Wednesday, July 30, 2008

PRIMA - Program Ilmiah Mahasiswa


salam,

dh lama rasanya tak update blog sHi ni..sgt sibuk dengan test, lab report dan assignment yang memerlukan tenaga fizikal dan mental. huhu..

Isnin malam yang lepas, PRIMA telah mengadakan pertemuan pertama dengan juniors. surau 4th memecahkan rekod apabila surau sangat padat dengan jemaah. berdasarkan pengalaman ku selama 4 tahun di 4th, jemaah hanya akan ramai hanya ketika solat tarawih dan ketika nak final exam. biasanya jemaah perempuan hanya 2 baris sahaja. tp kali ini alhamdulillah, mungkin kerana program PRIMA ini diwajibkan oleh semua juniors, sampai tidak ada ruang tuk adik2 yang baru turun untuk duduk hinggakan ada yang terpaksa berdiri. ku rasakan tidak mengapa mereka turun kerana diwajibkan. kerana mungkin Allah akan bukakan dan gerakkan hati mereka untuk turun di surau selepas ini dengan kerelaan hati sendiri, kerana Allah dan bukan kerana takut pada manusia semata-mata.

PRIMA ialah short form tuk Program Ilmiah Mahasiswa dengan membawa motto bertajuk "Agama Sebagai Wahana Pembentukan Generasi Bertamadun". sebenarnya ianya lebih kurang seperti Usrah. Ku setuju dengan motto yang diberi, sungguh umat Islam sekarang kembali ke keadaan seperti di fasa Mekah dahulu, iaitu tidak bertamadun. Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap Muslim di akhir zaman ini untuk kembalikan generasi bertamadun. pada awalnya ku agak ragu2 untuk terima pelawaan untuk menjadi mentor ini kerana ku sudah tetapkan hatiku tidak mahu join apa-apa projek kolej lagi tuk sem ini, namun Allah mengilhamkan tuk aku terimanya apabila ku merasakan ini adalah satu cara yang baik untuk aku berdakwah. lagipun ianya hanya seminggu sekali dan ku yakin jika aku tolong agama Allah, Allah akan tolong ku dan teguhkan kedudukanku. so apa nak dirisaukan. ;)

Ku digandingkan dengan Zana sebagai mentor untuk 10 mentee yang terdiri dari 1st year juniors. setiap ahad malam, kami semua mentor akan menghadiri satu taklimat mengenai modul PRIMA ini bersama dengan Presiden 4th. oleh itu, setelah kami faham modulnya, maka senanglah nak explain pada adik2 nanti. kami memulakan dengan sesi At-Ta'aruf. Antara isi kandungan modul:

1) Pengenalan PRIMA - umpama keluarga, usaha utk memahami dan menghayati dan mempraktikkan apa yang diajar dalam agama Islam, kakak perlu guide dan observe adik2

2) Tujuan dan objektif - rapatkan silaturrahim

3) 3 Rukun Keluarga - At-Ta'aruf (saling berkenalan), At-Tafahum (saling memahami) dan At-Takaful (saling bantu membantu)

Hadis Nabi:

Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara sebahagian dengan sebahagian yang lain. (Al-Bukhari)

Hadis Nabi:

Sesiapa yang memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga Muslim, maka Tuhan tidak melihat kepadanya selain daripada syurga.

4) 3 Martabat Ukhwah - Husnu Zon (bersangka baik), Mustawa (kesamarataan) dan Ithar (melebihkan yang lain)

5) Kisah Tauladan

6) Motivation Words

ku minta mereka sendiri membacakan isi kandungan modul dan memberi pendapat masing2 sebelum kami menerangkan kepada mereka dengan jelas. istimewanya kumpulan sHi dan Zana ini, kami menyediakan "hand made" book mark tuk diberikan kepada adik-adik. Di dalamnya ditulis:

In happy moments, praise Allah, in different moments, seek Allah
In quiet moments, worship Allah, in painful moments, trust Allah
In every moment, thank Allah

...Boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai kepada sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.
Allah yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216)

selepas selesai menerangkan modul 1, ku memberikan mereka assignment. ku rasakan aktiviti dan program ku bersama mereka tidaklah limited pada modul semata-mata. ku ingin mulakan dengan perkara basic dahulu.

sHi: "Siapa yang hafal surah Al-Fatihah? mesti semua dah kan, mestila kena hafal kalo tak, tak sah la sembahyang sbb tu adalah rukun solat btul? tapi siapa yang hafal terjemahan dalam surah Fatihah? Haa..meh cni akak ajar cmne nak ingat.

ku berikan kepada mereka seorg satu helaian surah Al-Fatihah dan terjemahannya yang ku cari di dalam internet lewat petang itu. ku mengajar mereka cara bagaimana ingin menghafal dengan mudah. ku minta mereka bahagikan suku kata yang terdapat dalam ayat 1 hingga ayat 7. dan ku berikan makna satu persatu, mereka tulis terjemahan bagi suku kata tersebut di atas nya. dan alhamdulillah, pabila ku soal semula, ramai yang dah ingat. ku terangkan kepada mereka tujuan menghafal terjemahan ini adalah supaya kita lebih khusyuk dalam solat.

sHi : bagus, ha next week kite jumpa lagi, akak nak soal satu persatu kat sume org terjemahan Al-Fatihah. boleh?

adik-adik: Bolehh !

akhir sesi, kami ramai2 menyanyikan lagu tema PRIMA. lagu ini sebenarnya ialah Doa Rabithah di dalam Al-Mathurat. sungguh ku pilu apabila ku hayati doa ini. kami tangguh majlis dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr serta solat Isya' berjemaah bersama.

Hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumi Mu
Hati ini telah berpadu bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendukung
Syariat Mu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada (2X)
Kekalkan kemesraan yang ada tunjukkanlah jalan yang benar
Penuhkanlah dengan cahaya Mu tiada malap terangi alam Mu
Hidup suburkanlah dengan makrifat Mu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia (2X)

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
(Al-Hujurat, 49:10)

Adik-adik dan kawan-kawan,

Selamat Berithar! marilah kita sama-sama berusaha mencapai martabat ukhwah yang paling tinggi ini =)

* hurm, usrah kami belum ada lagi nama. Ha, ku sudah tahu nama yang sesuai tuk dijadikan nama usrah kami. minggu depan akan ku umumkan nama usrah kami. =)


2 comments:

Anonymous said...

nape bdk 2nd yr ke atas xda prog mcm 2?campo kan je la.tp x yah diwajibkan la.hehehe...

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

hurm, bgs gak if sume dak join skali. tp mayb dh agak trlambat nak joinkan senior2 ni. so kite stat dgn junior dan nanti leh diteruskan bile diorg dh naik jd senior. kan?