini muncul kerana keterikatan hubungan dengan orang yg dicintainya, iaitu dengan ikatan aqidah, keluarga, kekerabatan dan persahabatan. Ini termasuk cinta yang dipandang tinggi oleh syariat Islam dan merupakan cinta kedua selepas Allah, rasul dan jihad di jalanNya.

3) Cinta terendah - ialah bila cinta seseorang itu melebihkan cinta keluarga, kerabat, harta dan tempat tinggal dari cinta kepada Allah, rasul dan jihad fisabilillah. Apabila cinta ini dijadikan nombor satu dalam kehidupannya jadilah dia cinta yang paling hina dan keji. Cinta ini termasuklah menyintai sesuatu selain dari Allah, menyintai dunia dan cintakan hawa nafsu.

wallahua'lam.

* jazakillah to kak aisyah for this tazkirah. Kak aisyah is taking medic in UK. sape yg suka bc cerpen boleh ke blog nya di http://muharikah.wordpress.com. mmg best la cerpen2 dia. u r so talented being a writer la kak. nanti bile2, akak bg home address, sHi akan belikan buku Cinta Bertasbih tu and post it to u. sian lak, kepingin sgt nak baca tuu. hehe..insyaAllah. ;)

Ya Allah, jika aku jatuh cinta pada manusia, janganlah Kau biarkan aku mencintai dirinya melebihi dari mencintaiMu dan RasulMu. Kerana sesungguhnya cinta kepadaMu itulah yang hakiki, yang pasti, yang kekal abadi selamanya. Ku berdoa...


2 comments:

Badrul Aini Sha'ari said...

Salam perjuangan...

"Pada hari itu, tidak ada yang gunanya harta dan anak pinak melainkan bagi sesiapa yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat dan sejahtera"

Semoga anak2, isteri / suami dan keluarga serta harta kita tidak menjadi fitnah kepada kita di hari akhirat kelak...

wallahu a'alam.

sHi sYaHirAH HaNiM said...

smoga hendaknya. insyaAllah.