Wednesday, July 16, 2008

Pesona dunia...hanya sementara


salam,

i keep repeating this song recently. i luv it so much much. sangat menyentuh jiwa dan sangat memberi keinsafan. Sudah disebut di dalam Al-Quran bahawa dunia ini hanyalah hiburan dan permainan, akhirat ialah kehidupan yang sebenar. kenapa kita masih lagi mengejar dunia? masih lagi mencari kecantikan, mengejar harta, gaya dan jenama. kenapa masih lagi kita lakukan perkara mungkar? kenapa masih lagi mahu melakukan perkara lagha? sudah tidak perlu dikatakan apakah perkara2 tersebut. pasti semua pun sudah tahu. seandainya anda adalah orang yang terpilih mendapat hidayah dariNya, maka janganlah anda melengah2kan untuk berubah kerana kelak jika Allah tarik semula hidayah yang diberiNya, maka sesungguhnya mereka itu adalah orang yang sangat2 rugi. hayatilah bait lagu ini...

Pesona Dunia - Inteam

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupakan padam akhirnya
Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka
Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan iakan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati
Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi
Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan

No comments: