Tuesday, June 10, 2008

perjuangan ~


mlm ni sHi teringin nak share semua lagu2 yg sHi rasakan memberi semangat pada sHi tuk berjuang di jalan Allah ini.. yes, mmg bukan mudah, bukan senang..it takes time for me.. tp sHi yakin, ending nya nanti akan menjadi manis. bak kata pepatah, bersusah-susah dulu, senang-senang kemudian kan. ;)

1) Perjuangan - Saff One

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dahsyat menggerunkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawah air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ya Allah
bantulah kami hidup di dunia dan akhirat

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang Esa

2) Sunnah Orang Berjuang - Hijjaz

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
dibelenggu dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cinta
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga

3) Hijrah Menuju Allah - Devotees

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para Solihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

Firman Allah:

Dan sungguh, inilah jalanKu yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan yang lain yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertakwa.
(An'am, ayat 153)

* An'am bermaksud binatang ternakan

This is my way... No more turning back!

2 comments:

hafiz said...

yes..its not an easy way. But Allah with us if we really commit, insyaAllah. Keep it up!

sHi sYaHirAH HaNiM said...

jazakallah, i will =)