Tuesday, July 1, 2008

manisnya solat dengan ayah


azan Isya' baru selesai berkumandang dari speaker laptopku. ku ambil wudhuk dan bersiap membentangkan sejadah ingin menunaikan solat. tiba-tiba ayahku turun, masuk ke bilikku dan beri salam. selalunya memang Maghrib je yang kami sekeluarga sempat solat berjemaah. memang ku tahu, rutin ayahku (kalau balik awal), tepat jam 8mlm, dia akan menonton news sampai 8.30mlm. kemudian baru kami akan dinner bersama. tu pun, jika adik2 ku tidak lapar lagi. jika tak, aku dan ibuku yang menemani ayah makan di dapur.
tiba-tiba ayah duduk di katilku dan tanya, dh azan dh kan, jom sembahyang dgn ayah. dengan pantas ku menjawab, Jom! ku rasakan peristiwa ini sgt manis kerana seingat aku, baru pertama kali diriku solat berjemaah berdua dengan ayah. dan pertama kali di bilik ku sendiri. berdua dengan mak, dengan Kak Salwa, dengan Hassan, malah dengan Kak Patonah memang pernah. namun dengan ayah, sweeetnyeee ku rasa...pas ayah abis baca doa, ku menyalami ayahku, ku cium tangannya, dan ayah mencium pipiku. ooh ayah..bertambah sweet ku rasa. selesai kami solat dan mak pun selesai mengajar 3 si kecil jiranku mengaji, kami bertiga makan bersama. mak, walaupun penat balik lewat petang dari kerja, masih lagi sedia menemaniku ke klinik gigi dan memasak untuk kami sekeluarga. tiada langsung kata-kata penat atau letih keluar di bibirmu. jutaan terima kasih buat mak. saaaayang mak =)

ayah, hanim nampak banyak sangat perubahan pada ayah dan mak :

ayah - solat dhuha di ofis
- segerakan solat fardhu
- sedang berusaha untuk mengamalkan "dun talk bout people"

mak - pakai sarung lengan dan sarung kaki
- labuhkan tudung hingga ke bawah dada
- juga sedang giat berusaha untuk mengamalkan "dun talk bout people"

alhamdulillah. ku panjatkan syukur tak terhingga pada Illahi. smoga kite istiqamah di jalan lurus ini. sama2 lah kita didik dan tarbiyah Hasan, Husin dan Maman. memang perjuangan yang bukan mudah. namun jangan lah kita putus asa. smoga keluarga kita diredhai Allah dan semuanya bertemu di jannah kelak (dan dpt juga bertemu abgku yang tak pernah ku lihat wajahnya, Azim) Ameen. =)

Firman Allah:

Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayanganNya.

(An-Nisa' 4:125)

MARI MENJADI INDIVIDU MUSLIM YANG IDEAL :

1)Aqidah yang sejahtera

2)Ibadah yang sahih

3)Akhlak yang mantap

4)Luas pengetahuan

5)Sihat tubuh badan

6)Mampu berdikari

7)Melawan nafsu

8)Sangat menjaga masa

9)Tersusun urusannya

10)Bermanfaat pada orang lain





* byknye blog yg best2 nak dibaca nii..rasa mcm tak cukup mata, tak cukup tangan nak baca. alhamdulillah, rupanya ni lah hikmahnya join wat blog. baru ku rasakan nikmatnya dunia blog ni. kita seperjuangan, menulis untuk membangunkan ummah. setiap hari, ada shj blog yang memberikan ku input dan ilmu baru. nampaknya semakin melekat lah mataku ini di dpn laptop. nak join? sile lah lawati blog yang telahpun sHi senaraikan di sebelah. moga bermanfaat~ ;)

4 comments:

Eric. said...

salam.

adoi.letih..baru balik dr kelas. sempat lagi singgah blog kak sHi :)

_____________

rasa sayu pulak bila baca entri ni. teringat Abah kat rumah..

if Abah ajak solat jemaah, baca yassin sama2.. ade je lah alasan nak bagi:

nak study..

dah solat dah lah..

ala.. nak cepat lah..

[aduhai lah kenangan]

pulang mesia nnt nak solat sama2..

__________

btw, enshaAllah.a day after my birthday, 17ogos nnt saya balik mesia.. cuti sebulan.. *hepily counting the days* yes!

sHi said...

wslm, oh dear, penat2 pun smpat tgk blog akak eh. appreciate dat~
its ok nurul, let the past be the past ok? pas ni, balik holiday, jemaahlah dgn abah dan mama ok? im totally sure they will happier with ur changes. smoga kite berjumpa di msia nanti, insyaAllah =)

Anonymous said...

hehe... honestly, masa mula2 buka blog, x semangat sgt sbb x faham nape org menulis blog. bila dah buat sendiri, baca blog org lain, byk sgt ilmu. best dpt kongsi ilmu dan pengalaman dgn org lain. alhamdulillah, semoga Allah terus menyirami berkah dan manfaat kpd saudara2 yg berjuang di jalan yg sama.. keep writing, sis.. u have my support~~ ;)

sHi said...

syukran jazilah 4 visiting my blog =)