Saturday, July 26, 2008

Muhammad, the Last Prophet

a scene from the animated "Muhammad: The Last Prophet"

this post supposed to be written last nite, but UM server down for the whole day, so here was my story:

every friday i got chemistry lab. 4 hours in the lab with empty stomach, standing, walking and looking at the blurry computer with my lecturer make my head spinning. alhamdulillah, the weather was not so hot for me to walk back.
at night, i continued watching Muhammad the Last Prophet. bermula ketika Rasulullah S.A.W menerima wahyu pertama di Gua Hira', diceritakan pada Khadijah, Sumayyah yang pertama mati syahid, Bilal yang diseksa dan akhirnya dibeli oleh Abu Bakar, penduduk Mekkah memboikot umat Islam, perjanjian yang dilakukan dimakan anai-anai kecuali perkataan Bismikallahumma, disusuli Tahun Kedukaan di mana Khadijah wafat disusuli Abu Talib. Kemudian hijrah ke Madinah, di mana ketika di dalam gua, labah-labah membantu membuat sarang untuk menyembunyikan kehadiran Nabi dan Abu Bakar. Madinah menjadi negara Islam, bebas beribadah pada Allah, kemudian Perang Badar bermula, disusuli Perang Uhud (Hamzah gugur syahid) dan Perang Khandak (Allah bantu turunkan ribut pasir yang dahsyat) serta pengislaman beberapa musuh Islam. ku dengar lagu nasyid berkaitan puteri Abu Bakar iaitu isteri kesayangan Rasulullah, Saidatina Aisyah:

Humaira - Unison

Dikaulah puteri ayu sahabat terbilang
Menjadi penyeri hidup khatimul anbiya'
Sifat taqwa padamu menghias peribadimu
Oh Siti Aisyah Humaira..

Oh Humaira kau penawar
Tika Nabi kehilangan Khadijah
Oh Humaira kaulah contoh
Sehingga digelar Ummul Mu'minin
Oh Humaira serikandi
Bersama rasul menyebar ajaran mulia
Oh Humaira kau penghibur
Setia bersama Rasulullah tercinta

Dikaulah puteri ayu sahabat terbilang
Menjadi penyeri hidup khatimul anbiya'
Sifat taqwa padamu menghias peribadimu
Oh Siti Aisyah Humaira..

Oh Humaira kau penawar
Tika Nabi kehilangan Khadijah
Oh Humaira kaulah contoh
Sehingga digelar Ummul Mu'minin
Oh Humaira serikandi
Bersama Rasul menyebar ajaran mulia
Oh Humaira kau penghibur
Setia bersama Rasulullah

Ooh Aisyah..
Dikaulah serikandi...
Ooh Aisyah

ketika ku revise nota untuk test next week, rakanku yang agak baik denganku sejak sekolah menengah menelefon dan bertanya khabar. oleh kerana rakanku ini lelaki, ku tidak bercakap panjang dengannya, inilah akhir perbualan kami:

Mr E: Shi, doakanlah aku supaya jadi macam ko.

sHi: InsyaAllah, aku doakan, cuma satu aku nak cakap. Hidayah ni ibarat tingkap. If u want to get the light, u have to open the window rite? same goes to hidayah. kalo ko nak hidayah tu dtg pada ko, ko kena buka hati ko tuk dapatkannya. mcmne nak dapatkannya? usaha untuk berubah ke arah kebaikan dan sentiasa berdoa kepadaNya.

pagi tadi mak dtg membawa nasi lemak dan biskut Mama Carey yang di order. kami berempat (bersama adik2 rumates) bersarapan dan seterusnya kami menghala ke Bank Islam tuk mengambil duit. Ku beri pada mak RM1k tuk dimasukkan dalam Tabung Haji dan RM400 sebagai sagu hati buat mak dan ayah. itu sahaja yang ku mampu setakat ini. setibanya di Masjid Jamek terus mak menghala ke kedai menjual kain. rambang mata btul kami melihat kain2 yang sgt cantik. syukur, dapat pun kain buatku, mak dan ayah tuk dibuat baju untuk wedding kakakku bulan Dec nanti. settle! kemudian, terus ku mengajak mak ke Fajar Ilmu untuk membeli tafsir Quran dan hadis 40 yang telah diorder. memang berat sangat, ku biarkan mak memegang air, tak sanggup nak mintak mak bawakan kain2 yang dibeli dan tafsir Quran dan Hadis 40 yang berjumlah 15 buah setiap satu. ku rasakan cukuplah pengorbanan mak dari kecik hingga ku besar panjang hingga sekarang. biarlah lenguh sedikit bahu ni pun takpe, tak sama dengan lenguh mak ketika mendukungku ketika kecil dulu. sebelum naik ke bilik, ku salami ciumi mak dan berterima kasih banyak2 pada mak kerana membantuku untuk menjalankan business ini. saaaaayang mak! and to ayah, thanks 4 the camera. appreciate it so much! ;)

1 sms received from ayah:

Salam. Belum kerja lagi dah beri sumbangan kat ayah! Itu adalah antara ciri-ciri anak yg solehah. Ayah bersyukur pada Allah. Terima kasih banyak atas kiriman trs. - Ayah

sHi replied:

Wslm..Tu hanya sekelumit, xsmpai 1 peratus pun berbanding apa yg mak ayah dh lakukan tuk Hanim dari lahir smpai skrg. Hanya Allah dpt balas budi, titik peluh dan pengorbanan mak ayah pd Hanim. Amik la ia sbg sumbangan kecil dr Hanim. =)

* ramai rakan-rakan dan juniors yang menegurku semakin kurus..ku tak perasan tp mungkin juga, memang di rumah ku tidak banyak makan. mereka banyak katakan ku kurus mungkin kerana makan hati atau tak sihat. mungkin juga kerana penampilan ku sekarang. hakikatnya alhamdulillah, hidupku sekarang teratur, terisi dengan manfaat dan sihat tubuh badan. 3 tests becoming next week. ku harus cuba tuk fahamkan konsep dan hafal tuk Geologi. Rahmah..nak belajar kimia dengan awak esok. =)



2 comments:

Hafiz said...

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
(Ali-Imran: 139)

*anything happened, be patient ok? Patience is one of the most important element for succcess, in this life and the next one.

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

thank u..i will.
life must go on..Allah is with me.