Wednesday, July 30, 2008

PRIMA - Program Ilmiah Mahasiswa


salam,

dh lama rasanya tak update blog sHi ni..sgt sibuk dengan test, lab report dan assignment yang memerlukan tenaga fizikal dan mental. huhu..

Isnin malam yang lepas, PRIMA telah mengadakan pertemuan pertama dengan juniors. surau 4th memecahkan rekod apabila surau sangat padat dengan jemaah. berdasarkan pengalaman ku selama 4 tahun di 4th, jemaah hanya akan ramai hanya ketika solat tarawih dan ketika nak final exam. biasanya jemaah perempuan hanya 2 baris sahaja. tp kali ini alhamdulillah, mungkin kerana program PRIMA ini diwajibkan oleh semua juniors, sampai tidak ada ruang tuk adik2 yang baru turun untuk duduk hinggakan ada yang terpaksa berdiri. ku rasakan tidak mengapa mereka turun kerana diwajibkan. kerana mungkin Allah akan bukakan dan gerakkan hati mereka untuk turun di surau selepas ini dengan kerelaan hati sendiri, kerana Allah dan bukan kerana takut pada manusia semata-mata.

PRIMA ialah short form tuk Program Ilmiah Mahasiswa dengan membawa motto bertajuk "Agama Sebagai Wahana Pembentukan Generasi Bertamadun". sebenarnya ianya lebih kurang seperti Usrah. Ku setuju dengan motto yang diberi, sungguh umat Islam sekarang kembali ke keadaan seperti di fasa Mekah dahulu, iaitu tidak bertamadun. Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap Muslim di akhir zaman ini untuk kembalikan generasi bertamadun. pada awalnya ku agak ragu2 untuk terima pelawaan untuk menjadi mentor ini kerana ku sudah tetapkan hatiku tidak mahu join apa-apa projek kolej lagi tuk sem ini, namun Allah mengilhamkan tuk aku terimanya apabila ku merasakan ini adalah satu cara yang baik untuk aku berdakwah. lagipun ianya hanya seminggu sekali dan ku yakin jika aku tolong agama Allah, Allah akan tolong ku dan teguhkan kedudukanku. so apa nak dirisaukan. ;)

Ku digandingkan dengan Zana sebagai mentor untuk 10 mentee yang terdiri dari 1st year juniors. setiap ahad malam, kami semua mentor akan menghadiri satu taklimat mengenai modul PRIMA ini bersama dengan Presiden 4th. oleh itu, setelah kami faham modulnya, maka senanglah nak explain pada adik2 nanti. kami memulakan dengan sesi At-Ta'aruf. Antara isi kandungan modul:

1) Pengenalan PRIMA - umpama keluarga, usaha utk memahami dan menghayati dan mempraktikkan apa yang diajar dalam agama Islam, kakak perlu guide dan observe adik2

2) Tujuan dan objektif - rapatkan silaturrahim

3) 3 Rukun Keluarga - At-Ta'aruf (saling berkenalan), At-Tafahum (saling memahami) dan At-Takaful (saling bantu membantu)

Hadis Nabi:

Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara sebahagian dengan sebahagian yang lain. (Al-Bukhari)

Hadis Nabi:

Sesiapa yang memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga Muslim, maka Tuhan tidak melihat kepadanya selain daripada syurga.

4) 3 Martabat Ukhwah - Husnu Zon (bersangka baik), Mustawa (kesamarataan) dan Ithar (melebihkan yang lain)

5) Kisah Tauladan

6) Motivation Words

ku minta mereka sendiri membacakan isi kandungan modul dan memberi pendapat masing2 sebelum kami menerangkan kepada mereka dengan jelas. istimewanya kumpulan sHi dan Zana ini, kami menyediakan "hand made" book mark tuk diberikan kepada adik-adik. Di dalamnya ditulis:

In happy moments, praise Allah, in different moments, seek Allah
In quiet moments, worship Allah, in painful moments, trust Allah
In every moment, thank Allah

...Boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai kepada sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.
Allah yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216)

selepas selesai menerangkan modul 1, ku memberikan mereka assignment. ku rasakan aktiviti dan program ku bersama mereka tidaklah limited pada modul semata-mata. ku ingin mulakan dengan perkara basic dahulu.

sHi: "Siapa yang hafal surah Al-Fatihah? mesti semua dah kan, mestila kena hafal kalo tak, tak sah la sembahyang sbb tu adalah rukun solat btul? tapi siapa yang hafal terjemahan dalam surah Fatihah? Haa..meh cni akak ajar cmne nak ingat.

ku berikan kepada mereka seorg satu helaian surah Al-Fatihah dan terjemahannya yang ku cari di dalam internet lewat petang itu. ku mengajar mereka cara bagaimana ingin menghafal dengan mudah. ku minta mereka bahagikan suku kata yang terdapat dalam ayat 1 hingga ayat 7. dan ku berikan makna satu persatu, mereka tulis terjemahan bagi suku kata tersebut di atas nya. dan alhamdulillah, pabila ku soal semula, ramai yang dah ingat. ku terangkan kepada mereka tujuan menghafal terjemahan ini adalah supaya kita lebih khusyuk dalam solat.

sHi : bagus, ha next week kite jumpa lagi, akak nak soal satu persatu kat sume org terjemahan Al-Fatihah. boleh?

adik-adik: Bolehh !

akhir sesi, kami ramai2 menyanyikan lagu tema PRIMA. lagu ini sebenarnya ialah Doa Rabithah di dalam Al-Mathurat. sungguh ku pilu apabila ku hayati doa ini. kami tangguh majlis dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr serta solat Isya' berjemaah bersama.

Hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumi Mu
Hati ini telah berpadu bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendukung
Syariat Mu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada (2X)
Kekalkan kemesraan yang ada tunjukkanlah jalan yang benar
Penuhkanlah dengan cahaya Mu tiada malap terangi alam Mu
Hidup suburkanlah dengan makrifat Mu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia (2X)

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
(Al-Hujurat, 49:10)

Adik-adik dan kawan-kawan,

Selamat Berithar! marilah kita sama-sama berusaha mencapai martabat ukhwah yang paling tinggi ini =)

* hurm, usrah kami belum ada lagi nama. Ha, ku sudah tahu nama yang sesuai tuk dijadikan nama usrah kami. minggu depan akan ku umumkan nama usrah kami. =)


Saturday, July 26, 2008

Muhammad, the Last Prophet

a scene from the animated "Muhammad: The Last Prophet"

this post supposed to be written last nite, but UM server down for the whole day, so here was my story:

every friday i got chemistry lab. 4 hours in the lab with empty stomach, standing, walking and looking at the blurry computer with my lecturer make my head spinning. alhamdulillah, the weather was not so hot for me to walk back.
at night, i continued watching Muhammad the Last Prophet. bermula ketika Rasulullah S.A.W menerima wahyu pertama di Gua Hira', diceritakan pada Khadijah, Sumayyah yang pertama mati syahid, Bilal yang diseksa dan akhirnya dibeli oleh Abu Bakar, penduduk Mekkah memboikot umat Islam, perjanjian yang dilakukan dimakan anai-anai kecuali perkataan Bismikallahumma, disusuli Tahun Kedukaan di mana Khadijah wafat disusuli Abu Talib. Kemudian hijrah ke Madinah, di mana ketika di dalam gua, labah-labah membantu membuat sarang untuk menyembunyikan kehadiran Nabi dan Abu Bakar. Madinah menjadi negara Islam, bebas beribadah pada Allah, kemudian Perang Badar bermula, disusuli Perang Uhud (Hamzah gugur syahid) dan Perang Khandak (Allah bantu turunkan ribut pasir yang dahsyat) serta pengislaman beberapa musuh Islam. ku dengar lagu nasyid berkaitan puteri Abu Bakar iaitu isteri kesayangan Rasulullah, Saidatina Aisyah:

Humaira - Unison

Dikaulah puteri ayu sahabat terbilang
Menjadi penyeri hidup khatimul anbiya'
Sifat taqwa padamu menghias peribadimu
Oh Siti Aisyah Humaira..

