Derma darah tiada kesan sampingan
KUALA LUMPUR 1 Julai - Tanggapan bahawa penderma darah akan mengalami masalah kegemukan, rasa tidak selesa dan lemah badan adalah tidak benar.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sehingga kini, kebanyakan masyarakat belum dapat mengikis persepsi negatif itu.
''Persepsi negatif itu harus dikikis kerana amalan menderma darah adalah satu nilai murni dan tanggungjawab yang ikhlas dalam membantu menyelamatkan nyawa," katanya.
Beliau berucap pada majlis Anugerah Hari Penderma Darah Sedunia 2008 di Auditorium Pusat Darah Negara, di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr. Ismail Abu Taat.
Menurut Mohd. Ismail, dengan menderma darah, penderma akan berasa lebih sihat selain dapat mengetahui status kesihatan diri dari semasa ke semasa.
Beliau memberitahu, peningkatan jumlah penderma darah dari tahun ke tahun, menunjukkan kesedaran masyarakat untuk berbuat demikian telah meningkat.
''Bagaimanapun, ia tidak mencapai sasaran Kementerian Kesihatan iaitu sebanyak lima peratus bagi setiap 1,000 penduduk tetapi peningkatan itu dilihat suatu yang positif.
''Adalah menjadi dasar kementerian untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat termasuk memastikan bekalan darah selamat dan berkualiti sepanjang masa," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Norhanim Asidin berkata, pihaknya menyasarkan mempunyai 2,500 unit simpanan darah atau lebih dalam seminggu.
Menurutnya, ia bagi membolehkan pengagihan bekalan darah dibuat secara menyeluruh di semua hospital-hospital yang memerlukan.
''Jika pusat darah tidak dapat mengumpul 2,500 unit simpanan atau lebih dalam masa seminggu, kita akan mengalami kesukaran untuk menyalurkan darah kepada hospital-hospital.
''Oleh itu, PDN menganggarkan purata 300 hingga 400 unit darah diperlukan dalam sehari,'' jelasnya.
Beliau berkata, penderma-penderma darah baru secara sukarela dan berterusan amat digalakkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi.
(from Utusan Malaysia, 2 July 2008- click my post title to link to the original article)
"Justeru itu, sesiapa yang tidak ingin menderma darah bererti menghalang dirinya daripada mendapat ganjaran besar di sisi agama. Islam juga tidak mengira kebajikan seumpama ini untuk orang Islam mahu pun bukan Islam. Malah jika tidak ada mereka yang ingin menderma darah terutama pada waktu darurat pihak berkuasa boleh memaksa, walau pun dalam keadaan biasa ia merupakan urusan yang diharuskan sahaja. Marilah bersama-sama kita menderma darah. Setitik darah yang anda dermakan, bererti menghidupkan nyawa seorang manusia. Hidup untuk berbakti."Hadis Nabi:
(petikan dari Utusan Malaysia, 29 Jun 2008)
Sesiapa yang tidak peduli tentang urusan umatku (umat Islam), dia bukan dari kalangan mereka.
Semoga usaha kecil kita ini diberkati dan diganjariNya. Wallahualam. =)
4 comments:
bgus2...aku start from mtrix mule menderma every year...n till now dh 4 kali dah..
eh pak mahat rupanyer..hehe
yeke time matrik? hurm..time tu aku still lagi penakuttt..huhu
nice buddy..keep it up! =)
alhamdulillah~~ sama2 kita tolong menolong~~ x de pape pun derma darah ni sbnrnya.. sakit pun tak sangat~~ ;)
aaaa..betul2 dalili. Allah dh hilangkan satu ketakutan dlm diri shi.cuma still lagi tak reti nk telan ubat. doc, help me! =)
Post a Comment