Sunday, June 29, 2008

i have a big dream

as u can see in my wish list, ada 2 impian yang ingin sHi laksanakan jika diizinkan Allah.

1) Membuka rumah anak-anak yatim

Anak-anak yatim ini kurang bernasib baik kerana mereka kehilangan ibu bapa sejak mereka kecil. seperti mana Nabi Muhammad S.A.W merasai menjadi seorang yatim piatu semenjak kecil. diriku hanya mampu membayangkan keadaan mereka, namun mereka yang merasainya. impianku adalah untuk membina sebuah rumah untuk mereka, diberi makan pakai secukupnya dan yang paling penting diberi kasih sayang serta pendidikan sesempurnanya. apa yang ku mahukan mereka bukan sahaja menjadi manusia yang mulia di dunia, malah memiliki hasil menuai di akhirat kelak. Pepatah arab = man zara'a hasoda (siapa yang menuai, dia yang akan dapat hasilnya)

Ada satu rumah anak-anak yatim yang ku jadikan contoh. Rumah Aman ini ialah rumah kebajikan swasta yang terletak di Shah Alam. ada kawan-kawanku (Neeza, Kak Wani & Aq) yang telah pergi dan spend time dengan anak-anak ini. apa yang membuatkanku tertarik dengan rumah ini ialah tagline mereka iaitu Charity for The Pleasure of Allah. mereka menggunakan konsep I-SMART iaitu Iman, Solat, Muhasabah, Accountability, Responsibility and Taqwa untuk mendidik anak yatim ini. kebersihan, kekemasan, keselamatan, disiplin dan kasih sayang sesama mereka yang dititikberatkan. solat jemaah bersama sudah semestinya. and there are very behave (no fighting, no bad words come out from their mouth) and brilliant too. selalu dapat top 5 at school. Sila layari website di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

http://www.rumahaman.com/

Firman Allah:

Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, "Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaklah diperuntukkan bagi kedua orang tua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan." Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

(Al-Baqarah 2:215)

Firman Allah:

Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah Engkau mengherdiknya.
(Ad-Duha 93:9-10)

2) Membuka Islamic Montessori School

Most important years of a child's life is not the university years, but its from birth to six. ku percaya didikan di peringkat awal merupakan didikan yang paling penting untuk mencorakkan seseorang anak. akanku didik mereka bagaimana ingin menjadi hamba Allah yang taat kepadaNya, kepada RasulNya, taat hormat pada ibu bapa, adik beradik, keluarga, sahabat dan orang di sekeliling. Sebuah modul khas yang mengandungi segala aspek JERI (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek) akan disediakan dan sudah semestinya segalanya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Malay + English + Arabic Language will be used to communicate with them. Akan ada kelas agama (meliputi akidah, fiqh, tauhid, sirah & Bahasa Arab), kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira), colouring, drawing, baking and cooking, nasyeed & acting competition, hafazan competition, summer camp, picnic, do-it-urself, friendship day, family day, sports day and graduation day. Juga akan diselitkan tayangan video dan nyanyian dari kumpulan nasyid. satu folio khas bagi setiap seorang pelajar akan diberi kepada parents pada graduation day di mana folio ini mengandungi gambar, perbualan, video dan comments dari cikgu tentang apa yang mereka lakukan sepanjang berada di sekolah serta akan ditunjukkan juga hasil kerja kreatif mereka kepada parents. with that, parents boleh melihat perkembangan anak-anak mereka from day 1. Yang paling penting, ku ingin menitikberatkan soal aurat dan menjaga ikhtilat (pergaulan) sesama mereka. Biarkan mereka tahu dan sedar bahawa batasan ini amat penting dijaga dari kecil lagi.