Oh Humaira kau penawar
Tika Nabi kehilangan Khadijah
Oh Humaira kaulah contoh
Sehingga digelar Ummul Mu'minin
Oh Humaira serikandi
Bersama rasul menyebar ajaran mulia
Oh Humaira kau penghibur
Setia bersama Rasulullah tercinta

Dikaulah puteri ayu sahabat terbilang
Menjadi penyeri hidup khatimul anbiya'
Sifat taqwa padamu menghias peribadimu
Oh Siti Aisyah Humaira..

Oh Humaira kau penawar
Tika Nabi kehilangan Khadijah
Oh Humaira kaulah contoh
Sehingga digelar Ummul Mu'minin
Oh Humaira serikandi
Bersama Rasul menyebar ajaran mulia
Oh Humaira kau penghibur
Setia bersama Rasulullah

Ooh Aisyah..
Dikaulah serikandi...
Ooh Aisyah

ketika ku revise nota untuk test next week, rakanku yang agak baik denganku sejak sekolah menengah menelefon dan bertanya khabar. oleh kerana rakanku ini lelaki, ku tidak bercakap panjang dengannya, inilah akhir perbualan kami:

Mr E: Shi, doakanlah aku supaya jadi macam ko.

sHi: InsyaAllah, aku doakan, cuma satu aku nak cakap. Hidayah ni ibarat tingkap. If u want to get the light, u have to open the window rite? same goes to hidayah. kalo ko nak hidayah tu dtg pada ko, ko kena buka hati ko tuk dapatkannya. mcmne nak dapatkannya? usaha untuk berubah ke arah kebaikan dan sentiasa berdoa kepadaNya.

pagi tadi mak dtg membawa nasi lemak dan biskut Mama Carey yang di order. kami berempat (bersama adik2 rumates) bersarapan dan seterusnya kami menghala ke Bank Islam tuk mengambil duit. Ku beri pada mak RM1k tuk dimasukkan dalam Tabung Haji dan RM400 sebagai sagu hati buat mak dan ayah. itu sahaja yang ku mampu setakat ini. setibanya di Masjid Jamek terus mak menghala ke kedai menjual kain. rambang mata btul kami melihat kain2 yang sgt cantik. syukur, dapat pun kain buatku, mak dan ayah tuk dibuat baju untuk wedding kakakku bulan Dec nanti. settle! kemudian, terus ku mengajak mak ke Fajar Ilmu untuk membeli tafsir Quran dan hadis 40 yang telah diorder. memang berat sangat, ku biarkan mak memegang air, tak sanggup nak mintak mak bawakan kain2 yang dibeli dan tafsir Quran dan Hadis 40 yang berjumlah 15 buah setiap satu. ku rasakan cukuplah pengorbanan mak dari kecik hingga ku besar panjang hingga sekarang. biarlah lenguh sedikit bahu ni pun takpe, tak sama dengan lenguh mak ketika mendukungku ketika kecil dulu. sebelum naik ke bilik, ku salami ciumi mak dan berterima kasih banyak2 pada mak kerana membantuku untuk menjalankan business ini. saaaaayang mak! and to ayah, thanks 4 the camera. appreciate it so much! ;)

1 sms received from ayah:

Salam. Belum kerja lagi dah beri sumbangan kat ayah! Itu adalah antara ciri-ciri anak yg solehah. Ayah bersyukur pada Allah. Terima kasih banyak atas kiriman trs. - Ayah

sHi replied:

Wslm..Tu hanya sekelumit, xsmpai 1 peratus pun berbanding apa yg mak ayah dh lakukan tuk Hanim dari lahir smpai skrg. Hanya Allah dpt balas budi, titik peluh dan pengorbanan mak ayah pd Hanim. Amik la ia sbg sumbangan kecil dr Hanim. =)

* ramai rakan-rakan dan juniors yang menegurku semakin kurus..ku tak perasan tp mungkin juga, memang di rumah ku tidak banyak makan. mereka banyak katakan ku kurus mungkin kerana makan hati atau tak sihat. mungkin juga kerana penampilan ku sekarang. hakikatnya alhamdulillah, hidupku sekarang teratur, terisi dengan manfaat dan sihat tubuh badan. 3 tests becoming next week. ku harus cuba tuk fahamkan konsep dan hafal tuk Geologi. Rahmah..nak belajar kimia dengan awak esok. =)



Wednesday, July 23, 2008

running a small business lillahita'ala


alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengilhamkan diriku untuk membuka bisnes di kolej 4th ini. ku tak sangka sambutan yang diberi sangat hangat. listing in order begitu banyak. syukur Allah permudahkan. ku dapat harga yang murah dari supplier dan ku jual dengan harga yang berpatutan. ku gunakan duit ku dahulu untuk membeli dan mereka boleh membayar secara ansuran, asalkan tafsir/buku berada di tangan mereka digunakannya, sudah memadai bagi hatiku. bak kata KD ketika di program ISK, usaha yang dikira oleh Allah untuk beri kita pahala, dan bukan hasil kerana hasil adalah hak Allah untuk beri pada hambaNya. baik dan buruk sumenya dtg dariNya kerana Dialah yang Maha Mengetahui. 2 bisnes telah pun dijalankan dan satu lagi akan datang, insyaAllah.

1) Jual tafsir Al-Quran (organizer/diary Quran) dan novel agama/buku motivasi/hadis 40 etc
2) Jual biskut raya Mama Carey yang sangat sedap (syukran mak sbb sudi tlg jadi ejen)
3) Jual tshirt labuh muslimah (sedang confirmkan dengan supplier)

* dulu ku pernah membuat bisnes topup dan keuntungannya ku gunakan untuk keperluan ku sendiri, namun sekarang ku sedar matlamat hidup ku hanyalah kerana Allah. oleh itu segala keuntungan yang ku dapat akan ku pulangkan ia semula ke jalan dakwah dan bukan untuk kepentingan diriku sendiri. InsyaAllah. ku ingin kumpul bekalan untuk di akhirat kelak, itulah tujuan dunia kan? :)

Firman Allah:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Al-Baqarah, 2:261)

Firman Allah:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah, 9:111)

sesungguhnya, sudah tentu jual beli yang paling berharga bagiku ialah urusan jual beliku dengan Allah. iaitu Allah membeli harta dan diri kita dan Dia memberikan kita syurgaNya. alangkah ruginya mereka yang tidak tahu menghargai pemberian yang amat berharga bagi orang-orang mukmin ini. Allah, rahmatilah hidupku ini.

* alhamdulillah, akhirnya setelah menunggu beberapa lama, biasiswa KPM pun masuk. seperti biasa RM1k akan ku minta mak terus masukkan terus ke dalam akaun Tabung Haji tuk saving. dah selebihnya barulah digunakan untuk perbelanjaan secara sederhana.

Mengamalkan beberapa Wajibat 38:

22. Peruntukkan sebahagian wang kita untuk dakwah dan orang yang memerlukan
23. Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja

=)

Sunday, July 20, 2008

I.S.K @ Kajang 19-20 July 2008

2 hari 1 malam (Sabtu & Ahad) ku ke program ISK di Kajang bersama Intan..its a short form of Ini Sejarah Kita. hatiku memang menunggu saat pagi Sabtu yang indah. pada mulanya, ku terasa takut kerana risau jika ku dipinggirkan atau tiada kawan di sana kerana ku masih lagi baru di dalam perjuangan menuju Allah ini. sampai di komuter Kajang, KD dan Nadia menunggu kami dan membawa kami ke Intisar. sudah banyak kali ku ke Kajang, namun hari itu destinasi dan tujuanku amat berbeza sekali. iaitu ingin mencari ilmu kerana Allah.

menunggu sahabat yang lain tiba, ku berkenalan dengan beberapa sahabat baru, ada yang sudah mengenali diriku, melalui Intan, melalui blog, melalui Kak Salwa. hampir pukul 10.30 pagi, kami bergerak naik ke atas dan memulakan sesi taa'ruf. terbukti Islam tidak mengenal siapa, umur , rupa, harta, bangsa. kami masing2 dari berlainan universiti dan berlainan course (accounts, economy, chemistry, arts, TESL, english, seni visual & PJ, medic, sc education, sejarah etc). ada yang sebaya denganku, yang senior dariku dan majoritinya boleh digelarkan sebagai adik2 tersayang. hampir 50 akhawat yang hadir dalam sesi ISK kali ini. sungguh ramai. kami berkumpul dan berjumpa di bawah satu bumbung dan di bawah satu program.

