Monday, July 14, 2008

ukhwah fillah

assalamualaikum warahmatullah,
penat sangat semalam smpai tak tertulis blog ni. nway, ni cite smlm:

1) 11.00 am - went to Ikano, Pet Safari with ukhti Intan and Marini, bought hubby Nini, Noddy. also bought their vitamins and hamster shampoo. Nini sangat suka Noddy..trus peluk. Fika bagi nama "si kembang dengan si kurus". hihi...moga cpt gemok ye Noddy. ;) Again, sesat lagi. masa nak pergi bukan main smooth je jalan trus smpai sana, time nak balik leh plak sesat sampai Kepong. Dugaan dugaan..akhirnya sampai gak UM. jazakillah khairan kathira ya ukht..Intan perlu rush ke Subang, anak buahnya masuk hospital. Semoga Allah segera sembuhkan sakitnya. oh ya, terlupa pula. ketika nak cari jalan ke UM di area Bangsar, tetibe ku ternampak Nuh's Ark! alhamdulillah..hatiku berbunga gembira kerana lepas ni boleh la ku pergi melawat Islamic Montessori School yang ku jadikan contoh itu. agaknya ni lah hikmahnye tersesat. ;)

2) 4.00 pm - mak ayah datang dan ku bagi album yang dicuci untuk tatapan. Ayah hadiahkan external Hard Disk. syukran ayah! Mak ada bawakan mail from Scotland. Scotland?? Kak aisyah!! alhamdulillah, buku hari tu slamat sampai pada akak. dapat beberapa poskad dan satu buku bertajuk Al-Andalus Menangis dari Group Karyawan Luar Negara. Dalam tu pun ada karya puisi/sajak kak Aisyah a.k.a. Muharikah. Terharu sangat. insyaAllah, kite jumpa di mane2 program di sini nanti ye ya ukht..=)

3) 6.00 pm - Kemas barang di bilik sebenar dan satu issue timbul. ada 1 org lebih di bilikku, ini bermaksud ada 4 orang dalam bilik sedangkan hanya 3 sahaja sepatutnya. ada miscommunication antara staffs office di bwh. so masih lagi tak dpt nak masuk dlm bilik tu. sok baru boleh disettlekan.

4) 9.00 pm - After solat Isya' berjemaah, naik ke Dewan Santapan untuk majlis perasmian Minggu Keluarga Bestari (MKB). nama family pun dah tukar, arasku ialah family Emerald, green in colour. mmg sangat energetic juniors dan seniors tuk bertanding lawan cheers. bergegar dewan dengan suara mereka. ku rasakan diriku sudah cukup tua untuk melakukan cheers dan yang paling penting ku rasakan diriku tidak perlu lagi ingin menjerit2 dan membuat cheers kerana ku sudah tahu dan faham mengenai aurat suaraku dan ikhtilatku dengan lelaki ajnabi. cukuplah sekadar ku turun dan join the community. ku tak kisah apa orang kata padaku asalkan ku tetap teguh dengan prinsipku iaitu mengamalkan Islam itu sepenuhnya dan bukan hanya pada nama semata-mata. Dalam kes ini, ku berpegang pada satu firman Allah dan satu hadis kekasihNya...

Firman Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad), "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At-Taubah, 9:24)

Hadis Nabi:

Sebahagian dari keelokan seorang mukmin ialah dengan meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Percayalah, jika ada program atau projek kolej yang memberi manfaat kepadaku, insyaAllah akan ku turun dan sertai bersama. Namun tidak dalam program sebegini. Full stop.


Doa rabithah

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu,
maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya..

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu……

Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik Sandaran dan sebaik-baik Penolong.
Ya Allah, Perkenankanlah permintaan ini.

Ameen ya rabbal'alamin...


2 comments:

dalili said...

ooh, muharikah tuh kakak shi ke? hehe... x sangka ada connection GKLN kita berdua ek.. :P
utk antalogi GKLN seterusnya yg 50 penulis tu dia join x?

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

muharikah tu sisters in Islam, kakak gak kan, tp bukan kakak betul. kenal through blog. hehe..
hurm, pasal tu tak sure plak. dia dlm flight nak balik malaysia skrg ni. nanti bile2 insyaAllah shi tanya dia keh. =)