Islamic Montessori School yang sHi jadikan contoh ialah Nuh's Ark Islamic Montessori School yang terletak di 2 tempat iaitu Kemuning Utama dan Shah Alam. sHi suka dengan objektif utamanya di mana mereka ingin menanamkan konsep sebenar Iman dan Deen mengikut Al-Quran dan Sunnah kepada kanak-kanak. Ini yang menjadi kelainan berbanding tadika atau Montesorri yang lain. Sila layari website di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

http://www.nuhsark.edu.my

Hadis Nabi:

Setiap anak yang dilahirkan adalah suci maka kedua ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi.

memang diakui kedua2 impian besarku ini memerlukan duit/modal yang cukup banyak tuk hasilkan. pengalaman juga perlu banyak. ku rasakan duit boleh dicari, dengan wang simpanan yang sudah ku menabung sejak dulu, mungkin juga ku boleh share dengan beberapa partners. pahala kita juga akan dikongsi bersama kan? mengenai pengalaman, ya, memang perlu. oleh itu, ku akan menggunakan seadanya 5 tahun ikatanku bersama KPM dengan mengajar di sekolah menengah untuk mencari pengalaman dan juga memerhati serta belajar dengan orang yang lebih arif mengenai keduanya ini. Pepatah Arab ada mengatakan "man jada wajada!" ( siapa yang berusaha, dia yang berjaya!) so who's with me?? ;)


1 sms received from Kak Salwa (7:28 PM):

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau pasti boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan BOLEH !!!

* eh, mcm tau2 je Kak Sawa ni. yups, i can do it. with Allah besides me all the time, im sure i can. dah lama tak dgr lagu ni berkumandang.. thanks sys ;)

Ku berdoa, semoga Allah panjangkan umurku dan sihatkan tubuh badanku agar ku dapat laksanakan niat dan impian ku ini. Hanya kepada Engkau tempat hambaMu ini bergantung harap. Semoga dipermudahkan dan diberkati olehNya. Ameen.

*I watched Akademi Nasyid at TV9 with mak n Hassan just now. its a nice show. semuanya sangat talented dan memiliki suara yang sedap. apa yang menariknya, ada satu peserta lelaki istimewa, Azhan Atan. walaupun beliau buta mata, namun tidak buta hati. Kurniaan memiliki suara emas yang Allah beri padanya digunakan di jalan yang betul, iaitu dengan berdakwah. Berdakwah dengan cara bernasyid, untuk memberi pesanan, nasihat dan peringatan kepada sesiapa yang ingin mendengarnya.

7 comments:

Anonymous said...

mudah-mudahan impian Shi akan menjadi kenyataan. apa bila kita ingin lakukan perkara yang mulia, pasti akan dibantu olehNya.

sHi said...

trime kasih abg..appreciate dat. =)

Anonymous said...

huhu... i was bloghopping and surprisingly, reading this post, it seems we have common dreams... hurm... sy pun teringin nak buat sekolah yg menerapkan norma keislaman dgn struktur pimpinan dan akademik secara islami.. hehe... baguslah, alhamdulillah~~ walaupun sy rasa impian sy ni agak tinggi sukar dicapai, tp sy yakin satu hari nanti akan terlaksana. kalau bukan sy yg buat, sy doakan ada muslim lain yg merealisasikannya, insyaAllah~~

sHi said...

salam dalili,
i guess u r a fren of badrul aini is it?
anyway, we have the same interest. =)
yeah..nothing is impossible with Allah's help. im sure u n me can achieve our dreams. InsyaAllah.
nway, i had visited ur blog, but not yet free to read ur posts. later insyaAllah. salam ukhwah ;)

Eric. said...

salam kak sHi .. :)

bermimpilah yang indah selagi kamu masih punya jiwa..

enshaALLAH. semoga menjadi kenyataan suatu hari nnt.

to predict the future, we have to create it..

nnt saya nak join skali.. hehehehe.. doctor free utk anak2 ni, enshaAllah.. :)

Eric. said...

by the way, kak sHi, first exams saya untk sem ni dah makin dekat..

5/7 - Psychology

7/7 - Biochemistry

12/7 - Visual Basic

doakan saya.. *ter-sangatlah cuak.. *

saya nak reply email kak sHi pjg2, tapi tak sempat.. :p

enshaAllah, ada waktu nnt, saya akan reply. tunggu ya, hehe.

ok. Assalamu3alaykum wbt. :)

sHi said...

waalaikumussalam hidayah,
hehe, come join my club. sorg doctor dh ready tuk berbakti dgn anak2 ini nampaknya. alhamdulillah.
all the best in ur exams dear..im praying for ur success. smoga Allah permudahkan.
im waiting 4 ur email ~

luv u fillah, kak sHi =)