IPBA - Syikin, Zu, Mazny, Mas, Yana
INTISAR - Atiqah, Khadijah, Husna
MMU - Anis, Shikin
UPM - Arifah, Yana, Haida, Mimi
UM - Intan, sHi
UIA Nilai - Zulaikha, Iman, Busyra, Mimi
Taylor's College - Mariam
UPSI - KD, Akma, Asma', Dayah
Monash Uni - Abby, PQ, Filzah, Atiqah, Ziha, Auni, Farah, Yaya
UKM - Atiqah, Sal, Wan Yana, Nazirah
USIM - Ju, Farhana, Balqis
Twin Tech - Khaulah
UNIM - Maziah, Pia
Nottingham, UK - Asma'
Birmingham, UK - Murni


ada lagi beberapa akhawat lain, afwan kerana tidak berapa ingat mereka dari mana. Kak Khadijah yang dulunya ex UM dan sekarang menjadi suri rumah turut hadir membawa baby gurlnya, Fatimah Az-Zahra yang sangat comel dan tak byk ragam. ada sorg lagi baby, Nuqman yang sangat berat dan tembam. kami semua masing2 mengambil peluang mendukung dan bermain dengan mereka.

Sesi 1: dimulakan oleh KD (bakal cikgu Bio) bercakap mengenai KITA

Points penting:

1) Apa itu ISLAM? - tunduk dan berserah diri
Mana betul antara Saya pelajar Muslim ATAU Saya Muslim yang belajar - jwpn ialah Saya Muslim yang belajar sbb tekankan priority kita sebagai seorang Muslim dahulu, barulah keduanya iaitu belajar dan bukan sebaliknya.

2) Siapa sebenarnya KITA? - ialah umat Islam

3) Kelebihan yang diberi untuk manusia ialah kurniaan/rezeki dari Allah
Dalil: An-Nahl 16:7


[16.71] Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?

4) Kurniaan sebenarnya adalah ujian - jika manusia itu menggunakan kelebihan/kurniaan itu ke jalan yang salah, maka ia akan menjadi manusia yang sia-sia. dalam erti kata lain, hanya menjadi bahan lebihan dunia sahaja. ruginyaaaa...
Dalil: Al-An'am 6:165

[6.165] Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


5) Hadis Nabi: Manusia itu ibarat logam, lebihnya dia ketika di jahiliyyah juga lebihnya ketika dia di Islam, sekiranya dia faham ( Shahih Bukhari)

- kaitan manusia dengan logam ialah logam mempunyai banyak kegunaan, boleh digunakan untuk tujuan baik dan tujuan buruk
- Cth terdekat ialah Khalid al Walid, menjadi logam ketika jahiliyah (menjadi musuh ketat Islam sewaktu Perang Uhud) dan menjadi logam ketika Islam (menjadi orang yang berjuang ke jalan Allah)
- Juga sama seperti Saidina Umar yang terkenal dengan sifat garangnya dan gangster ketika sebelum masuk Islam dan selepas masuk Islam, digunakan dengan memberi manfaat kepada dunia.
- Islam tidak membataskan kelebihan seseorang itu tapi Islam menjadikannya ke arah yang lebih baik dan memberi manfaat kepada dunia. ( Adakah kita menggunakan kelebihan yang ada dengan bermanfaat??)
- Beza "fakihu" dan "fakuhu": "Fakihu ialah orang yang tahu (fakih) tentang Islam manakala Fakuhu ialah orang yang faham Islam dan melaksanakannya. (Kita nak jadi yang mana??)
- Cth ialah Sumayyah, walaupun ketika zaman itu, tiada hukum hakam dalam Islam lagi seperti solat dan puasa, beliau tidak fakih tentang Islam, tapi kerana beliau fakuhu, beliau sanggup mati syahid kerana keimanan dan ketaqwaannnya kepada Allah.

6) Hadis Nabi: Siapa yang Allah hendak berikan kepadanya kebaikan, difahamkannya dalam agama
- Kebaikan yang paling baik ialah mendapat kefahaman dalam Ad-Deen (agama Islam)
- Hadis Nabi (hadis ke-2 dalam Hadis 40 Imam Nawawi, juga dikenali sbg Hadis Jibril) menerangkan mengenai Ad-Deen iaitu bukan semata-mata Islam tetapi termasuklah Iman dan Ehsan.

7) Hadis Nabi: Ketahuilah bahawa setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Shahih Bukhari dan Muslim)

- Beza otak dan hati: Otak memproses maklumat dan hati merasai fiqh/aqal maklumat
Dalil: Al-A'raaf 7:179

[7.179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.


8) Matlamat hidup KITA - matlamat tidak menghalalkan cara

(i) IBADAH - apa sahaja yang dilakukan kerana Allah dengan cara yang betul, dapat pahala
Dalil: Az- Zaariyat 51:56

[51.56] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(ii) KHALIFAH - bukan setakat menjadi pentadbir Bumi, malah tujuan untuk menyedarkan dan mengajak orang untuk memahami Islam itu sebetulnya.
Dalil: Al-Baqarah 2:30

[2.30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


Sesi 2: Sesi bersama KD berakhir, kami berehat sebelum meneruskan sesi 2 iaitu part SEJARAH bersama Arifah, si bakal doctor yang hyperactive dan layak menjadi cikgu tadika =D, diikuti oleh 3 presenter jemputan dari UK sehingga malam menjelma dan disambung pada pagi Ahad hingga tengahari.


1) Tujuan belajar sejarah?? Tahukah anda bahawa 2/3 dari dunia adalah Islam yang punya satu ketika dulu??

- utk menyedarkan semula kerana Barat telah pun mengaburi mata kita dan hanya menindas orang Islam. dalam erti kata lain mereka telah menipu bulat2 kitaaaaa!! (argh, geram geram geram, marahh sgt2!)
- adakah anda tahu, Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Zaman Logam yang selama ni kite baca dlm buku Sejarah dan menghafalnya satu persatu semuanya adalah dusta semata?? mereka mendakwa selepas kedatangan mereka lah, baru manusia bertamadun. sedangkan adakah anda tahu ketika zaman Nabi Adam, mereka sudah pun pandai berkebun, ketika zaman Nabi Nuh, kapal yang lagi besar dari kapal zaman sekarang telah pun terbina. sebenarnya manusia sudah lama bertamadun dan bukannya selepas kedatangan mereka!!!!
- rasa sekarang gak nak replace tempat jadi Menteri Pendidikan spy new syllabus subjek Sejarah dirombak. supaya anak cucu cicit kita takkan ditipu bulat2 oleh mereka ini!

2) 7 fasa

Mekah
Madinah
Khulafa' Ar-Rasyidin
Umayyah
Abbasiyah I
Abbasiyah II
Turki Uthmaniyyah

Mengikut gambar graf sejarah yang ditunjukkan di atas, sejarah kita bermula dengan Nabi Muhammad S.A.W menjadi Rasul dan mendapat wahyu pertama, kemudian berdakwah secara bersembunyi, dakwah terang-terangan di Mekkah, hijrah ke Madinah, bermulanya perang pertama iaitu Perang Badar (Islam menang) , disusuli Perang Uhud (Islam kalah kerana harta dan tidak mengikut kata Nabi), Perang Khandak (Islam menang, Salman buat parit dan Allah datangkan ribut pasir), beberapa perang lagi, Perjanjian Hudaibiyah dijalankan, pembukaan Kota Mekah dan Haji Wida'.

3) Allah menghadiahkan kota Madinah kepada Rasulullah selepas Tahun Kedukaan. Graf sejarah semakin meningkat ketika di Madinah untuk membina daulah. Selepas Rasulullah wafat, fasa seterusnya ialah fasa Khulafa' Ar-Rasyidin (4 sahabat Nabi: Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali) mengukuhkan daulah. Peristiwa penting: Saidina Abu Bakar memerangi orang yang murtad dan orang yang tidak mahu membayar zakat, Saidina Umar menghantar wakil ke sana sini untuk meluaskan Islam, Saidina Uthman mengumpulkan Al-Quran dan membuat baris pada ayat Al-Quran, Saidina Ali pernah bergaduh dengan Saidatina Aisyah dan Muawiyah. Fasa kemudian ialah Umayyah, bertujuan untuk meluaskan kuasa untuk menyebarkan Islam kepada semua. Peristiwa yang berlaku: Umar bin Muaffiq dihantar ke Maghribi untuk berdakwah, Musa bin Musair dihantar ke Andalus, Abd Rahman Ar-Raffiqi ke France, hampir menang tapi kalah kerana diserang hendap oleh orang Kristian yang sengaja untuk menarik perhatian umat Islam kerana harta rampasan perang diserang. Fasa kemudian ialah Abbasiyyah I( Kota di Baghdad, Iraq) di mana lahirlah segala tokoh ilmuwan spt Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Batutta dll. Ada Baitul Hikmah iaitu library, buka pusat ilmu, muncul 4 mazhab yang diguna pakai hingga sekarang, Islam menjadi Ustadziatul Alam iaitu ikutan kepada seluruh alam). Graf meningkat dengan tinggi sekali! Namun usaha bermula dari perjuangan seorang yang bernama Muhammad dan para sahabat akhirnya sia-sia apabila Ketua Nomad Monggol, Hulagu Khan berjaya menjatuhkan Sultan Al-Mutassir dengan senangnya, kerana Sultan tiada lagi izzah pada Islam, kerana terlalu pentingkan harta dunia. Graf menurun ketika fasa Abbasiyyah II di mana di sini semua buku-buku dan alim ulama' sudah tiada, tiada tamadun. Kemudian, graf mula naik semula ketika muncul seorang hero muda yang beriman berusia 24 tahun bernama Sultan Muhammad Al-Fateh di fasa Turki Uthmanniyyah yang berjaya menakluk Istanbul (Constantinople) iaitu Rom Timur. Hadis Nabi: Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera ialah pemimpin dan tentera di ketika itu. Beliaulah hero kita ketika itu! Namun selepas Sultan Abd Hamid (II) iaitu sultan yang terakhir yang mengamalkan sistem khalifah, graf kita kembali menurun dan menurun apabila Mustafa Kamal Attartuk yang hanya menjadi raja boneka oleh British itu menguasai, menghapuskan sistem khalifah dan memisahkan kita dengan Islam. sehinggalah sekarang, kita masih lagi dijajah oleh mereka. (Ghazwatul Fikr,perang minda)

4) Kesimpulan:

APA KAITAN GRAF DENGAN DIRI KITA?
- kerana kita ialah umat Islam, kita perlu mengikuti guide dari Rasulullah ajarkan dan lakukan, supaya Islam kembali gemilang seperti satu masa dulu.

HARI INI, KITA DI MANA?
- hari ini kita di fasa seperti di fasa Mekah dulu. Hanya terdapat sedikit dakwah, tiada daulah dan tiada tamadun lagi. penyakit wahan timbul iaitu cinta dunia dan takut mati telah bertaburan di dalam hati kebanyakan umat Islam seperti yang Nabi pernah katakan dulu. kita perlu menjadi seperti di fasa Abbasiyyah dulu di mana, ada dakwah, ada daulah dan ada tamadun!!!

APA YANG HARUS KITA LAKUKAN?
- menjadikan amal 7 sebagai langkah untuk kita kembali gemilang:

1) Individu Muslim
2) Baitul Muslim
3) Masyarakat Muslim
4) Daulah Muslim
5) Kerajaan Muslim
6) Empayar Muslim
7) Ustadziatul Alam

kerana ketujuh2 ini hanya mempunyai 1 matlamat iaitu ingin menegakkan kalimah Lailahaillallah dan berpegang teguh pada kalimah ini.



ku rasakan terrrrrlalu panjang dan detail untuk ku ceritakan tentang pengalaman serta ilmu berhargaku ini di dalam blog kerana bagiku setiap detik yang ku lalui ini amat amat amat manis dan tidak mungkin ku lupakan. kami tidur bersama, makan sedulang, minum segelas, solat berjemaah, baca mathurat bersama..semuanya dilakukan bersama, inilah nikmat ukhwah yang ku cari selama ini. buat Yana, nanti kita share opinion lagi pasal business yang bakal kita lakukan insyaAllah ye. ;) benar kata Kak Salwa, ukhwah fillah memang sweet, sangat manis, sangat indah. Sudah terbukti di depan mataku, ku rindukan kesemua yang berada bersama ku di sana. seolah-olah kami sudah mengenali sejak kecil lagi. seolah-olah kami adik beradik yang sudah lama tinggal bersama. sedangkan kami hanya mengenali dalam masa kurang 3 hari. ku sayangi mereka kerana Allah. semoga ketemu lagi di program seterusnya insyaAllah. smoga kita istiqamah dalam jalan lurus ini. ana uhibbukum fillah ~

tuk akhir sesi, video ditunjukkan dan kami ramai2 menyanyikan lagu ini bersama bersemangat dan kuat. akhir sekali, Iman mengucapkan "Takbir!" lalu kami menyahut "Allahu Akbar!" dengan lantangnya.

Adakah Kau Lupa - Alarm Me

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

:: jazakumullah khairan kathira ::

Allahua'lam

* Intan ada mengirimkan salamnya kepada semua pembaca blog sHi. jawab2...for u, ya ukht! =) alhamdulillah, cuti weekend ku kali ini tidak lagi seperti cuti weekend yang lepas..sumenye terisi dengan pengisian ilmu yang sangat bermanfaat pada diriku. nak join?? bagi sesiapa yang berminat dengan program sebegini, boleh la beritahu sHi ye. insyaAllah, program sebegini akan berterusan dijalankan. buat kita umat Islam...

graf sejarah umat Islam dari fasa Mekah hingga fasa sekarang, dulu kita pernah berada di puncak, pernah menjadi ikutan kepada seluruh alam, dan jatuh merudum hinggalah sekarang. apakah tindakan kita sebagai khalifah untuk menaikkan dan gemilangkan semula Islam seperti satu ketika dulu ??? di manakah hero2 seperti Muhammad al fateh dan Salahuddin al ayyubi pada zaman skrg?? kembalilah ke jalan yang benar wahai muslimin muslimat sekalian. (sila double klik pada gambar di atas untuk zoom in)

Friday, July 18, 2008

2 stories in 1 day

1) Title: Its hard to change people, so change yourself first!

This morning, i started my Physical Chem lab from 9am till 1.30pm. Its supposed to finish at 12 noon, but i will tell u why we ended up a bit late. tika kami sedang mulakan experiment, seorang lecturer lelaki masuk ke dalam lab. tak pernah lihat wajahnya dan tak pernah belajar dengannya. kami dengarkan briefing dari lecturer muda ini. dari firasatku ketika mendengar gaya beliau memberi nasihat pada bakal-bakal guru dengan kata-katanya, ku sudah dapat agak beliau pasti graduate from overseas, mayb Aussie, fikiranku meneka-neka. setelah hampir 3 jam bertungkus lumus menyiapkan experiment yang memerlukan kami dilute alcohol dan timbang menggunakan Torsion Balance untuk melihat the influence of elongation on surface activity for normal aliphatic alcohol chain, kami bertiga merupakan group yang terakhir keluar dari lab. setiap group perlu menunjukkan graph yang kami plot roughly kepada beliau. ku beranikan suara untuk bertanya padanya, dan memang tepat beliau mendapat degree dari uni di Aussie. ku tak berapa cam sangat universiti mane, tp di south part of Aussie. sememangnya ku nampak yang beliau ingin mengubah mentaliti orang Malaysia, especially orang Melayu yang selalu di "spoon-fed" kan oleh lecturer dan senang mendapat markah dalam exam. Katanya, ketika belajar di sana, memang ramai yang terkandas dan fail dalam exam. No compromise, no "kesian-kesian". Yes, i know how hard overseas students are. Di sini, kami tidak well prepared masuk lab dengan zero knowledge dan datang hanya utk menyiapkan experiment then rushing tuk balik. sedangkan sepatutnya kami perlu at least mendapat satu ilmu baru pada hari itu.

"Saya simpati dengan bakal-bakal cikgu yang ada ini" --> oohh, ku amat terasa sekali, menusuk di kalbu ketika mendengar ayat yang keluar dari mulutnya. malu, sangat2 malu, terasa ingin menutup muka ku di situ juga!

ku sangat setuju dengan usaha beliau yang ingin mengubah attitude + perception orang Melayu di negara tercinta kita ini. cuma mungkin beliau tidak boleh mengubahnya terlalu drastik kerana sudah tentu orang akan sukar menerimanya. Jika kita dah biasa makan nasi, bila suruh makan gandum, memang sukar tuk menerima perubahan itu kan? tp jika dilakukan secara perlahan perubahan itu, kelak kita akan dapat juga menerimanya. Keyword di sini ialah don't do it drastically, do it slowly but constantly. InsyaAllah Dr..usahamu itu baik dan semoga Allah permudahkan. Sungguh ku akui bahawa diriku juga termasuk di dalam golongan yang tidak well prepared ke lab. InsyaAllah akan ku majukan diri ku ini dari hari ke hari. Thanks Dr..i realized my mistakes today. Its hard to change people, so change yourself first, sHi ! :)

Firman Allah:

...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri...
(Ar-R'ad, 13:11)

2) Title: Siblings night out!

Sesudah azan Maghrib, ku bersiap dengan hati yang berbunga-bunga kerana malam ini buat pertama kalinya dalam sejarah hidup kami berlima berkumpul naik 1 kereta dan hang out + dinner di luar bersama (without mak dan ayah). memang sengaja mak tak pergi sbb nak bagi peluang kami berlima bergumbira bersama. ayah plak as usual 2 minggu sekali akan balik ke kampung tuk melihat kambing-kambing kesayangannya. around 8.30pm, kami ke Mid Val untuk dinner bersama di Nandos. (pilihan adik2 sbb diorg nak biskan duit Kak Salwa =P). sedang kami makan, mulalah peranan kami sebagai kakak untuk menerangkan purpose keluar berlima malam ni.

"Kita semua kena ingat yang kita berlima ialah adik beradik, dulu sekarang dan selamanya. susah senang bersama. sekarang kite berlima akan kuar bersama, nanti dah besar, semua dah kawin, dah ada wife/husband plus anak2, kita tetap akan kuar bersama juga dengan family masing2. " - Kak Syera

" Cuba bayangkan jika sekarang ini ialah ibarat kita berlima shj yang ada, mak ayah dah tiada lagi, so kita bergantung pada sesama kita shj, apapun kite kena tetap bersedia menerima hakikat bhw yang pergi tetap akan pergi, kite kena bergantung pada diri sendri lepas ni, dan tiada mak ayah lagi tuk bergantung harap kelak. so janganlah sekali kali ckp wpun Ah pada mak ayah." - Kak Salwa

"Luqman, amik la Medic tau. Nanti kite leh bukak hospital ke pas ni, leh kerjasama sume adik beradik. Bab-bab mesin, elektrik sume kite dh terer sbb amik Engineering, Kak Salwa plak amik bab account, Kak Syera hang ajar lah bakal-bakal doctor nanti, Hassan lak handle Agro Tech." - Hussin
(kami gelak sakan! =D)

"Boleh boleh..nak amik Medic kena terer pe eh? Aduhh, sume pure science kena power!" - Luqman

"Kak Salwa, tambah air, air kita dah bis, pedas la." - Hassan

Mr Luqman Hakim, Mr Hassan Soleh, Mr Hussin Ali

5 bintang ISMAZ

brothers & sistas 4 eva !

sesudah sampai ke kolej, ku sms mak dan ayah,

Salam buat ayah dan mak tercinta. Alhamdulillah syukur padaNya kerana bagi peluang tuk kami berlima hang out bersama mlm ni. Sgt2 hepi. Jgn risau, kami semua akan menjd anak yg soleh dan solehah. Buat ayah, smoga slamat sampai ke kg. Buat mak, gud nite. Wassalam.

=)

Wednesday, July 16, 2008

Pesona dunia...hanya sementara


salam,

i keep repeating this song recently. i luv it so much much. sangat menyentuh jiwa dan sangat memberi keinsafan. Sudah disebut di dalam Al-Quran bahawa dunia ini hanyalah hiburan dan permainan, akhirat ialah kehidupan yang sebenar. kenapa kita masih lagi mengejar dunia? masih lagi mencari kecantikan, mengejar harta, gaya dan jenama. kenapa masih lagi kita lakukan perkara mungkar? kenapa masih lagi mahu melakukan perkara lagha? sudah tidak perlu dikatakan apakah perkara2 tersebut. pasti semua pun sudah tahu. seandainya anda adalah orang yang terpilih mendapat hidayah dariNya, maka janganlah anda melengah2kan untuk berubah kerana kelak jika Allah tarik semula hidayah yang diberiNya, maka sesungguhnya mereka itu adalah orang yang sangat2 rugi. hayatilah bait lagu ini...

Pesona Dunia - Inteam

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupakan padam akhirnya
Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka
Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan iakan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati
Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi
Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan

Monday, July 14, 2008

ukhwah fillah

assalamualaikum warahmatullah,
penat sangat semalam smpai tak tertulis blog ni. nway, ni cite smlm:

1) 11.00 am - went to Ikano, Pet Safari with ukhti Intan and Marini, bought hubby Nini, Noddy. also bought their vitamins and hamster shampoo. Nini sangat suka Noddy..trus peluk. Fika bagi nama "si kembang dengan si kurus". hihi...moga cpt gemok ye Noddy. ;) Again, sesat lagi. masa nak pergi bukan main smooth je jalan trus smpai sana, time nak balik leh plak sesat sampai Kepong. Dugaan dugaan..akhirnya sampai gak UM. jazakillah khairan kathira ya ukht..Intan perlu rush ke Subang, anak buahnya masuk hospital. Semoga Allah segera sembuhkan sakitnya. oh ya, terlupa pula. ketika nak cari jalan ke UM di area Bangsar, tetibe ku ternampak Nuh's Ark! alhamdulillah..hatiku berbunga gembira kerana lepas ni boleh la ku pergi melawat Islamic Montessori School yang ku jadikan contoh itu. agaknya ni lah hikmahnye tersesat. ;)

2) 4.00 pm - mak ayah datang dan ku bagi album yang dicuci untuk tatapan. Ayah hadiahkan external Hard Disk. syukran ayah! Mak ada bawakan mail from Scotland. Scotland?? Kak aisyah!! alhamdulillah, buku hari tu slamat sampai pada akak. dapat beberapa poskad dan satu buku bertajuk Al-Andalus Menangis dari Group Karyawan Luar Negara. Dalam tu pun ada karya puisi/sajak kak Aisyah a.k.a. Muharikah. Terharu sangat. insyaAllah, kite jumpa di mane2 program di sini nanti ye ya ukht..=)

3) 6.00 pm - Kemas barang di bilik sebenar dan satu issue timbul. ada 1 org lebih di bilikku, ini bermaksud ada 4 orang dalam bilik sedangkan hanya 3 sahaja sepatutnya. ada miscommunication antara staffs office di bwh. so masih lagi tak dpt nak masuk dlm bilik tu. sok baru boleh disettlekan.

