Sunday, June 8, 2008

tabarruj (berhias-hias/make up) ~



ye, malam ni sHi akan cerita sikit tentang tajuk di atas iaitu tabarruj. Tabarruj ialah di dalam bahasa Arab yang bermaksud berhias-hias. Sebenarnya, sHi pun tak berapa tahu sebelum ini, namun bila sHi tanya pada kak Salwa, barulah sHi tahu serba sedikit mengenainya. Dan sHi lebih memahaminya bila baca artikel dlm website http://bahantarbiyyah.info
Berikut ialah ringkasan mengenai tabarruj, petikan dari Dr Abdul Karim Zaidan :

TABARRUJ

- Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan
kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan merangsang keinginan
mereka. Dalil: surah al-Ahzab ayat 33.
- Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan
muka, kecantikan dan perhiasannya.
- Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana
wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan
kecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj hari ini dengan memdedahkan
separuh tubuh, malah lebih dari itu.
- Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah
s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al-
‘aariyaat).
- Tabarruj yang diharamkan ialah:
- Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
- Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
- Bersolek dan berhias belebihan.
- Menggunakan alat-alat solek / make-up.
- Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).
- Dan lain-lain.
- Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada
dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.
- Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:
- pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
- pakaian itu mestilah longgar
- tidak nipis
- bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
- tidak menyamai pakaian lelaki
- Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.
- Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj.
- Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.
- Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian
atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.
- Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek,
termasuk membersih sesuatu yang fitrah.
- Jenis perhiasan antaranya:
- Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
- Pakaian luar dan dalam
- Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah
dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan
isteri yang suaminya tiada di sampingnya.
- Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah
tabarruj.
- Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat
semulajadi:
- Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh
bagi yang berkahwin untuk suami.
- Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodoh
dipandang.
- Memerahkan muka. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.
- Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan
- Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai
tabarruj.
- Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.
- Bersolek dan berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj.

* u can download the complete article by clicking the big title above.

Firman Allah dlm surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu sentiasa berada di rumah kamu dan
janganlah kamu berhias diri spt mana yang dilakukan oleh org jahiliyah zaman dahulu, serta dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu dengan semuanya itu kerana hendak menghapuskan dosa yang mencemarkan kamu, wahai Ahlul Bayt (isteri-isteri Rasulullah) dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

* Ahzab bermaksud golongan yg bersekutu

*
for me, posting a picture to public such as in frenster etc is not gud. its kind of tabarruj. wpun ianya hanya muka dan tapak tgn, namun jika ianya ditunjukkan dgn niat tak baik (ingin menunjuk2 kecantikan yg ada etc), lebih baik dielakkan bnda2 gni.
lagi satu kan Allah suruh laki dan pmpuan tundukkan pandangan
(rujuk surah an-Nur ayat30-31)
jika kita letak gamba kite dlm frenster or pape yg dijdkan bhn public, camne kite nak tundukkn pandangan tu. logic kan? as a true muslimah, we should change what are we supposed to change. obviously,all these are as a reminder for me as well. hidup ini hanya sekali dan inilah masanya kite wat amal kebajikan selagi mampu. jangan takut untuk mati, sbb kita akan dpt bertemu Al-Khaliq, pencipta kita. namun kite perlu takut mati jika kita masih lagi hidup di dalam kekufuran.


i'm gonna change what i supposed to change. insyaAllah.

No comments: