Friday, July 11, 2008

discussion ilmiah week 1 @ Balai Islam KK4


salam,

malam ni alhamdulillah sementara menunggu azan Isya', setiap malam Sabtu, Balai Islam KK4 ada mengadakan discussion ilmiah yang dikendalikan oleh Akhi Firdaus selaku Pengerusi Balai Islam KK4.

artikel yang dijadikan tazkirah malam ini bertajuk 12 Golongan Apabila Bangun Dari Kubur Pada Hari Akhirat kelak. Terdapat 11 golongan yang masuk neraka dan hanya 1 golongan yang masuk syurga. Tazkirah dimulai dengan membaca surah An-Naba' ayat 18:

Firman Allah:

iaitu pada hari ketika sangkakala ditiup, lalu kamu datang berbondong-bondong,
(An-Naba' 78:18)

11 GOLONGAN YANG MASUK NERAKA:

1) Golongan yang keluar dengan kaki dan tangan tiada (orang yang di dunia suka menyakiti hati jiran tetangga)
- 40 buah rumah ialah jiran tetangga kita

2) Golongan yang keluar menyerupai khinzir (orang yang di dunia suka melengahkan solat 5 rakaat)
- Nauzubillah....(aduhailah kenangan, terimalah taubatku ya Allah)

3) Golongan yang keluar dengan perutnya besar seperti besar gunung dan dipenuhi ular serta kala (orang yang di dunia enggan mengeluarkan zakat)

4) Golongan yang keluar darah dari mulutnya (orang yang di dunia suka berdusta)

Hadis Nabi:

Berkatalah benar walaupun ianya pahit

5) Golongan yang keluar berbau busuk seluruh badannya (orang yang di dunia mengaut untung dalam penipuan jual beli)

6) Golongan yang keluar dicincang-cincang bahu dan tengkuknya (orang yang di dunia melakukan maksiat dan dosa terang-terangan serta menyaksikannya tanpa menegur)

7) Golongan yang keluar dari kubur tidak berlidah dan keluar nanah serta darah dari mulutnya (orang yang di dunia tidak mahu menyaksikan dan menerima kebenaran walaupun tahu ianya benar)

8) Golongan yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kaki di atas (orang yang di dunia melakukan zina dan tidak sempat bertaubat sebelum mati)

9) Golongan yang keluar dengan berwajah hitam, bermata biru, dan perut dipenuhi dengan api (orang yang di dunia memakan harta anak yatim secara zalim)

10) Golongan yang keluar dengan kulitnya penuh dengan kudis dan penyakit lain yang menjijikkan (orang yang di dunia berani melawan kedua ibu bapa)
- Jauhilah diriku dari menjadi anak derhaka ya Allah!

Firman Allah:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "Ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.

(Al-Isra' 17:23)


11) Golongan yang keluar dengan buta mata dan hati, gigi seperti tanduk, dan bibirnya jatuh ke bawah hingga ke perut (orang yang di dunia minum minuman arak)

1 GOLONGAN YANG MASUK SYURGA:

1) Golongan yang keluar dengan wajah bagaikan bulan purnama dan jalan laksana kilat di Siratul Mustaqim (orang yang di dunia melakukan amal soleh, jauhi maksiat, dirikan solat 5 waktu dan sempat bertaubat sebelum mati)
- masukkanlah kami di dalam golongan ini wahai Tuhan kami...

Allahua'lam.

* ada satu lagi perkara yang ku rasakan ingin laksanakan di kolej 4 ini. sudah tentu perkara baik dan mempunyai benefit bagiku dan semua. insyaAllah mulai minggu depan setelah ku dapat masuk ke bilikku akan ku umumkan di blog ini. tungguuuu! ;)

6 comments:

Anonymous said...

semoga Allah menempatkan rasa gerun bagi sesiapa yg ada melakukan dosa2 seperti yg disebut di atas. Hidayah hanya di tanganNya.
*good effort from you, jazakallah.

sHi said...

semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Ameen.

Anonymous said...

assalamu3alaykum wbt.

*muhsabah diri*

semoga kita semua akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi antara Golongan yang keluar dengan wajah bagaikan bulan purnama dan jalan laksana kilat di Siratul Mustaqim ..

Ampunilah kami ya Allah, nastaghfirullah, ameen....

sHi said...

nastaghfirullahal'azim
nastaghfirullahal'azim
nastaghfirullahal'azim

ameen..

Anonymous said...

"4) Golongan yang keluar darah dari mulutnya (orang yang di dunia suka berdusta)"

ada satu hal yg kebanyakan org terlepas pandang. kita suka sgt mengusik org lain, bergurau mcm brg kesygn org lain hilang la, dll. secara x sedar, kita sudah menipu dlm gurauan dan menjadikan saudara kita susah hati. kat sini saja pun kita dah melakukan 2 dosa; menipu dan menjadikan org lain gundah. sedangkan dlm islam, disunatkan utk menyenangkan hati saudara kita..

sama2 la kita berusaha kpd yg lebih baik.. ngeri jgk baca post shi yg ni. hehe...

sHi said...

hurm, btul tu akak..
ngeri kan kak..smoga kite ditempatkan di kalangan orang yang disayangiNya.
sama2 lah kite mohon taubat...pengampunan Allah lebih besar dari dosa yang kite lakukan.