4) 9.00 pm - After solat Isya' berjemaah, naik ke Dewan Santapan untuk majlis perasmian Minggu Keluarga Bestari (MKB). nama family pun dah tukar, arasku ialah family Emerald, green in colour. mmg sangat energetic juniors dan seniors tuk bertanding lawan cheers. bergegar dewan dengan suara mereka. ku rasakan diriku sudah cukup tua untuk melakukan cheers dan yang paling penting ku rasakan diriku tidak perlu lagi ingin menjerit2 dan membuat cheers kerana ku sudah tahu dan faham mengenai aurat suaraku dan ikhtilatku dengan lelaki ajnabi. cukuplah sekadar ku turun dan join the community. ku tak kisah apa orang kata padaku asalkan ku tetap teguh dengan prinsipku iaitu mengamalkan Islam itu sepenuhnya dan bukan hanya pada nama semata-mata. Dalam kes ini, ku berpegang pada satu firman Allah dan satu hadis kekasihNya...

Firman Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad), "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At-Taubah, 9:24)

Hadis Nabi:

Sebahagian dari keelokan seorang mukmin ialah dengan meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Percayalah, jika ada program atau projek kolej yang memberi manfaat kepadaku, insyaAllah akan ku turun dan sertai bersama. Namun tidak dalam program sebegini. Full stop.


Doa rabithah

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu,
maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya..

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu……

Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik Sandaran dan sebaik-baik Penolong.
Ya Allah, Perkenankanlah permintaan ini.

Ameen ya rabbal'alamin...


Friday, July 11, 2008

discussion ilmiah week 1 @ Balai Islam KK4


salam,

malam ni alhamdulillah sementara menunggu azan Isya', setiap malam Sabtu, Balai Islam KK4 ada mengadakan discussion ilmiah yang dikendalikan oleh Akhi Firdaus selaku Pengerusi Balai Islam KK4.

artikel yang dijadikan tazkirah malam ini bertajuk 12 Golongan Apabila Bangun Dari Kubur Pada Hari Akhirat kelak. Terdapat 11 golongan yang masuk neraka dan hanya 1 golongan yang masuk syurga. Tazkirah dimulai dengan membaca surah An-Naba' ayat 18:

Firman Allah:

iaitu pada hari ketika sangkakala ditiup, lalu kamu datang berbondong-bondong,
(An-Naba' 78:18)

11 GOLONGAN YANG MASUK NERAKA:

1) Golongan yang keluar dengan kaki dan tangan tiada (orang yang di dunia suka menyakiti hati jiran tetangga)
- 40 buah rumah ialah jiran tetangga kita

2) Golongan yang keluar menyerupai khinzir (orang yang di dunia suka melengahkan solat 5 rakaat)
- Nauzubillah....(aduhailah kenangan, terimalah taubatku ya Allah)

3) Golongan yang keluar dengan perutnya besar seperti besar gunung dan dipenuhi ular serta kala (orang yang di dunia enggan mengeluarkan zakat)

4) Golongan yang keluar darah dari mulutnya (orang yang di dunia suka berdusta)

Hadis Nabi:

Berkatalah benar walaupun ianya pahit

5) Golongan yang keluar berbau busuk seluruh badannya (orang yang di dunia mengaut untung dalam penipuan jual beli)

6) Golongan yang keluar dicincang-cincang bahu dan tengkuknya (orang yang di dunia melakukan maksiat dan dosa terang-terangan serta menyaksikannya tanpa menegur)

7) Golongan yang keluar dari kubur tidak berlidah dan keluar nanah serta darah dari mulutnya (orang yang di dunia tidak mahu menyaksikan dan menerima kebenaran walaupun tahu ianya benar)

8) Golongan yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kaki di atas (orang yang di dunia melakukan zina dan tidak sempat bertaubat sebelum mati)

9) Golongan yang keluar dengan berwajah hitam, bermata biru, dan perut dipenuhi dengan api (orang yang di dunia memakan harta anak yatim secara zalim)

10) Golongan yang keluar dengan kulitnya penuh dengan kudis dan penyakit lain yang menjijikkan (orang yang di dunia berani melawan kedua ibu bapa)
- Jauhilah diriku dari menjadi anak derhaka ya Allah!

Firman Allah:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "Ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.

(Al-Isra' 17:23)


11) Golongan yang keluar dengan buta mata dan hati, gigi seperti tanduk, dan bibirnya jatuh ke bawah hingga ke perut (orang yang di dunia minum minuman arak)

1 GOLONGAN YANG MASUK SYURGA:

1) Golongan yang keluar dengan wajah bagaikan bulan purnama dan jalan laksana kilat di Siratul Mustaqim (orang yang di dunia melakukan amal soleh, jauhi maksiat, dirikan solat 5 waktu dan sempat bertaubat sebelum mati)
- masukkanlah kami di dalam golongan ini wahai Tuhan kami...

Allahua'lam.

* ada satu lagi perkara yang ku rasakan ingin laksanakan di kolej 4 ini. sudah tentu perkara baik dan mempunyai benefit bagiku dan semua. insyaAllah mulai minggu depan setelah ku dapat masuk ke bilikku akan ku umumkan di blog ini. tungguuuu! ;)

Thursday, July 10, 2008

1 more task to be done


there are 3 tasks i need to do within this week.

1) Buy raheeq makhtum + Aku Terima Nikahnya + AAC (for Ella's bufday present) + Al-Quran Diary (for Shira's convo present) + Life is an Open Secret (for Lai) [DONE]

2) Print pics [DONE]

3) Buy hamster (husband for Nini) [THIS WEEKEND INSYAALLAH]

alhamdulillah...

tika menunggu gambar-gambar yg sebanyak 200++ keping siap dicuci, sHi ke surau untuk solat Zuhur after lunch. selepas solat, ku terlihat di dinding surau, ada satu frame besar bertulis Allah Muhammad. dan di bawahnya terdapat beberapa tampalan kad besar yang ditulis ayat-ayat Quran dan terjemahan termasuklah ayat 1000 Dinar. ku terlihat di bawahnya tertera surah At-Talaq, ayat 2-3. terus bibirku mengucapkan alhamdulillah sambil tersenyum sendirian. nak tau kenapa? kerana aku sudah menjumpai apa yang aku cari sekian lama. sbenarnya sudah lama ku ingin mencari ayat yang setiap malam ku baca sebelum tidur itu datangnya dari surah mana. syukur ku sudah menjumpainya....:)

dan satu lagi yang ku perasan, kini setiap kali ku keluar, beg ku memang tidak pernah tidak berisi satu buku untuk dibaca. pasti ada sahaja buku yang akan ku baca. malah, ketika tunggu lecture pun, boleh spend time dengan membaca. tak mcm dulu, dok sembang2 kosong dan of course la "talk about people". wah, satu kemajuan dalam diriku. tetapkanlah hatiku ya Allah. ;)

Firman Allah:

Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.
(At-Talaq 65:2-3)

* i was a bit tension due to this one lecturer of my Geology's subject. i really cant cope with the teaching method he used. whatever it is, i have to solve the problem. O Allah, please make it easy for me. Ameen.

*upps, Ummu kem salam kat sume. (dia suruh tulih, kalo tak mrajuk, hihi) --> for u, Ummu ;)

Tuesday, July 8, 2008

Oh Allah, forgive me when I whine


Forgive Me When I Whine - Zain Bikha

Today, upon a bus I saw a girl with golden hair,
And in my heart I wished that I was just as fair
When suddenly she rose to leave, I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch, but as she passed, a smile.
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have 2 legs to walk upon and the world is mine.

I stopped to buy some candy; met a boy who had such charm.
We talked, he seemed so happy, if I were late, it do no harm.
And as I left, he said to me, "Thank you, you've been so kind.
It's nice to talk with folks like you. You see," he said, "I'm blind."
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have 2 eyes to see the world and the world is mine.

Later that day on my way, I saw a boy with eyes of blue.
He watched the other children play; he did not know what to do.
I stopped a moment, then I said, "Why don't you join the others, dear?"
He kept on looking straight ahead and then I knew he could not hear
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have 2 ears to hear the world and world is mine.

With legs to take me where I'd go.
With eyes to see the sunset glow.
With ears to hear what I'd know
Oh the world is mine

I stopped for a moment, just look how much I have
Everywhere, in all our lives, these are His signs

Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have been blessed indeed, and the world is mine
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have been blessed indeed, and the world is mine

Ya Allah, ku bersyukur padamu kerana betapa sempurnanya aku, betapa sihatnya aku, betapa bahagianya hidup aku jika dibandingkan dengan hamba-hambaMu yang lain. namun ku tahu, bukan rupa, bukan harta, bukan segala-galanya yang akan Kau lihat untuk Kau masukkan kami ke dalam jannah indahMu melainkan ketaqwaan hambaMu itu. Oh Allah, please forgive me when i whine. Ameen.

* seperti yang ku jangka, 2 hari ku di UM, memang agak mengejutkan bagi juniors dan kawan2 yang lain. ku ingat lagi hari pertamaku masuk kelas di Jabatan Kimia, ku duduk depan sekali, ku perasan, dari belakang, seorg kwnku dari kolej 1 melihatku sehingga 2 kali. dia tersenyum padaku. lantas ku balas senyuman padanya. hari ni pula ketika breakfast di cafe Fakulti Sains, xroommate ku datang menyapaku, "Wah akak, cantik nye skrg, lawa la.."i dunno what is that supposed to mean. ku menjawab, "Shikin pun lawa gak, alhamdulillah". kami ketawa dan berborak bersama sekejap. rindu padanya. satu lagi, ketika ku turun dinner di Dewan Santapan bersama Aisyah dan Fizah tadi, sekali lagi ku disapa oleh seorang junior, "Akak, makin ayu la saya tgk akak, lain. td saya nampak akak kat cafe, siap tanya lagi dalam hati, eh betul ke ni Kak Shi.. Ku menjawab, akak same je la, ada 2 mata, 1 mulut, 1 hidung, sambil tersenyum menghabiskan makananku. ku tahu apa maksud mereka sebenarnya. bukan mereka puji kerana kecantikan rupaku yang tidak seberapa ini, tapi kerana cara pemakaianku yang agak berbeza dari sebelum2 ini. nway, i take all that as a compliment. syukur alhamdulillah. smoga ku istiqamah dalam perjuangan ini.

Firman Allah:

Sungguh, hari kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan waktunya agar setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang telah dia usahakan.
(Taha 20:15)

Put trust in A.L.L.A.H



lectures started today...at first i was taking 21 credit hours, after having 1 hour discussion thinking the pro and cons about the decision taking so many subjects, 3 of us (sHi, Ella, Waya) decided to drop 1 subject which is Sc Teaching Method and will take it on the final semester. alhamdulillah, praise to Allah, the best planner, He makes me easier this semester. Every day from Monday till Friday my class will be started at 8am (mind and body are fresh) and less classes during evening time (tired, sleepy and less focus). But still i havent got any chance to have free time on Friday till my last semester. (huhu...)

These are 6 subjects that i registered for semester 7 :

Kimia Asas III
Kaedah Pengajaran Kimia
Sosiologi Persekolahan
Pengenalan Kpd Bumi (Geologi)
Proses Permukaan Bumi (Geologi)
Komputer Dalam Kimia

i was so tired but happy spending my quality time with my sys tonite. (really have to force my legs walking so fast, 2 steps of mine equals to 1 step of her). She picked me up rite after Maghrib prayer, we went to Jalan TAR and bought some tudung. we wanna buy some books but all shops close early. We didnt noticed that. its ok, i can go again next time. after having dinner at Nandos, we got lost finding way to go back to UM. Allah has planned it like that so we can chat and spend more time together. Kak Salwa gave me a nice keychain (she knew i luv collecting it). Its written SISTER. So Inspiring Simply Thoughtful Ever Responsible. You inspired me a lot! We are sisters forever, not only here in dunniya but also in jannah. ok? Jazakillah khairan kathira dear.

alrity, really need to sleep rite now. dh lenguh semacam dh ni kaki bahu tgn sume. 2moro, i have to attend 2 subjects Geology class (lots of people said that these are killer subjects). its ok, try your very best sHi !!! Allah is the best in knowing. nitey...=)

Firman Allah:

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Aku hendak menjadikan khalifah di Bumi. Mereka berkata, apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu? Dia berfirman, sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.
(Al-Baqarah 2:30)



Sunday, July 6, 2008

ar-ruhul jadeed, selamat bermujahadah!


im back with ar-ruhul jadeed (new spirit). welcome back to 4th, welcome back to Sc Fac, welcome back to Edu Fac, welcome back to University of Malaya, sHi ! before i enter my college, i had set my mind to be much2 better than before. better in terms in studies by achieving higher results, and most importantly filling my heart with iman + taqwa. because i totally believed with the love letters from Allah S.W.T. those below are my favourite verses that will keep me stronger and tougher whenever i feel upset, down and give up in this new journey of my life.

Firman Allah:

1) Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya.
( Al-Zalzalah 99:7-8)


2) Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
(Al-Insyirah 94:5-6)


3) Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(Muhammad 47:7)


4) ...Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.
(Az-Zumar 39:10)


5) Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya...
(Al-Ankabut 29:64)


6) Dan kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman...
(Al-Isra' 17:82)


7) ...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.
(Ar-R'ad 13:28)

8) ...Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang kafir.
(Yusuf 12:87)


9) Dan sungguh, inilah jalanKu yang lurus. Maka ikutilah. Jangan kamu ikuti jalan-jalan lain yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya...

(Al-An'am 6:153)

10) Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman.
(Ali 'Imran 3:139)

11) ...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah 2:216)


12) Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.
(Al-Baqarah 2:152)

rite after i arrived my college, satu dugaan yang Allah tetapkan padaku. baru sahaja ku ingin mendaftarkan diri dan mengambil kunci bilik, ku dapat tahu, semua pelajar permohonan rayuan tidak boleh diberi bilik lagi atas sebab-sebab teknikal yang berlaku. ini bermakna ku perlu berkongsi bilik dengan rakanku seramai 3 orang di bilik mereka selama seminggu. tak mengapa, ku terima dugaan itu dengan senang hati. ribuan terima kasih pada Ummu, Aisyah dan Marini kerana sudi menerimaku. sudah ku katakan kepada adik nurul jorden, Selamat Datang Dugaan! sila2, kami terima anda dengan hati yang terbuka. kerana Allah sayang kami! lagipun, kata2 cinta Allah di atas membuatku kuat dan tabah. kan Allah dah ckp, apa yang Dia bagi pada hambaNya itu merupakan apa yang hambaNya mampu pikul. maknanya..sudah tentu ku dapat mengharunginya. sbb tu Allah bagi padaku! so, no worries~

Ya Allah, Kau terangilah hati ku dengan cahaya RabbaniMu yang tak kunjung malap. Kau permudahkan segala urusanku esok hari. Sungguh-sungguh ku berdoa.

selamat bermujahadah kepada sHi & sahabat-sahabat fillah!!! =)


Saturday, July 5, 2008

its packing time!



how fast time flies..almost 3 months bercuti di rumah, alhamdulillah, cuti kali ni memberi banyak sangat manfaat dan input dalam diri. bukan seperti cuti2 yang lepas. im hepi with that. besides, dpt banyak new recipes from mak, belajar wat bunga kristal, being an observer at school, plus done all tasks given by ayah. syukur Allah permudahkan. one of it ialah melukis map ke rumah untuk walimah kak Salwa this december. dengan bantuan dan tunjuk ajar ayah menunjukkan kepakarannya melukis, sHi berjaya transformnye ke dalam computer.


2 emails received from ayah,

Salam. Cantik map tu lagi mengelip. Ayah really appreciate Shi’s effort krn memang susah nak buat. Nanti ayah lihat . Kalau tak sempat ayah dah print dan boleh kita bincang di rumah nanti.

Bye my beloved doter. (Wed, 25 June 2008)


MINTA MAK TOLONG SEMAK PETA TU. SO FAR OK AYAH TENGOK, MAK MUNGKIN BOLEH KOMEN. AYAH RESPEK COMMITTMENT HANG BUAT MAP TU. BUKAN SONANG. AYAH TAU. TERIMA KASIH JE LAH. (Fri, 27 June 2008)


ayah, jasa budi serta pengorbanan ayah dan mak selama hampir 22 tahun Hanim bernafas di dunia ini tidak mungkin Hanim dapat membalasnya. Apa yang Hanim buat ini hanyalah secebis dari apa yang mak ayah pernah dan sedang lakukan untuk Hanim. im totally hepi, at least i can ease your burden. I Love You.


2moro morning, will be going back to UM. eventhough its only about 30 minutes from my house, but i prefer to go back early. can unpack barang slowly, no rushing, plus leh rehat kan badan dan minda to get ready for new lectures on Monday morning. 4 years at the same 4th college, at the same block B, but with different room and roommates. this remaining year will be more challenging, will be tougher in terms of studies and everything. 1 tahun yang amat berbeza dari tahun2 sebelumnya. as usual, there are lots and lots of things i have to pack. typical gurls, mcm2 nak dibawa. naik turun tangga 4th banyak kali gak ni. takpelah, as long as i am comfortable with my new room. oh ye, Nini pun harus dibawa bersama. hurm, sapela roommates baru sHi this year kan. juniors or same batch?? just wait and see... ;)

Firman Allah:


Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.

(Al-Hujurat 49:13)


* tonite, we will be having a small family gathering to discuss about my sys's wedding. ayah is on his way to buy sate. mak is resting, she is going to cook nasi goreng + sambal petai ikan bilis as a dinner for my pak sedara, mak sedara (ayah's siblings) plus my cousins. cant wait to see Danish & Irfan and play with them. Danish --> the hamster killer. hihi... ;)




Wednesday, July 2, 2008

Let's change our negative perception

Derma darah tiada kesan sampingan

KUALA LUMPUR 1 Julai - Tanggapan bahawa penderma darah akan mengalami masalah kegemukan, rasa tidak selesa dan lemah badan adalah tidak benar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sehingga kini, kebanyakan masyarakat belum dapat mengikis persepsi negatif itu.

''Persepsi negatif itu harus dikikis kerana amalan menderma darah adalah satu nilai murni dan tanggungjawab yang ikhlas dalam membantu menyelamatkan nyawa," katanya.

Beliau berucap pada majlis Anugerah Hari Penderma Darah Sedunia 2008 di Auditorium Pusat Darah Negara, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr. Ismail Abu Taat.

Menurut Mohd. Ismail, dengan menderma darah, penderma akan berasa lebih sihat selain dapat mengetahui status kesihatan diri dari semasa ke semasa.

Beliau memberitahu, peningkatan jumlah penderma darah dari tahun ke tahun, menunjukkan kesedaran masyarakat untuk berbuat demikian telah meningkat.

''Bagaimanapun, ia tidak mencapai sasaran Kementerian Kesihatan iaitu sebanyak lima peratus bagi setiap 1,000 penduduk tetapi peningkatan itu dilihat suatu yang positif.

''Adalah menjadi dasar kementerian untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat termasuk memastikan bekalan darah selamat dan berkualiti sepanjang masa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Norhanim Asidin berkata, pihaknya menyasarkan mempunyai 2,500 unit simpanan darah atau lebih dalam seminggu.

Menurutnya, ia bagi membolehkan pengagihan bekalan darah dibuat secara menyeluruh di semua hospital-hospital yang memerlukan.

''Jika pusat darah tidak dapat mengumpul 2,500 unit simpanan atau lebih dalam masa seminggu, kita akan mengalami kesukaran untuk menyalurkan darah kepada hospital-hospital.

''Oleh itu, PDN menganggarkan purata 300 hingga 400 unit darah diperlukan dalam sehari,'' jelasnya.

Beliau berkata, penderma-penderma darah baru secara sukarela dan berterusan amat digalakkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi.

(from Utusan Malaysia, 2 July 2008- click my post title to link to the original article)


"Justeru itu, sesiapa yang tidak ingin menderma darah bererti menghalang dirinya daripada mendapat ganjaran besar di sisi agama. Islam juga tidak mengira kebajikan seumpama ini untuk orang Islam mahu pun bukan Islam. Malah jika tidak ada mereka yang ingin menderma darah terutama pada waktu darurat pihak berkuasa boleh memaksa, walau pun dalam keadaan biasa ia merupakan urusan yang diharuskan sahaja. Marilah bersama-sama kita menderma darah. Setitik darah yang anda dermakan, bererti menghidupkan nyawa seorang manusia. Hidup untuk berbakti."
(petikan dari Utusan Malaysia, 29 Jun 2008)

Hadis Nabi:

Sesiapa yang tidak peduli tentang urusan umatku (umat Islam), dia bukan dari kalangan mereka.

Semoga usaha kecil kita ini diberkati dan diganjariNya. Wallahualam. =)

Tuesday, July 1, 2008

manisnya solat dengan ayah


azan Isya' baru selesai berkumandang dari speaker laptopku. ku ambil wudhuk dan bersiap membentangkan sejadah ingin menunaikan solat. tiba-tiba ayahku turun, masuk ke bilikku dan beri salam. selalunya memang Maghrib je yang kami sekeluarga sempat solat berjemaah. memang ku tahu, rutin ayahku (kalau balik awal), tepat jam 8mlm, dia akan menonton news sampai 8.30mlm. kemudian baru kami akan dinner bersama. tu pun, jika adik2 ku tidak lapar lagi. jika tak, aku dan ibuku yang menemani ayah makan di dapur.
tiba-tiba ayah duduk di katilku dan tanya, dh azan dh kan, jom sembahyang dgn ayah. dengan pantas ku menjawab, Jom! ku rasakan peristiwa ini sgt manis kerana seingat aku, baru pertama kali diriku solat berjemaah berdua dengan ayah. dan pertama kali di bilik ku sendiri. berdua dengan mak, dengan Kak Salwa, dengan Hassan, malah dengan Kak Patonah memang pernah. namun dengan ayah, sweeetnyeee ku rasa...pas ayah abis baca doa, ku menyalami ayahku, ku cium tangannya, dan ayah mencium pipiku. ooh ayah..bertambah sweet ku rasa. selesai kami solat dan mak pun selesai mengajar 3 si kecil jiranku mengaji, kami bertiga makan bersama. mak, walaupun penat balik lewat petang dari kerja, masih lagi sedia menemaniku ke klinik gigi dan memasak untuk kami sekeluarga. tiada langsung kata-kata penat atau letih keluar di bibirmu. jutaan terima kasih buat mak. saaaayang mak =)

ayah, hanim nampak banyak sangat perubahan pada ayah dan mak :

ayah - solat dhuha di ofis
- segerakan solat fardhu
- sedang berusaha untuk mengamalkan "dun talk bout people"

mak - pakai sarung lengan dan sarung kaki
- labuhkan tudung hingga ke bawah dada
- juga sedang giat berusaha untuk mengamalkan "dun talk bout people"

alhamdulillah. ku panjatkan syukur tak terhingga pada Illahi. smoga kite istiqamah di jalan lurus ini. sama2 lah kita didik dan tarbiyah Hasan, Husin dan Maman. memang perjuangan yang bukan mudah. namun jangan lah kita putus asa. smoga keluarga kita diredhai Allah dan semuanya bertemu di jannah kelak (dan dpt juga bertemu abgku yang tak pernah ku lihat wajahnya, Azim) Ameen. =)

Firman Allah:

Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayanganNya.

(An-Nisa' 4:125)

MARI MENJADI INDIVIDU MUSLIM YANG IDEAL :

1)Aqidah yang sejahtera

2)Ibadah yang sahih

3)Akhlak yang mantap

4)Luas pengetahuan

5)Sihat tubuh badan

6)Mampu berdikari

7)Melawan nafsu

8)Sangat menjaga masa

9)Tersusun urusannya

10)Bermanfaat pada orang lain





* byknye blog yg best2 nak dibaca nii..rasa mcm tak cukup mata, tak cukup tangan nak baca. alhamdulillah, rupanya ni lah hikmahnya join wat blog. baru ku rasakan nikmatnya dunia blog ni. kita seperjuangan, menulis untuk membangunkan ummah. setiap hari, ada shj blog yang memberikan ku input dan ilmu baru. nampaknya semakin melekat lah mataku ini di dpn laptop. nak join? sile lah lawati blog yang telahpun sHi senaraikan di sebelah. moga bermanfaat~ ;)